Friday 23 March 2012

Konsultan? Saya?

Assalamualaikum,
 
Rasanya lama benar tidak update blog. Kesuntukan masa menyebabkan masa seakan tidak cukup untuk kita walaupun kita diberi secukupnya. Manusia memang selalu tidak pandai bersyukur. Masih berterusan meminta itu dan ini. Walaubagaimana pun bukan ini yang mahu di beri tumpuan. Cuma sekadar berkongsi pengalaman.

Menjadi konsultan amatlah tidak terbayang dalam pemikiran ketika ini. Kerana tidak pernah diberi kesempatan atau menghadiri kursus yang berkaitan. Tetapi semua berubah sekelip mata. Tiba-tiba diberi penghormatan selaku amatur menjadi konsultan. Satu pengalaman yang menarik untuk difikirkan. Tidak pernah terfikir dan kini mula berfikir.

Pengalaman itu manis diingati jika ia berjaya mencapai sasaran pengajaran. Tidak kira baik atau buruk tetapi lihat kepada kesannya terhadap diri. Mula belajar untuk memahami sedikit demi sedikit. Mula bertatih perlahan menggapai impian. Mula mencari tapak kekukuhan. Dan perkataan mula itu terhasil dari istilah pengalaman. Ajaib bukan?