Monday, 4 June 2012

Quotes Ibn Qayyim Al-Jawziyyah



"One who uses his limbs for the purpose for which they were created; this is the one who traded with Allah to utmost advantage, and he sold his soul to Allah for maximum profit. Salat was devised to dedicate man’s body to worship, thus obeying the dictates of his heart and his natural instincts. This is a man who has recognized the blessings of Allah, the spiritual and physical faculties that he was endowed with, and all the favors bestowed upon him. Thus, he upheld the duties of slave hood, inwardly and outwardly, used his limbs in Allah’s obedience, and protected his soul and his body from what would anger his Lord and deprive him of His nearness.

One who uses his limbs for other than the purpose for which they were created. He employs them in sin and disobedience. Such is one whose efforts are wasted, his trade has failed, and he has lost the pleasure of His Lord and His bounties. Instead he has earned Allah’s anger, and his punishment will be most painful.

One who wastes his physical faculties and deadens them by idleness and ignorance. He is a greater loser and an even a bigger failure than the second category. For man has been created for worship and obedience, and not for idleness."
 


Hukum berpolitik

SOALAN:

Dato’, ada ustaz (bekas pensyarah IPTA) di tempat kami, berdiam diri dan tidak mahu campur langsung dalam hal politik. Dia selalu berhujah mengatakan politik sekarang lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, sedangkan Islam menganjurkan kebaikan. Oleh itu katanya cukuplah beliau melakukan 
kerja amal kebajikan, tanpa perlu masuk dalam politik yang rosak dan merosakkan. Apa pandangan Dato’ bagi golongan sebegini? Terima kasih.



JAWAPAN:

Politik yang membawa kerosakan atau keburukan, adalah kerana ia diasaskan untuk kepentingan duniawi yang tidak ada kena mengena dengan politik Islam. Politik Islam adalah politik yang berteraskan kepada syariat Allah. Mana mungkin politik yang berteraskan kepada syariat Allah boleh membawa kepada keburukan atau kerosakan.

Orang-orang yang menyendiri atau mengasingkan diri daripada menegakkan Islam (menerusi politik Islam) adalah golongan yang oportunis (mementingkan diri). Tidak mahu bersusah berjihad kerana hendak bersenang lenang dengan keluarga untuk kehidupan dunia. Mereka ini akhirnya akan berhadapan dengan hukuman Allah dan akan menerima balasan kerana meninggalkan jihad.

Berjihad untuk menegakkan syariat Allah atau untuk memartabatkan Islam melalui politik seperti di Malaysia sekarang ini, ada hukumnya yang tersendiri. Meskipun hukum jihad itu adalah fardu kifayah, bagi maksud jika ada sebahagian melaksanakannya, maka gugurlah tuntutan itu kepada orang lain. Namun, jika sebahagian yang melaksanakannya tidak berhasil mencapai matlamatnya, maka hukum tadi akan berubah kepada fardu ain.

Ini berpandukan kepada kaedah fikah yang bermaksud:
“Sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannnya, maka perkara itu pun menjadi wajib juga.”

Contohnya untuk mudah difahami, misalnya hukum berwuduk. Hukum asalnya sunat sahaja. Tetapi jika hendak menunaikan solat, maka tidak sah solat melainkan seseorang itu mempunyai wuduk. Maka di dalam hal ini, hukum sunat wuduk sudah berubah kepada wajib.

Demikian halnya dengan hukumhukum Allah di dalam al-Quranul karim. Contohnya seperti hukum hudud, qisas dan takzir, malah seluruh hukum-hukum Islam, tidak boleh dilaksanakan, melainkan dengan memegang kuasa di peringkat Pusat.

Maka berpolitik untuk memegang kuasa di Pusat, termasuk negeri, hukumnya adalah wajib. Wajibnya itu sudah menjadi fardu ain. Ia wajib dilaksanakan setiap individu Muslim. Said Hawa dalam kitabnya, Jundullah di halaman 493 menulis yang bermaksud:
“Hukum-hukum Islam, tidak terlaksana dalam sebahagian besar negara umat Islam. Maka ia menjadi suatu faridhah (kewajipan) asas ke atas setiap individu Muslim. Sesungguhnya barang yang tidak sempurna wajib, melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib. Selagi hukum-hukum Allah tidak tertegak dan jihad yang sebenar tidak direalisasikan, dan pemerintahan Islam tidak wujud, maka tugas menegakkan negara tersebut adalah wajib, ke atas semua orang Islam di tempat tersebut.”

Umat Islam awalan dahulu, diwajibkan kepada mereka berhijrah dan berjihad ke jalan Allah. Yang berjihad, tetapi enggan berhijrah, Allah menempelak mereka menerusi firman-Nya (mafhumnya):
“Sesungguhnya orang orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikit pun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan.”  
(Surah al-Anfaal, ayat 72)

Selepas pembukaan Makkah pada tahun kelapan hijrah, Rasulullah s.a.w. bersabda (mafhumnya):
“Tidak ada lagi tuntutan berhijrah dari Makkah ke Madinah selepas ini, yang ada hanyalah jihad dan niat, sehinggalah ke hari kiamat.”

Jihad inilah yang menjadi tuntutan syarak kepada setiap individu Muslim. Ia tidak boleh dielakkan dengan alasan yang hanya dibuat-buat seperti soalan yang anda tanyakan di atas.

Tidak boleh dijadikan alasan politik itu membawa keburukan. Itu adalah politik yang tersasar daripada landasan Islam. Jihad merupakan bisnes yang serius, wajib dipikul oleh semua umat Islam, tanpa mengira apa kedudukan mereka. Lebih-lebih lagi golongan yang ada kedudukan dalam Islam seperti bekas pensyarah IPTA di bidang Islam, maka tentulah orang itu lebih faham bahawa kewajipan jihad adalah wajib ke atas setiap individu Muslim, maka terserahkan kepada diri masing-masing itu melaksanakannya. Apa yang pasti, akhirnya kita akan menghadap Allah SWT untuk ditentukan amal-amal yang dilaksanakan.


Wallahua’lam.


Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=174344622694765 set=a.174344412694786.35998.146573918805169&type=1&theater


Dato' Haron Din
Biodata Penulis

Nama : Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din 

Tarikh Lahir : 18 Ogos 1940 / 14 Rejab 1359

Tempat Lahir : Bohor Mali, Kangar, Perlis. 

Keluarga : Dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik.

Pendidikan :
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

Kerjaya :
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting

Politik :
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
• Timbalan Mursidur Am PAS

Sumber : http://www.darussyifa.org/biodata.php





Thursday, 31 May 2012

Salamun Salam


Salamun Salam version Malaysian

by Inteam,Fareast,Akhil Hayy,Nazrey Johari

Salamun salamun kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
Salamun salamun kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,

Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Keatas junjungan Nabi yang Mulia.

Engkau Matahari dikala siang,
Engkau Rembulan di waktu malam
Seisi dunia menatang cahaya,
Seluruh buana meyambut gembira,
Penyelamat ummat hidup sejahtera.

You are the Sunshine brigthens the Day,
You are the Moonlight guiding our way,
You with the light to the entire worid,
You with the light to the entire worid,
Peace Be Upon You Massenger of Allah,
Peace Be Upon You Massenger of Allah.

Sakantum fu'adi waRabbil ibad,
Wa antumara'i wa aqsal murad,
Fahal tusduni bisaf wil widad,
Fahal tusduni bisa wil widad,
Wahal tamnahuni syarifal maqam,
Wahal tamnahuni syarifal maqam.

Salamun salamu kamiskil hitam,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
Selawat dan salam doa dan pujian
Keatas junjungan Nabi yang Mulia,
Alal Anbiya'il Izamil Kiram,
You Rasullulah The Messenger of Allah.



Salamun Salam version Arabian


سَلاَمٌ سلام كَمِسْكِ الْخِتَامِ
Salam dan salam sebagai penutup yang baik


عَلَيْكُمْ أُحَيْبَابَنَا ياكِرَام
Atasmu wahai kekasih-kekasihku yang mulia


ومَنْ ذِكْرُهُمْ أُنْسُنَا فِي الظَّلاَم
Dengan mengingat mereka terdapat ketenteraman


ونُوْرٌ لَنَا بَيْنَ هذا الأَنَام
Dan cahaya bagi kami di antara manusia sejagat


سَكَنْتُمْ فُؤَادِيْ وربِّ العِبَاد
Demi Allah! Engkau bertempat dalam hatiku


وأَنْتُمْ مَرَامِي وأَقْصَى الْمُرَاد
Kamu sekelian adalah maksud dan tujuanku


فَهَلْ تُسْعِدُونِي بِصَفْوِ الْوِدَاد
Tidakkah kau berikan padaku cinta yang suci


وهَلْ تَمْنَحُوْنِي شَرِيْفَ الْمَقَام
Dan tidakkah kau berikan padaku kedudukan yang mulia


أنَا عَبْدُكُمْ يا أُهَيْلَ الْوَفَا
Aku adalah pembantumu wahai orang-orang yang mulia


وفِي قُرْبِكُمْ مَرْهَمِي والشِّفَا
Dekat denganmu adalah ubat dan kesembuhan bagiku


فلاَ تُسْقِمُوْنِي بِطُوْلِي الْجَفَا
Maka janganlah kau sakiti aku dengan berjauhan dariku


ومُنُّوْا بِوَصْلٍ ولَوْ فِي الْمَنَام
Dekatkanlah aku denganmu walau hanya dalam mimpiku


أَمُوْتُ وأَحْيَا عَلَى حُبِّكُم
Aku mati dan hidup dalam keadaan mencintaimu


وذُلِّي لَدَيْكُمْ وعِزِّي بِكُمْ
Aku merasa hina dihadapanmu, dan bersamamu aku mulia


ورَاحَاتُ رُوْحِي رَجَا قُرْبِكُمْ
Ketenteraman jiwaku adalah berharap untuk dekat dengamu


وعَزْمِي وقَصْدِيْ إِلَيْكُمْ دَوَام
Azam dan tujuanku sentiasa padamu


فَلاَ عِشْتُ إِنْ كانَ قَلْبِي سَكَنْ
Aku tak akan hidup senang jika hatiku tenteram


إلَى الْبُعْدِ عَنْ أَهْلِهِ والْوَطَن
Dengan berjauhan dari orang-orang yang bersih hati dan tanah air mereka


ومَنْ حُبُّهُمْ فِي الْحَشَا قدْ قَطَن
Atau jauh dari orang-orang yang bertempat dalam lubuk hatiku


وخَامَرَ مِنِّي جَمِيْعَ الِْعظَام
Dan telah bercampur dengan seluruh badanku


إِذَا مَرَّ بِالْقَلْبِ ذِكْرُ الْحَبِيْب
Bila hati terdengar nama orang yang dikasihi


ووَادِي الْعَقِيْقِ وذَاكَ الْكَثِيْب
Dan lembah ‘Aqiq (satu lembah di Madinah) serta negeri itu


يَمِيْلُ كَمَيْلِ الْقَضِيْبِ الرَّطِيْب
Hatiku akan bergerak (kerana senang) sebagaimana dahan pokok yang bergoyang


ويَهْتَزُّ مِنْ شَوْقِهِ والْغَرَام
Dan akan bergetar kerana rindu dan cinta


لإِنْ كَانَ هَذَا فَيَا غُرْبَتِي
Kalaulah aku berjauhan darimu, aku akan merasa terasing


ويَا طُوْلَ حُزْنِي ويَا كُرْبَتِي
Alangkah sedih dan merananya aku


وَلِيْ حُسْنُ ظَنٍّ بِهِ قُرْبَتِي
Aku memiliki prasangka baik, dari itu aku dapat mendekatimu


بِذُلِّي وحَسْبِيْ بِهِ يَا غُلاَم
Dengan aku merendah dan mengharap wahai tuan


عَسَى اللهُ يَشْفِي غَلِيْلَ الصُّدُوْر
Semoga Allah mengubati hati yang sakit


بِوَصْلِ الْحَبَائِبْ وَفَكِّ الْقُيُوْد
Dengan berdekatan dengan para kekasih, juga dengan melepaskan ikatan


فَرَبِّي رَحِيْمٌ كَرِيْمٌ وَدُوْد
Sungguh Allah Maha Pengasih, Pemurah, Pemberi kasih sayang


يَجُوْدُ عَلَى مَنْ يَشَا بِالْمَرَام
Yang memberi kepada siapa yang di kehendaki-Nya






Elaika - Muhammad Obaid


Pada-Mu Ya Allah


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan


ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu


فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka


فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon


أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2


فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia




Sumber :  http://kalam-insani.blogspot.com/2009/07/elaika-padamu-ya-allah.html