Friday, 14 September 2012

Alasan vs Matlamat

Tazkirah hari ini.

Berdebar rasa apabila diminta oleh pensyarah untuk menyampaikan tazkirah. Berbekalkan ilmu yang serba kekurangan ini, usaha untuk mengemudi pangkalan ilmu kerah dikerjakan. Kembali membuka beberapa mutiara kata dan membawa bersama beberapa surah al-Quran sebagai dasar pegangan. Setelah diteliti dan diamati, maka lahirlah tajuk ini 'Alasan vs Matlamat' hasil dari keadaan semasa yang dialami kini oleh pelajar Misdev 11 dalam usaha mengpsikologikan diri bagi pentabahan hati untuk menghadapi realiti.

Mengambil surah Ar-Rahmaan ayat 1-78 sebagai dasar rujukan utama, maka diteliti terdapat 2 perkara yang ditekankan berkenaannya.

Perkara 1 : Menceritakan berkenaan nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada umat manusia sebagai khalifah di muka bumi
Perkara 2 : Membawa bersama balasan syurga mahupun neraka kepada sesiapa yang patuh atau ingkar kepada suruhan dan laranganNya.

Rumusan dari kedua-dua perkara tersebut, maka apa yang dapat dilihat ialah adanya kaitan di antara alasan juga matlamat. 

Perkara 1 memberi justifikasi kepada manusia alasan yang perlu diguna pakai oleh manusia bagi mensyukuri nikmat pemberiaanNya.
Perkara 2 pula dijadikan matlamat untuk manusia dalam memenuhi tuntutannya sebagai khalifah Allah. Dua pilihan diberikan sama ada untuk ke syurga mahupun neraka. Bagi yang menyembahNya dan mengikut apa yang disuruh oleh Allah maka tempatnya adalah di syurga. Tetapi bagi yang menyekutuiNya dan membuat perkara yang dilarang, maka nerakalah tempatnya.

Menyusuri secara lebih teliti berkenaan kedua-dua perkara ini, membawa kepada terjahan secara umum dalam memperjelaskan lagi hal ini.

Alasan 
Alasan dapat dibahagikan kepada dua. Sama ada alasan itu membawa kepada perkara baik mahupun tidak baik. Ada yang menggunakan sesuatu alasan untuk berjaya mencapai matlamat tetapi ada juga yang menggunakan alasan untuk mengenepikan matlamat. Tetapi apa yang akan disampaikan di sini adalah 

'alasan untuk bagi yang mengenepikan matlamat'

Meneliti semula dalam surah ke 55 dalam al-Quran ini dapat dilihat bahawa terdapat beberapa pengulangan yang telah Allah SWT tekankan di sini.

Ayat ini telah diulang oleh Allah SWT sebanyak 31 kali. Melihat dari sudut psikologi, pengulangan ini memberi suatu bentuk peringatan untuk manusia agar tidak lupa mengenainya. Maka, atas alasan apakah untuk kita tidak menyembah serta melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah di atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakanNya?

Matlamat
Apakah sebenarnya matlamat hidup manusia? Adakah sekadar bersekolah-bekerja-berkahwin-berkeluarga-mati? Adakah perkara yang dilakukan itu sekadar resam hidup seorang manusia atau dilapisinya bersama keimanan yang dimanifestasi sebagai ibadat menuju halawatul iman?

Perkara ini sebenarnya telah Allah SWT nyatakan banyak kali dalam al-Quran. Malah matlamat penciptaan manusia dalam hal yang sebenar-benarnya juga telah Allah SWT jelaskan dalam firmanNya yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 30 :
 Dan surah Adz-Zaariyat ayat 56 :

Banyak lagi firman Allah dalam beberapa surah al-Quran yang menjelaskan lagi berkenaan matlamat penciptaan manusia. Dan keseluruhan itu membawa kepada rumusan bahawa manusia diciptakan oleh Allah adalah semata-mata untuk menyembah serta beriman kepadaNya. Maka, untuk mencapai matlamat itu, dijadikan manusia lengkap beserta akal bagi membezakannya dengan makhluk Allah yang lain. Atas alasan bahawa manusia itu adalah khalifah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini berdasarkan sepertimana yang disuruh olehNya.

Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?

Manusia sering memberi 1000 dalih untuk mencapai 1 matlamat. Perkara ini jelas diterangkan dalam al-Quran surah Al-Baqarah ayat 67-74 yang meceritakan berkenaan kisah penyembelihan sapi betina. Berbagai alasan yang diciptakan oleh umat Nabi Musa dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Walaupun setelah ditunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT, mereka masih tidak mahu beriman kepadaNya.
 



Perkara sebegini juga dapat dilihat kepada permasalahan manusia akhir zaman kini. Alasan dicipta untuk matlamat duniawi bukan ukhrawi. Melihat kepada permasalahan rokok misalnya yang dikira agak popular perbahasannya sekitar waktu ini. 

Keadaan 1 : Rokok dibolehkan.
Keadaan 2 : Rokok boleh memudaratkan kesihatan. Maka tidak digalakkan. Cukuplah sekadar mengurangkan kuantitinya.
Keadaan 3 : Rokok boleh menyebabkan kematian. Maka ia diharamkan. Beberapa buah negeri mengeluarkan fatwa berkenaannya.
Keadaan 4 : Seluruh negara Malaysia mengharamkan merokok. Rujuk fatwa Malaysia.

Walaupun telah difatwakan haram, masih ramai lagi masyarakat Islam di luar sana yang masih merokok. Antara alasan yang diberikan ialah 'sudah sebati jadi susah mahu berhenti', 'kalau tidak merokok tidak ada daya nanti', 'kalau haram kenapa masih banyak dijual dikedai?', 'sudah lebih 10 tahun merokok sihat saja badan ni' dan berbagai alasan diberikan untuk tidak berhenti merokok. Benarlah kata pepatah,

'Hendak 1000 daya, tidak hendak 1000 dalih'
Tidak berniat mahu menghukum golongan sebegini. Tetapi apa yang mahu ditekan di sini adalah 'alasan' untuk tidak mahu melaksanakan sesuatu perkara yang baik demi kemaslahatan bersama. Pengharaman itu bukan sahaja untuk menjaga kemaslahatan kepada penghisap rokok tetapi juga kepada orang sekeliling yang terhidu bersama kerana boleh membawa kepada kemudaratan 2 kali ganda dari penghisap. Bukankah itu mementingkan diri namanya?  Maka, apabila perkara haram itu menjadi darah daging dalam diri, bagaimanakah untuk menghadap Allah dalam keadaan yang suci? Bagaimanakah menuju kepada matlamat Allah yang abadi?



 Ini cuma sebahagian daripada contoh yang dikemukakan. Banyak lagi perkara yang dapat dilihat dan dimuhasabah semula tindak tanduk diri dalam memberi penilaian sendiri. Tanpa sedar mahupun sedar, alasan ini sering diciptakan. Niat di hati mahu berjaya di dunia dan di akhirat. Tetapi apabila melibatkan tindakan, alasan terlahir dengan 1001 perkataan.

 "Orang yang berjaya tidak akan mencipta alasan, tetapi melaksanakan tindakan"

Suka saya jadikan kata-kata hikmat Saidina Ali bin Abi Thalib sebagai pemangkin semangat seorang khalifah dimuka bumi ini,

"Beribadatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah bersungguh-sungguh, seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi."
 
Akhir kata, 
Kepada Misdev 11 dan diri sendiri khususnya dalam menghadapi 'kemelut gelombang pendaratan terakhir', marilah perjelaskan semula matlamat serta tujuan diri seawalnya diri berada dalam 'penyiapan kepada pemantapan ilmu'. Kejelasan itulah yang akan membenteras alasan negatif yang sentiasa berlegar dalam minda, saat diri hampir berlabuh ke pangkalan. Mari sama-sama berjaya dunia dan akhirat dalam menyemai ilmu Allah untuk kemaslahatan ummat beserta tunduknya seorang hamba kepada penciptaNya. Semoga-moga kita sentiasa bertabah dalam menghadapi ujian serta dugaan malah nikmat yang dikurniakan sebagai pemangkin diri untuk kembali dekat denganNya. Ameen... 
 


Thursday, 23 August 2012

Jubli Perak

24 Ogos 1987. Tepat jam 3.17am, bertempat di Hospital Universiti Kuala Lumpur 25 tahun yang lepas.

Sekarang dah 25 tahun berlalu. Orang kata dah boleh sambut Jubli Perak. Bila tengok pada angka, baru rasa peningkatan usia. Melihat pada tahap kematangan, rasanya belum cukup tahap masak lagi. Banyak perkara yang belum diteroka. Banyak ilmu yang belum didalami. Banyak tempat tidak dijajahi. Dan 'banyak' itulah memberi petanda kekurangan serba serbi dan kelemahan peribadi.

Walaupun begitu, semoga dengan peningkatan usia dari hari ke hari, tahun ke tahun, membawa sama peningkatan kendiri baik dari segi ilmu duniawi mahupun ukhrawi, kecekalan jasmani mahupun rohani serta pengistiqamahan kepada sifat ubudiyah dalam menjadi khalifah kepada kehidupan dua alam yang bersatu dalam acuan yang sama. 

Maka, dengan harapan dan usaha serta diiringi doa dan tawakal, semoga kehidupan di dunia ini dapat memberi manfaat kepada kehidupan di akhirat kelak. Berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara dengan mencurahkan sedikit sebanyak ilmu yang bermanfaat untuk kemaslahatan semua. Semoga kehidupan ini tidak menjadi output kepada semua tapi memberi input kepada kehidupan yang sementara dan kekal kelak.

"Membina jati diri yang teguh berumbi dasarkan agama yang diredhai, berbekalkan ilmu yang serba berkurangan walaupun sentiasa digali dalam mendapatkan restu ilahi untuk bekalan kehidupan yang hakiki."

Semoga diri ini dan semua sentiasa berada di bawah RahmatNya dan diredhai dengan curahan nikmatNya. Ameen.



Salam Ikhlas dari Insan serba kurang,
                                                                    Widad Ali




Wednesday, 22 August 2012

Salah faham atau tidak faham?

Kesibukan melakukan kerja a membataskan kerja b.

Ramai orang keliru. Mungkin tidak tahu. Sengaja tidak mahu tahu. Sebab merasakan diri tahu. Tidak mahu mengaku. Atau paling teruk tidak tahu pun diri memang tidak tahu. Dilema streotaip pemikiran.

Salah faham atau tidak faham. Membawa dua makna berbeza tetapi satu matlamat yang sama. Iaitu ketahuan, pengetahuan, pemahaman, kefahaman. 

Klise perbuatan seperti 
A : "Saya nak beli colgate."
B : "Saya nak beli ubat gigi."
Satu benda yang sama tetapi penjenamaan yang berbeza. Ada orang nak beli ubat gigi tetapi disebut 'colgate'. Tetapi tidak bermakna dia nak beli ubat gigi jenama colgate. Kadang-kadang kita tidak sedar, tetapi itulah yang selalu berlaku. Sebab mind set otak kita dah terarah, ubat gigi = colgate. Jadi, salah faham atau tidak faham?

Jenama Ubat gigi Colgate


Contoh lain, 
A : "PR = Pembangkang. BN = Kerajaan."
B : "PR & BN = Parti dominan di Malaysia."
Tipikal Malaysian (tidak majoriti tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan) akan melihat dua kompenan politikal Malaysia dalam corak begini. Pemikiran telah diterap sejak dulu lagi bahawa hanya satu kompenan yang memerintah dan berhak ke atas rakyat maka automatik satu kompenan tidak berhak memerintah. Tidak salah pemikiran sebegitu sebab memang betul hanya satu yang layak. Benar-benar layak. Persoalan tidak faham di sini ialah, apabila pembangkang tidak semestinya tidak boleh menjadi kerajaan, dan kerajaan tidak semestinya tidak boleh menjadi pembangkang. Pemikiran telah di set bahawa pembangkang, selamanya pembangkang. Sebab itu ramai yang tidak bersetuju kerajaan bertukar. Tetapi cuba lihat dalam konteks yang luas. Jangan tengok siapa pembangkang siapa kerajaan. Tengok atas kapasiti parti itu sendiri. Amerika  sebagai contoh, bertanding di atas parti dan dilantik melalui pilihanraya berdasarkan manifesto yang dibawa oleh perwakilan siapakah yang lebih layak menyandang jawatan presiden. Tiada bias. Semua bebas memilih. Tiada paksaan, tiada provokasi. Boleh nampak khidmat masyarakat yang diberikan untuk rakyat. Secara umumnya. Tetapi di Malaysia, perkara sebaliknya berlaku. Mungkin faktor sejarah sejak dahulu lamanya Malaysia diperintah oleh satu kompenan yang sama. Maka hal ini telah menjadi semacam adat yang sukar dipisahkan. Jika berubah kerajaan seolah-olah satu dosa yang besar telah dilakukan. Maka terdengarlah sok sek sok sek 'tidak tahu menghargai', 'inikah balasan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini', 'sudah sampai masanya untuk membalas budi'. Ok, salah faham atau tidak faham konsep politik, demokrasi, kerajaan, parti, pembangkang atau apa-apa yang berkaitan? 

Berbagai parti di Malaysia


Mengenai kahwin muda,
A : "Gatalnya! Berkawanlah dulu. Dah cukup semua, barulah kahwin"
B : "Alhamdulillah, dah sampai jodoh."
Bila orang muda nak kahwin awal, dikatanya gatal. Bila orang muda bercinta/berpasangan, dikatakan biasalah tu anak muda. Jadi, 'biasa' itu merujuk kepada perkara yang sebagaimana? Dalam Islam, tiada istilah biasa jika merujuk kepada hubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak sah. Islam amat menitik beratkan soal perhubungan antara lelaki dan perempuan. Lantas atas kedudukan yang bagaimana 'biasa' itu mahu diletakkan? Adat? Orang dulu-dulu pun mereka kahwin muda. Malah ada yang umur 9, 10 tahun (bagi perempuan) telah berkahwin, sesudah mereka baligh. Mereka dahulu nak bertentang mata dengan berlainan gender pun segan, apa lagi nak berpacaran? Kebanyakan ibu bapalah yang menentukan jodoh uda dan dara. Tidak seperti sekarang yang majoriti berkahwin atas pilihan sendiri. Jadi, boleh dikatakan budaya persekitaran sekarang inilah yang menyebabkan perkara luar biasa menjadi biasa. Maka, larangan agama kadang-kadang ditolak ke tepi, halal dan haram dilihat beriringan. Jadi, salah faham konsep perhubungan, atau tidak faham?

Kahwin itu menghalalkan yang haram. Sunnah Nabi untuk penambahan generasi yang diredhai Allah


Banyak perkara yang tanpa sedar kita sendiri terkeliru di atas penjenamaan, persekitaran, adat yang membelenggu, agama yang disalah ertikan dan momentum sejarah terdahulu. Berbagai punca penyumbang kepada kesalahfahaman sehingga membawa kepada ketidakfahaman. Hal ini perlu diperbetulkan dengan ilmu yang cukup bagi membebaskan diri dari cengkaman kejahilan tanpa kesedaran. Biarlah ilmu memandu kehidupan, agama pelengkap kerohanian, pengalaman mengajar kedewasaan, persekitaran menjatikan keteguhan dan sikap ubudiyah pengubah keseluruhan.



Monday, 9 July 2012

Kata Mutiara

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. ( QS. Al Baqarah : 155 )

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. Al Anfaal : 66)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. Al Baqarah : 214)

Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.(QS. Luqman : 31)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( QS. An Nahl : 110 )

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ( QS. At Taghabun: 11 )

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ( QS. An Nahl : 96 )

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. Ali Imran : 142)

Berlian adalah sebongkah batu yang menjadi berharga setelah melalui proses yang keras, iaitu dipoles dan digosok.

Pohon yang sering diterpa angin bukan saja semakin kekar, tetapi akarnya juga tumbuh semakin dalam dan menghujam ke tanah.

Semakin gelap langit, semakin terang kelihatan bintang-bintangnya.

Setelah melewati lembah yang tinggi dan jurang yang dalam, barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi.

Lebih banyak kecelakaan kenderaan terjadi di jalan tol yang lancar daripada di pergunungan yang penuh dengan kelokan.

Sebuah batu yang keras bisa berlubang oleh titisan air yang jatuh di atasnya setitis demi setitis.

Kita tidak mungkin menemukan lautan biru jika tidak berani berlayar jauh dari pantai.

Pohon yang berebut mendapatkan cahaya matahari di hutan rimba lebih kuat daripada tumbuhan yang menjalar pada batang dan dahan. Atau tumbuhan pakis yang tertutup daun.

Kesuksesan lahir dari banyak kegagalan melalui proses perbaikan.

Kegagalan adalah peluang untuk memulai lebih bijak dan cerdas.

"Yang dilihat orang pada kesuksesan saya hanya 1 %. Tetapi apa yang tidak mereka lihat adalah 99 %, yaitu kegagalan-kegagalan saya". - Soichiro Honda

"Saya telah mendapati bahwa ukuran kesuksesan bukan sekadar tergantung pada prestasi yang telah dicapai, tetapi juga tergantung pada berapa kali dan berapa tahap kesukaran telah diatasi dalam mencapai kedudukan itu." - Dr. Booker T. Washington

"Titik baik dalam kehidupan mereka yang berhasil biasanya datang pada saat suatu krisis, yang memperkenalkan mereka kepada 'diri mereka yang lain'." - Napoleon Hill

"Tidak ada kesuksesan sejati tanpa penolakan. Semakin banyak penolakan yang anda alami, semakin unggul, semakin banyak belajar, dan semakin dekat dengan harapan anda." - Anthony Robbins

"Belajarlah mentertawakan masalah-masalah anda dan anda tidak akan pernah kehabisan bahan tertawaan." - Lyn Karol

"90% dari mereka yang gagal tidak benar-benar terkalahkan. Mereka cuma berhenti mencuba." - Paul J. Meyer

"Adalah baik untuk merayakan kesuksesan, tetapi adalah lebih penting untuk mengambil pelajaran dari kegagalan" - Bill Gates

"Anda harus memiliki sasaran jangka panjang untuk menghindarkan anda dikecewakan oleh kegagalan jangka pendek." - Charles C. Noble

"Anda tidak belajar tentang diri anda melalui kesuksesan. Anda belajar melalui kegagalan dan kesalahan." - Wynonna

Apa yang orang lihat dari kesuksesan saya cuma 1%, tapi 99% yang tidak terlihat adalah kegagalan saya.(Soichiro Honda)

Banyak cara menjadi orang gagal, tetapi tidak mengambil resiko adalah cara paling bagus untuk menjadi orang gagal. (Anonymous)

Banyak orang membuat kesalahan yang sama.. dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kesuksesan.. Anda seharusnya menganggap kegagalan dapat mendatangkan hasil.. Teruslah maju dan buatlah kesalahan. Berbuatlah sebanyak mungkin. Ingat disitulah anda menemukan kesuksesan – di penghujung kegagalan. (Thomas J Watson)

Banyak orang memimpikan kesuksesan. Bagi saya kesuksesan hanya dapat diraih melalui kegagalan yang berulang-ulang dan introspeksi. (Soichiro Honda)

Garis batas antara kegagalan dan kesuksesan adalah sangat tipis sehingga kita jarang mengetahui bahwa kita telah melewatinya, sangat tipis sehingga kita sering berada pada garis batas tersebut tetapi kita tidak menyadarinya.(Ralph Waldo Emerson)

Jangan kecewa apabila hasil yang diperoleh tidak seperti yang diharapkan, Percaya bahwa semuanya adalah kesuksesan, bukan kegagalan. Mengapa saya punya banyak kesuksesan? saya tahu banyak usaha yang gagal. (Thomas Alfa Edison)

Jangan menilai pahlawan dari sukses atau gagal. (Roman Tiga Kerajaan)

Jika Anda ingin melipatduakan kesuksesan Anda, Anda perlu melipat duakan kegagalan Anda. (Thomas J Watson)

Jika Anda memiliki kemauan untuk menang, Anda telah memperoleh setengah dari keberhasilan Anda; jika Anda tidak memilikinya, Anda telah memperoleh setengah dari kegagalan Anda. (David Ambrose)

Jika anda mengambil resiko dan keluar dari zona aman, Anda menjalankan resiko dan kadang-kadang anda gagal. Tetapi anda gagal hanya jika anda menyerah. (J. Peterman)

Jika anda sukses berbagilah kepada yang lain, jika anda gagal tanyakanlah pada diri anda mengapa anda gagal. (Anonymous)

Jika anda telah membuat kesalahan, walau pun sesuatu yang serius, selalu ada kesempatan lain untuk anda. Apa yang kita sebut dengan kegagalan bukanlah kejatuhan, tetapi tetap tinggal di bawah. (Mary Crowley)

Jika telah dirancang dengan teliti dan diatur dengan rapi, dan dilaksanakan dengan efektif, namun tetap gagal, maka kegagalan itu menandakan perubahan, dan dengannya terbuka peluang. (Peter Drucker)

Kebanggaan kita bukan terletak pada tidak pernah gagal, tetapi selalu bangkit kembali setiap kali kita jatuh. (Confucius)

Kegagalan dapat dibagi menjadi dua sebab. Orang yang berpikir tapi tidak pernah bertindak dan orang yang bertindak tanpa pernah berpikir. (W A Nance)

Kegagalan dari satu sisi merupakan jalan besar menuju kejayaan, seperti setiap penemuan sesuatu yang membuat kita mencari dengan tekun apa yang benar, dan pengalaman baru menunjukkan kesalahan yang harus kita hindari. (Keats)

Kegagalan saya mewakili orang-orang yang telah terjatuh apakah sedang diatas panggung dan dibawah panggung, saya berharap apa yang telah saya lakukan akan memberikan inspirasi bagi mereka untuk bangkit kembali, untuk terus berjuang dan melanjutkannya. (Miriam R Quiambao)

Kesuksesan adalah guru yang jelek. Ia menggoda orang cerdas untuk berpikir bahwa mereka tidak dapat gagal. (Bill Gates)

kesuksesan adalah kemampuan untuk berpindah dari suatu kegagalan ke kegagalan lain tanpa kehilangan antusiasme. (Winston Churchill)

Kesuksesan dan kegagalan sama-sama sulit untuk bertahan. (Anonymous)

Kita belajar kesuksesan lebih banyak melalui kegagalan daripada melalui kesuksesan. Kita sering menemukan apa yang akan terjadi, dengan menemukan apa yang tidak akan terjadi; dan mungkin mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan tidak pernah membuat sebuah penemuan. (Samuel Smiles)

Lupakan tentang konsekuensi dari kegagalan. Kegagalan hanya perubahan arah sementara untuk mengarahkan anda lurus kearah kesuksesan anda. (Denis Waitley)

Manusia tidak dirancang untuk gagal. Tetapi manusia lah yang gagal untuk merancang. (William J Siegel)

Orang muda, jika kamu ingin benar-benar unggul, kamu hendaknya jangan takut mati, Tidak takut kalah, dan berani gagal! (Anonymous)

Orang yang baik adalah baik karena mereka menjadi bijaksana karena kegagalan. Kita mendapat sangat sedikit kebijaksanaan dari kesuksesan, anda tahu. (William Saroyan)

Orang yang berhasil adalah orang yang antusias dengan lebih lama dibandingkan orang yang gagal. (Ralph Waldo Emerson)

Orang yang tertarik kepada keberhasilan harus belajar untuk memandang kegagalan sebagai bagian yang sehat dan yang tidak dapat dihindari dari proses untuk mencapai puncak. (Dr. Joyce Brothers)

Orang-orang yang gagal dibagi menjadi dua; yaitu mereka yang berpikir gagal padahal tidak pernah melakukannya, dan mereka yang melakukan kegagalan dan tak pernah memikirkannya.
(John Charles Salak)

Pecundang melihat hukuman dari kegagalan. Pemenang melihat hasil dari kemenangan. (Anonymous)

Pertahankan dalam ingatan anda bahwa tidak ada kesuksesan dan kegagalan yang bertahan sampai akhir. (Roger Babson)

Saya dengan jujur berpikir bahwa adalah lebih baik untuk gagal pada sesuatu yang anda cintai dari pada berhasil pada sesuatu yang anda benci. (George F. Burns)

Saya tidak membagi dunia dengan orang yang lemah dan kuat, atau orang sukses dan gagal. Saya membagi dunia dengan orang yang mau belajar dengan yang tidak mau belajar. (Benjamin Barber)

Saya tidak tahu kunci sukses, tetapi kunci kegagalan adalah mencoba menyenangkan setiap orang. (Bill Cosby)

Sembilan puluh persen dari kegagalan berasal dari orang-orang yang memiliki kebiasaan membuat alasan-alasan. (George Washington Carver)

Seperti getaran yang diredam, kegagalan itu terletak pada posisi simpangan sedangkan kesuksesan berada pada posisi stabil. Peredamnya adalah mekanisme sukses otomatis anda yang bekerja di bawah sadar. Jangan khawatir dengan berulangnya kegagalan karena pada akhirnya akan menjadi kesuksesan. (Maltz)

Suatu hari, dalam tahun-tahun yang akan datang, anda akan bergulat dengan godaan besar, atau gemetar di bawah penderitaan besar kehidupan anda. Akan tetapi perjuangan sesungguhnya adalah disini, sekarang? Sekarang sedang diputuskan apakah pada hari itu anda akan gagal secara menyedihkan atau menang dengan gemilang. Karakter tidak dapat dibentuk selain dengan proses yang tetap, panjang dan terus menerus. (Philips Brooks)

Tak ada rahasia untuk menggapai sukses. Sukses itu dapat terjadi karena persiapan, kerja keras dan mau belajar dari kegagalan. (Collin Powell)

Teman yang sebenarnya adalah seseorang yang melihat dengan seksama kegagalan anda dan mentoleransi kesuksesan anda. (Doug Larson)

Tidak menjadi masalah jika Anda mencoba dan mencoba dan mencoba lagi dan gagal. Sangat menjadi masalah bila Anda mencoba dan gagal, dan gagal untuk mencoba lagi.(Charles F. Kettering)

Seseorang tertarik untuk sukses harus belajar melihat kegagalan sebagai sesuatu yang sehat, hal yang tidak dapat dielakkan dari proses menuju puncak. Dr. Joyce (Diane Bauer)

Hanya mereka yang berani menghadapi kegagalan besar sajalah yang pernah mencapai kebesaran. (Robert Kennedy)

Orang yang sukses sebenarnya dibentuk dari kebiasaan melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang pernah gagal. (Anonymous)

Gagal mempersiapkan adalah mempersiapkan gagal. (Mike Murdock)

Salah satu alasan orang dewasa berhenti belajar adalah karena mereka semakin tidak bersedia menghadapi resiko gagal. (John W. Gardner)

Kegagalan merupakan kesempatan satu-satunya untuk memulai sesuatu dengan lebih cerdas. (Henry Ford)

Kegagalan adalah kesempatan untuk melakukannya lagi dengan lebih cerdik. (Moshe Arens)

Yang paling saya prihatinkan bukan apakah Anda telah gagal, tetapi apakah Anda telah puas dengan kegagalan Anda. (Abraham Lincoln)

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesalahannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari kegagalannya dan cukup berani untuk memperbaiki kesalahannya. (Anonymous)

Keberanian adalah berpindah dari satu kegagalan ke kegagalan lain tanpa kehilangan rasa antusias. (Winston Churchill)

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan anda sampai kamu melupakan kegagalan anda dan rasa sakit hati. (Anonymous)

Sejarah telah membuktikan bahwa hampir semua pemenang yang patut dikenang biasanya menghadapi rintangan sebelum mereka berjaya. Mereka menang karena mereka menolak untuk menyerah pada kekalahannya. (B.C. Forbes)

Tidak ada kesuksesan sejati tanpa penolakan. Semakin banyak penolakan yang anda alami, semakin unggul, semakin banyak belajar, dan semakin dekat dengan harapan anda. (Anthony Robbins)

Karena kedudukan gelar saya, saya menjadi orang yang pertama masuk ke sini. Saya seharusnya menjadi orang yang terakhir keluar. (ketika menolak pertolongan dalam kebakaran di Paris charity bazaar 1897)
(Duchesse d’Alencon)

Anda tidak belajar tentang diri anda melalui kesuksesan. Anda belajar melalui kegagalan dan kesalahan.
Wynonna

Banyak orang membuat kesalahan yang sama.. dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kesuksesan.. Anda seharusnya menganggap kegagalan dapat mendatangkan hasil.. Teruslah maju dan buatlah kesalahan. Berbuatlah sebanyak mungkin. Ingat disitulah anda menemukan kesuksesan – di penghujung kegagalan
Thomas J Watson

Beda game dengan hidup adalah: Game dapat diload ketika kita membuat kesalahan, sedangkan hidup tidak.
Ali Mi’roj

Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tidak akan hidup cukup lama untuk mengalami semua kesalahan itu sendiri.
Martin Vanbee

Biarkan dirimu membuat kesalahan. Orang yang tidak pernah membuat kesalahan adalah orang yang tidak melakukan apapun.
Theodore Roosevelt

Cinta menyembunyikan kebodohan, dan kebencian melihat banyak kesalahan.
Peribahasa Irlandia

Dua buah kesalahan tidak membuat sebuah kebenaran.
Peribahasa Inggris

Jika anda telah membuat kesalahan, walau pun sesuatu yang serius, selalu ada kesempatan lain untuk anda. Apa yang kita sebut dengan kegagalan bukanlah kejatuhan, tetapi tetap tinggal di bawah.
Mary Crowley

Kegagalan dari satu sisi merupakan jalan besar menuju kejayaan, seperti setiap penemuan sesuatu yang membuat kita mencari dengan tekun apa yang benar, dan pengalaman baru menunjukkan kesalahan yang harus kita hindari.
Keats

Kesalahan pada satu waktu menjadi kesedihan selama hidup.
Peribahasa Cina

Kesuksesan menutupi banyak kesalahan.
George Bernard Shaw

Kesuksesan pada saat akhir menghapus semua kesalahan sepanjang jalannya.
Peribahasa Cina

Ketika seorang pemenang membuat kesalahan, ia mengatakan, “Saya salah”; Ketika seorang pecundang membuat kesalahan, ia mengatakan, “Itu bukan kesalahan saya.”
Anonymous

Kita belajar kesuksesan lebih banyak melalui kegagalan daripada melalui kesuksesan. Kita sering menemukan apa yang akan terjadi, dengan menemukan apa yang tidak akan terjadi; dan mungkin mereka yang tidak pernah melakukan kesalahan tidak pernah membuat sebuah penemuan.
Samuel Smiles

Kita kehilangan daya saing akibat tidak pernah mengalami kesalahan.. Anda mungkin tersandung hanya jika bergerak.
Roberto Goizueta

Pembalasan dendam merubah kebenaran kecil menjadi kesalahan besar.
Peribahasa Jerman

Satu-satunya cara menghindari kesalahan ialah dengan memiliki pengalaman. Dan satu-satunya cara memperoleh pengalaman ialah dengan melakukan kesalahan beberapa kali.
Anonymous

Saya tidak bergurau, para pemenang amat menyukai pekerjaan-pekerjaan remeh. Mengapa? Karena pekerjaan-pekerjaan tersebut memberi mereka ruang yang amat luas. Tak seorang pun peduli! Tak seorang pun memperhatikan! Anda melakukannya sendiri! Anda adalah raja! Anda bisa mengotori tangan anda, membuat kesalahan, mengambil resiko, menciptakan keajaiban! Keluhan yang paling sering tedengar dari orang-orang yang ‘tidak berdaya’ adalah mereka tidak memiliki ‘ruang’ untuk melakukan apa pun yang hebat. Terhadapnya saya bilang dengan lantang: Omong kosong!
Tom Peters

Sementara seseorang ragu-ragu karena ia merasa lemah, yang lain sibuk membuat kesalahan dan menjadi lebih kuat dari orang lain
Henry Clink

Separuh kesalahan dari hidup, bisa disebabkan kelewat cepat menyatakan ‘ya’ dan tidak cukup cepat menyatakan ‘tidak.’
Anonymous

Yang bersalah tak pernah kokoh pijakannya. ketika mereka mencoba menutupi kesalahannya, mereka pasti menunjukkan dirinya.
Anonymous

Bahkan suatu kesalahan dapat menjadi satu hal yang penting untuk suatu pencapaian yang berarti.
Henry Ford

Ingatlah kesalahan masa lalu anda cukup lama untuk mengambil keuntungan darinya.
Dan McKinnon

J angan mencari-cari kesalahan. Carilah suatu penyelesaian.
Henry Ford

Hanya karena anda membuat kesalahan tidak berarti bahwa anda adalah kesalahan.
Georgette Mosbacher

Orang yang berhasil akan mengambil hikmat dari kesalahan-kesalahan yang dibuatnya dan mencoba lagi dengan cara yang berbeda.
Dale Carnegie

Kesalahan terbesar yang dapat dibuat seseorang dalam hidup adalah dengan terus-menerus merasa takut bahwa dia akan membuat suatu kesalahan.
Elbert Hubbard

Jangan takut untuk mengutarakan pertanyaan-pertanyaan bodoh. Karena hal itu akan menghindari kesalahan-kesalahan bodoh.
William Wister Haines

Seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesalahannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari kegagalannya dan cukup berani untuk memperbaiki kesalahannya.
Anonymous

Jangan menimpakan kesalahan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan dirinya sulit untuk berhasil.
Anonymous

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak memperbaikinya telah melakukan satu kesalahan lagi.
Confucius

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Anonymous

Kalau berhubungan dengan wanita itu yang penting adalah bagaimana cara menyenangkannya dan tidak mencari-cari kesalahannya.
Tukul Arwana

Satu-satunya orang yang tidak membuat kesalahan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Jangan takut pada kesalahan – dengan syarat anda tidak mengulangi kealahan yang sama.
Roosevelt

Pengen Seperti Mereka? Jangan, Ah ! Jadi Diri Sendiri Aja !

Kamu harus lebih konsentrasi pada karaktermu daripada reputasimu. Karaktermu adalah siapa kamu sesungguhnya. Sedangkan reputasimu adalah siapa kamu menurut orang lain. ( John Wooden )

sebelum anda memimpin orang lain, sebelum anda dapat menolong orang lain, anda harus dapat mengungkap dir sendiri dahulu. ( Joe Jaworski )

Ciri pertama dari orang-orang yang memiliki kedudukan yang mantap dalam sejarah adalah kesungguhan untuk senantiasa meningkatkan kualitas diri sendiri. ( James Stockdale )

Karakter tidak dapat dibentuk selain dengan proses yang tetap, panjang, dan berlanjut terus-menerus. ( Philips Brooks ).

Dalam dunia ilmiah, kecemerlangan tidak ditentukan oleh kecakapan teknis saja, melainkan juga oleh karakter. ( Ernest O. Lawrence ).

Kita jarang melihat pada apa yang kita miliki. Yang selalu kita ingat hanya apa yang tidak kta punya. ( Schopenhauer ).

Selamanya merupakan misteri bagi saya mengapa orang melewatkan begitu banyak waktu dengan sengaja menipu diri sendiri dengan membuat-buat alibi untuk menutup-nutupi kelemahan mereka. ( Elbert Hubbard )

Banyak penyakit neurosis, psikosis, dan kompleks-kompleks psikis lainnya berpangkal pada sikap tidak mau menjadi diri sendiri. ( Dr. James Gordon Gilkey )

Kemenangan yang pertama dan paling baik adalah menaklukkan diri sendiri. ( Plato )

Kehausan kita pada penghargaan sama besarnya dengan kebencian kita pada cercaan. ( Hans Selye )
Pakailah bahasa apapun, tetap saja anda tidak akan dapat mengutarakan yang lain kecuali diri anda sendiri. ( Ralph Waldo Emerson ).

Dunia adalah komedi bagi mereka yang melakukannya, atau tragedi bagi mereka yang merasakannya( Horace Walpole )

Ketahuilah, apapun yang menjadikanmu tergetar, itulah Yang Terbaik untukmu ! Dan karena itulah, Qalbu seorang pecinta-Nya lebih besar daripada Singgasana-Nya.(Jalaludin Rumi)

Sesungguhnya seseorang bisa disebut mandiri bukan lantaran ia sudah tidak lagi meminta, tapi lebih karena ia sudah bisa memberi harapan akan kembali diberi. (Anonim)

Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah dikerjakan namun tidak diketahui. (Anonim)

Tak ada orang yang terlalu miskin sehingga tidak bisa memberikan pujian. (Anonim)

Kesehatan selalu tampak lebih berharga setelah kita kehilangannya. (Jonathan Swift)

Kita tidak bisa menjadi bijaksana dengan kebijaksanaan orang lain, tapi kita bisa berpengetahuan dengan pengetahuan orang lain. (Michel De Montaigne)

Seorang konsultan psikologi paling jenius sekalipun tidak lebih mengerti tentang pikiran dan keinginan kita lebih daripada diri kita sendiri. (Anonim)

Salah satu fungsi diplomasi adalah untuk menutupi kenyataan dalam bentuk moralitas. (Will Dan Ariel Dunant)

Do all the goods you can, All the best you can, In all times you can, In all places you can, For all the creatures you can. (Anonim)

Yang terpenting dari kehidupan bukanlah kemenangan namun bagaimana bertanding dengan baik. (Baron Pierre De Coubertin)

Yang terpenting dalam Olimpiade bukanlah kemenangan, tetapi keikutsertaan. (Baron Pierre De Coubertin)

Hari ini Anda adalah orang yang sama dengan Anda di lima tahun mendatang, kecuali dua hal : orang-orang di sekeliling Anda dan buku-buku yang Anda baca. (Charles “tremendeous” Jones)

Jika pekerjaan Anda lenyap, jati diri Anda tidak akan pernah hilang. Jangan biarkan jati diri menyatu dengan pekerjaan Anda. (Gordon Van Sauter)

Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka, namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka. (Alexander Graham Bell)

Jenius adalah 1 % inspirasi dan 99 % keringat. Tidak ada yang dapat menggantikan kerja keras. Keberuntungan adalah sesuatu yang terjadi ketika kesempatan bertemu dengan kesiapan. (Thomas A. Edison)

Sumber kekuatan baru bukanlah uang yang berada dalam genggaman tangan beberapa orang, namun informasi di tangan orang banyak. (John Naisbitt)

Uang merupakan hamba yang sangat baik, tetapi tuan yang sangat buruk. (P.t. Barnum)

Ingatlah, semua ini diawali dengan seekor tikus, Tanpa inspirasi, kita akan binasa. (Walt Disney)

Apabila apa yang sudah Anda rencanakan dan Anda mimpikan tidak terwujud dengan sukses, maka langkah yang paling baik yang Anda ambil adalah bertawakal pada Allah SWT, Jadi, berharaplah banyak, tetapi jangan kecewa jika gagal.

Kecewa atau tidak, semua tergantung Anda, tergantung bagaimana Anda menyikapi kegagalan. Berharap sedikit hanya akan menghambat Anda mengoptimalkan potensi Anda.

Lebih banyak Anda mencoba, akan mendekatkan Anda kepada sukses, meskipun Anda akan mengalami banyak kegagalan. Namun cuma itulah yang kita diperlukan, karena kita sering tidak tahu mana yang akan berhasil.

Kebahagian yang didapatkan oleh orang yang menghindari kekecewaan adalah kebahagian yang semu, dia bukan bahagia tetapi hanya tidak kecewa saja.

Banyak perusahaan yang dimulai dengan modal besar bangkrut, sebaliknya bisnis dengan modal kecil banyak yang berhasil. Jadi bukan uang yang menentukan keberhasilan Anda!

Ubahlah sudut pandang Anda terhadap kegagalan, maka Anda tidak akan kecewa terhadap kegagalan yang Anda alami, setidaknya kekecewaan Anda akan sedikit atau sementara saja.

Allah SWT mungkin memberikan ujian berupa kegagalan dan kehilangan kepada kita untuk mengajarkan hikmah kepada kita.

Mungkin, kegagalan, masalah, dan lingkungan yang tidak menyenangkan adalah sebagian dari skenario Allah SWT dalam membina diri kita.

Jangan hiraukan opini negatif Anda, bentuklah kebiasaan beraksi agresif dan positif terhadap ancaman, masalah, dan kegagalan. Fokuskan diri Anda pada sasaran akhirnya, terlepas apapun yang terjadi saat ini.

Jika sikap kita benar, pengalaman mengecewakan akan memberikan hikmah yang membuat kita bahagia.

Mari kita sama-sama belajar kepada pengalaman. Bukan saja pengalaman diri kita saja, tetapi kita juga bisa belajar pada pengalaman orang lain. Pengalaman adalah guru yang bijak.

Ketekunan dan kesabaran jika digabungkan menjadi modal yang sangat besar untuk meraih sukses.

Keberhasilan Anda adalah ditentukan oleh Anda sendiri dan takdir Allah SWT. Bukan oleh orang lain.

Ketimbang tersinggung dengan ejekan dan kritikan, akan lebih baik jika kita malah mengambil manfaatnya. Kadang ejekan dari musuh lebih jujur dari pada pujian seorang teman.

Para pemenang mangambil tanggung jawab terhadap hidupnya. Mereka tidak pernah menyalahkan orang lain atau pun lingkungan. Mereka tidak suka mencari-cari alasan terhadap kegagalan mereka.

Dengan hidup di atas garis, kita tidak akan mandeg dengan alasan kondisi atau apa pun yang terjadi pada diri kita. Hidup kita akan lebih hidup. Kita akan bergairah dan memiliki determinasi yang tinggi dalam mencapai cita-cita kita.

Orang yang biasa berdalih tidak akan mengambil pelajaran dari kesalahan dan kegagalan, kerena dia sudah siap untuk berdalih lagi.

Tidak akan ada keberhasilan tanpa tindakan. Tidak akan tindakan tanpa keberanian. Jadi tidak akan keberhasilan tanpa keberanian. Sukses sejalan dengan keberanian.

Jika wawasan Anda akan semakin luas, Anda akan menemukan jalan-jalan baru untuk meraih sukses. Insya Allah dalam waktu yang tidak lama ketakutan pada diri Anda akan hilang.

Jangan takut menambah saingan dengan membina orang lain, rezeki Allah begitu melimpah di bumi ini. Dan Allah telah menetapkan rezeki bagi setiap makhluk-Nya bahkan hewan melata sekalipun.

Ketakutan-ketakutan akan membatasi Anda untuk melakukan berbagai hal yang sangat berarti bagi Anda.

Mulailah sekarang juga untuk melangkah, menuju tujuan Anda meskipun selangkah demi selangkah tetapi akan membawa Anda ke tujuan, asal arah yang Anda tempuh benar.

Mimpi memang sangat perlu untuk memelihara gairah hidup dan kemajuan, tetapi mimpi tanpa disertai tindakan hanyalah seperti pepesan kosong belaka.

Aplikasi atau tindakanlah yang membuat orang sukses, tentu saja setelah mimpi yang tinggi dan ilmu yang mencukupi.

Bagaimanapun mimpi yang bernilai tinggi otomatis memerlukan pengorbanan yang tinggi pula dan kerja yang terfokus.

Diam tidak pasti, bertindak tidak pasti, kalau begitu mendingan kita bertindak.

Semakin berkerja keras kita, semakin beruntung kita. Apalagi jika niat kita lurus, tidak ada kerja keras kita yang sia-sia. Allah Mahatahu, sehingga pasti akan tahu apa yang terbaik bagi kita, termasuk mungkin kita harus lebih banyak berusaha.

Sedetik waktu terlewat, tidak akan pernah bisa kembali. Maka jangan sia-siakan waktu yang kita miliki.

Sesungguhnya waktu adalah hidup, dan hidup sendiri adalah menjalani waktu. Sejauh mana Anda menghargai waktu, berarti sejauh itulah Anda menghargai hidup Anda.

Bekerjalah sebaik mungkin, pikirkan berbagai kemungkinan yang terjadi, sehingga jika kemungkinan tersebut datang kita sudah siap. Bisa saja esok akan lebih sulit.

Ketidakpastian selalu menyertai kita, jangan lari, percuma. Yang perlu dilakukan ialah gunakanlah kreatifitas Anda untuk mencari solusi-solusi baru dan tetaplah semangat untuk
mengaplikasikan solusi-solusi tersebut.

Mungkin saja setiap masalah dan tantangan yang kita anggap sulit itu masih ada solusinya, namun belum terpikirkan oleh kita.

Hindarilah membatasi diri Anda, pikiran-pikiran Anda, atau mimpi-mimpi Anda, sebab, apa yang kita lakukan atau apa yang kita buat esok hari tidak pernah terpikirkan hari ini. Manusia sudah diberi kemampuan untuk berkreasi.

Tidak ada waktu yang lebih baik selain sekarang untuk memulai hidup yang baik. Anda tidak perlu untuk menciptakan ulang kehidupan anda di waktu yang sudah lewat. Mulailah meskipun hanya dengan satu langkah, yang penting anda memulai, jangan ditunda untuk besok.

Jika Anda ingin beruntung, persiapkan diri Anda dengan membina sikap Anda dan membekali diri dengan berbagai keterampilan yang memadai.

Anak bebek akan bertingkah seperti ayam saat menganggap dirinya ayam. Sebaliknya anak bebek bertingkah laku sebagai mana bebek lainnya saat dia sadar kalau dia itu bebek. Fenomena ini juga berlaku pada manusia, dia akan bertingkah sesuai dengan anggapan pada dirinya sendiri.

Sekali kita under estimate terhadap diri sendiri, kita akan rugi, karena potensi kita akan terkungkung oleh batas yang terlalu sempit dibandingkan dengan batas yang sebenarnya.

Cacat atau kekurangan lainnya memang akan membatasi kebebasan kita di suatu sisi. Namun kebebasan itu banyak dan bermacam-macam, jika salah satu kebebasan kita terpenjara,
kita masih bisa mencari kebebasan yang lainnya.

Jangan menganggap diri kita tidak mampu sebelum mencoba, belajar, dan berlatih.

Kita memiliki keunikan masing-masing yang dapat menjadi keunggulan kita masing-masing.

Jika Anda belum merasa memiliki keunggulan saat ini, mungkin Anda belum memiliki semangat yang tinggi dan motivasi yang kuat dalam rangka menggali potensi Anda. Untuk meraih keunggulan lebih tinggi kita memerlukan bantuan orang lain.

Dalam mengahadapi perubahan dan untuk menjadi manusia unggul ada satu jalan yang tidak boleh tidak harus kita lakukan, yaitu selalu memperbaiki diri terus-menerus.

Allah SWT memerintahkan kita untuk mau berpikir tentang penciptaan-Nya yang begitu menakjubkan, rumit, dan kompleks. Namun semua itu telah Allah SWT tundukan untuk kita. Ini sebagai tanda bahwa manusia memiliki kemampuan (dari Allah) untuk menundukan apa yang ada di langit dan di bumi.

Mengevaluasi apa yang kita lakukan dan semua pencapaian kita. Apapun hasilnya akan menjadi fondasi kuat untuk kehidupan kita dimasa mendatang yang lebih baik.

Lalui kesulitan dan betakwalah, maka kemudahan pun akan datang.
Sumber dari :  http://hendri.staff.uns.ac.id/kata-mutiara/