Sunday, 9 December 2012

Pengorbanan? Perlu!

Hari Khamis (6 Disember 2012), bermulalah perjalanan tanpa henti selama 4 hari berturut-turut. 
Penang-KL-Terengganu-KL-Penang. 
Memang memenatkan. Tapi kemudian tersedar satu perkara yang sering kita lakukan tapi tidak dikemukakan. 
"Hidup ini memerlukan Pengorbanan"
Perjalanan dalam mencari kehidupan hakiki perlunya bermula dengan satu langkah. Bayi bermula dengan meniarap-merangkak-bertatih-berjalan. Itu kronologi perjalanannya. Pengorbanan? Jatuh bangun itulah yang terpaksa ditempuhinya.

Kita juga begitu. Suka-duka-pahit-ketawa-riang-terleka. Itu semua kita telah alaminya sepanjang perjalanan kehidupan. Bagaimana untuk merasainya? Adalah melalui pengorbanan.

Pengorbanan?

Sangat subjektif maksudnya. Pengorbanan bukan sekadar membawa maksud mengorbankan diri, tetapi dengan pendefinisian yang lebih luas. Pengorbanan masa, pengorbanan hati, pengorbanan emosi dan apa-apa perkara yang dirasakan perlu dilepaskan untuk mendapat sesuatu yang lain. Kalau dalam istilah ekonomi dipanggil Kos lepas. Kita tidak boleh mendapat dua benda sekali-gus. Sama ada mendapatkannya secara beransur-ansur atau dengan terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkannya. Dan dalam konteks ini, pengorbanan itu perlu.

Bila sebut tentang pengorbanan, teringat lirik lagu Arwah P.Ramlee. "Berkorban apa saja"


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Ada orang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapat kebahagiaan. Itu perlu kerana melalui pengorbanan yang dilakukan itulah baru benda yang kita dapati itu akan dihargai. Tetapi, ada juga yang tersalah menggunakan konteks pengorbanan ini untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah bagi. Contoh, mengorbankan maruah diri agar diri disayangi sentiasa. Itu haram namanya.

Pengorbanan kepada Allah itu adalah harus dan perlu. Dalam mengorbankan diri, masa kepada Allah, InsyaAllah apa yang dilakukan akan mendapat rahmatNya. Apa yang dilakukan keranaNya, InsyaAllah akan diberkati kehidupan diakhirat kelak. Berkorban seketika di dunia ini lebih berbaloi jika pulangannya diakhirat yang kekal di sana. Semoga apa sahaja perkara yang kita lakukan ini adalah kerana Allah Ta'ala dan mendapat ganjarannya di akhirat nanti. Sepertimana lirik lagu Berkorban apa sahaja dari kumpulan Nada Murni ini.

Allah hu ya Allah
Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Di dunia ini tiada undang – undang mulia
Selain mengambil panduan Al-Qur’an
Sunnah Rasulullah
Mari bersama kita memperjuangkannya
Agar kita berjaya dunia dan akhirat
Moga Allah yang Pengasih meredhai kita

Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Mari kita tegakkan tuntutan kalimah Allah
Itulah tugas kita sebagai khalifah di dunia
Berkorbanlah jiwa dan raga
Rela menempuh segala rintangan
Biarlah jasadmu terkorban
Atau hilang harta di dunia
Asalkan syariat Allah dapat diperjuangkan
Moga berseri dunia
Dengan cahaya Islam

Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Puisi:
(Allah hu ya Allah)
Berjuang ertinya berkorban (Allah hu ya Allah)
Berkorban ertinya terkorban (Allah hu ya Allah)
Terkorban ertinya menderita (Allah hu ya Allah)
Menderita itulah asam garam dalam perjuangan (Allah hu ya Allah)
(Allah hu ya Allah) (Allah hu ya Allah)


Akhir kalam, Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan adalah kerana Allah Ta'ala. Ameen.




 

No comments :