Saturday, 14 January 2012

Enumeretor

Pengalaman menjadi enumeretor memang adalah satu pengalaman yang tersangat berharga. Banyak benda yang boleh dipelajari samada secara langsung mahupun tidak. Yang mana perkara yang tidak akan didapati mahupun dipelajari melalui pembacaan berjenis buku. Semuanya adalah bergantung dari pemerhatian dan penelitian. Bukan sekadar  baca dan lihat. 

Melihat dari sisi kehidupan orang asli yang serba ketidakmodenan memberi makna tasawur yang berbeza. Bagaimana mereka boleh hidup di dalam kampung yang kemiskinan kemodenan tetapi kaya dengan hasil hutan itu. Siapa kata orang asli itu tinggalan dari serpihan kemodenan? Siapa kata orang asli ini tidak celik ilmu? Maka orang yang berkata itu adalah yang lebih teruk dari mereka. Mengapa saya berkata demikian? Ini kerana orang asli adalah lebih celik pemikiran mereka dari kita yang hidup dengan segala kemudahan yang menyebabkan sifat kemalasan itu seiring dengan kehidupan. Orang asli dapat hidup tanpa apa-apa bantuan teknologi. Mereka menyara kehidupan mereka dengan berbekalkan segala sumber hasil hutan yang dijadikan oleh Allah untuk khalifahnya di muka bumi. Kehendak mereka cukup terhad. Sekadar menggunakan mengikut keperluan. Mereka ada harta, mereka ada duit. Malah serasanya lebih kaya dari kita yang hidup secara sederhana di bandar. Mereka tidak perlu menghabiskan simpanan mereka semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu yang tiada batas. Cukuplah menggunakannya sekadar perlu.

Kehidupan mereka tidak jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat yang bukan asli. Mereka bekerja untuk menyara hidup, mereka juga makan sebagaimana kita, mereka juga berkahwin dan beranak pinak malah mereka juga hidup bermasyarakat. Maka apa yang membezakan antara kita dengan mereka? Mereka boleh hidup tanpa apa-apa alat teknologi yang memudaratkan tetapi kita tidak boleh hidup tanpa penggunaan alat itu.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah jangan memanjakan orang asli ini dengan benda kemodenan yang merosakkan. Tetapi banjirilah mereka dengan ilmu yang melimpah, updatekan mereka dengan agama yang boleh memandu arah dan terapkan mereka dengan akidah yang satu. Insyaallah mereka akan menjadi lebih maju dari kita dari segi keagamaan.

Kemodenan tidak sekadar dinilai dengan tambah darab bangunan pencakar langit atau nilai hengget di bank atau tebalnya inci dompet. Tapi kemodenan dari sudut Islam ialah dinilai dari kuasa dua kepada ketakwaan hambanya kepada Tuhannya dari masa ke semasa. Jadi kepada para pendakwah, bangkitlah anda dari unsur kematerialisme yang terterap dalam diri sedari awal. Berusahalah untuk menyeru umat sebegini. Jangan biarkan mereka dengan hidup tanpa tujuan. Hidup tidak akan bermakna jika tujuan itu sia-sia.

Kemajuan tidak akan dapat dicapai jika ilmu tidak dijadikan landasan dan agama tidak menjadi pegangan. Tetapi ia akan dapat dicapai jika semua itu dijadikan sandaran kehidupan. Ilmu tanpa amal itu sia-sia namanya, amal tanpa ilmu itu jahil namanya dan ilmu dengan amal itu adalah harta yang berharga. Jadi, jangan jadikan kesenangan yang anda dapat sekarang adalah penghalang untuk mendapat keredhaan dari Allah. Wallahualam...

Soal selidik

Kampung Sungai Papan

PGA Pengkalan Hulu


No comments :