LAPORAN AKTIVITI
1.0 11 MAC 2009 (RABU)
1.1 Semua perserta telah bertolak ke Parlimen Malaysia pada pukul 10.00 malam bersebelahan dengan pejabat kompleks asrama baru.
1.2 Sedikit taklimat oleh pengarah program tentang tentatif program yang akan dijalankan bagi memberikan maklumat yang terperinci kepada para peserta.
2.0 12 MAC 2009 (KHAMIS)
2.1 Pada pukul 5.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi para peserta telah sampai di Masjid Putrajaya bagi aktiviti kendiri dan berehat.
2.2 Kami terpaksa mengikuti persidangan tersebut pada sesi petang akibat ketiadaan tempat di Dewan Rakyat. Bagi mengisi ruang yang kosong diantara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang, penganjur telah membawa para peserta ke Perpustakaan Negara untuk mendedahkan para peserta kepada kepentingan perpustakaan kepada mahasiswa dalam menimba ilmu.
2.3 Pada pukul 2.30 petang sehingga 5.00 petang para peserta telah memasuki bangunan Parlimen di bahagian Dewan Rakyat serta mengikuti persidangan dewan tersebut dan mengikuti segala prosedur pembentukan dasar negara.
2.4 Selepas mengikuti persidangan tersebut sesi soal jawab oleh Tengku Nasiruddin Bin Tengku Ahmad selaku Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia tentang prosedur yang dijalankan di Dewan Rakyat seterusnya memberikan maklumat tambahan kepada para peserta.
2.5 Pada pukul 5.00 petang sehingga pukul 6.30 petang para peserta membersihkan diri dan menunaikan solat di Masjid Negara.
2.6 Pada pukul 7.00 petang sehingga pukul 9.00 malam para peserta bersiar – siar di sekitar Kuala Lumpur bagi memperkenalkan bandar metropolitan tersebut kepada meraka.
2.7 Tepat pada pukul 9.30 malam kami bertolak pulang ke Universiti Darul Iman Malaysia dari Kuala Lumpur.
3.0 13 MAC 2009 (SABTU)
3.1 Kami tiba di UDM kampus Kusza pada pukul 4.00 pagi dan semua peserta bersurai.
Keseluruhannya, program di atas telah berjaya mencapai matlamat dalam usaha memberi kefahaman dalam menambah maklumat mengenai pembentukan dasar negara. Di harapkan agar program sebegini dapat diteruskan bagi meningkatkan kefahaman terhadap proses pembentukan dasar negara.
PENUTUP
Keseluruhan hasil dari program yang dilaksanakan mampu mencapai objektif seperti mana yang telah dirancang. Ini merupakan perkara utama untuk memastikan mahasiswa/i yang berkualiti serta merupakan penjana generasi hadapan mampu melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.

LAPORAN PENUH PROGRAM LAWATAN AKADEMIK KE PARLIMEN MALAYSIA
Pada 11-13 Mac 2009, satu Program Lawatan Akademik ke Parlimen Malaysia dijalankan bagi membawa pelajar secara langsung menelusuri perancangan dasar pentadbiran negara yang mana segala perkara yang berkait rapat dengan negara akan digubal di parlimen. Program ini bertujuan menyediakan pelajar sebagai mahasiswa berminda kelas pertama yang akan menjadi sebahagian daripada masyarakat dengan mengetahui pelbagai input yang penting sepanjang sesi lawatan tersebut melalui soal jawab bersama kakitangan Parlimen Malaysia. Keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai matlamat dalam usaha memberi kefahaman dalam menambah maklumat mengenai pembentukan dasar negara disamping membuka minda dan pandangan para peserta lawatan bagaimana sesuatu persidangan parlimen itu dijalankan. Di harapkan agar program sebegini dapat diteruskan bagi meningkatkan kefahaman terhadap proses pembentukan dasar negara.
No comments :
Post a Comment