Panadol Soluble |
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
Selasa, 6 April 2010
Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang
YDP: Assalammualaikum w.b.t. kita sambung persidangan Dewan dengan ucapan menjujunjung kasih Titah KDYMM YDP- Agong daripada Sik iaitu YAB Menteri Sumber Manusia, sebelum itu, saya ingin nasihatkan pada ahli- ahli YB sila patuhi peraturan mesyuarat dan menghormati dewan, saya tak mau lagi pada petang ini ada ahli YB digantung seperti pagi tadi, saya harap semua mengambil pengajaran dan YB masuk ke dewan yang mulia ini adalah menjalankan amanah daripada rakyat… Dipersilakan YAB Menteri.
YAB Menteri: Terima Kasih Tuan YDP, Assalammualaikum w.b.t…. saya sambung ucapan menjunjung kasih Titah KDYMM YDP Agong… Dalam Titah YDP Agong, Baginda menyentuh mengenai Kebajikan pekerja. Kerajaan sangat prihatin dengan semua masalah berkaitan pekerja dan kerajaan sangat menghargai setiap pandangan yang dikemukakan oleh MTUC dan CEUPACS. Sekarang ekonomi dunia mengalami kemerosotan yang agak teruk hingga ada pekerja yang diberhentikan daripada perkhidmatannya. Ini menyebabkan kadar jumlah pengangguran dalam Negara meningkat. Kerajaan sedang berusaha agar masalah pengangguran ini dapat di atasi. Pelbagai usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk kebajikan pekerja dengan mengerakkan seluruh jabatan- jabatan dan agensi- agensi kerajaan.
YB Machang bangun….
YDP : Machang Bangun YB… Nak bagi laluan atau tidak…
YAB Menteri : Ya silakan
YB Machang : Terima Kasih Tuan Yang Dipertua, saya begitu asyik mengikuti ucapan YAB dari pagi tadi lagi, Tadi YAB ada meyentuh mengenai pengganguran. Kalau kita lihat salah satu puncanya adalah kebanjiran buruh asing kurang mahir yang berlebihan dalam Negara. Keadaan ini serba sedikit menganggu kebajikan pekerja tempatan. Soalan saya adakah Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh PM menyentuh mengenai hal ini dan secara langsungnya boleh mendatangkan manfaat pada rakyat tempatan.
YAB Menteri : Terima Kasih Tuan YDP, Terima Kasih pada YB Machang, Dalam MEB yang diperkenalkan oleh YAB PM, kerajaan memberi penekanan berkaitan buruh asing, Negara perlu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh asing yang tidak berkemahiran, hal ini kerana pergantungan terhadap buruh asing bertentangan dengan sasaran Nasional bagi mencapai ekonomi berpendapatan tinggi dan pertumbuhan jangka panjang…. Dan MEB sememangnya untuk kebajikan rakyat iaitu termasuklah pekerja.
YB Pagong bangun
YDP : YB Sik, Pagong bangun, nak beri laluan tak…
YAB Menteri : Ya silakan… Pagong..
YB Pagong : Terima Kasih YDP, terima Kasih YAB Menteri, saya sangat bersetuju apa yang dikatakan oleh Machang… kalau kita lihat sekarang ini trend kebanyakkan syarikat sekarang mereka suka mengambil buruh asing untuk mengurangkan kos bagi mengaut keuntungan yang banyak. Jadi dasar kerajaan mestilah memperbetulkan penggunaan tenaga kerja asing yang berlebihan dalam bentuk yang boleh meningkatkan objektif pertumbuhan jangka panjang.
YAB Menteri : Terima kasih Sahabat dari Pagong, Ya, kerajaan sedar apa yang dibangkitkan oleh Pagong, sebab itu MEB mencadangkan dua pembaharuan, iaitu yang pertama menguatkuasakan peraturan kerja setara bagi tenaga kerja asing dan tempatan, keduanya menggunakan sistem levi bagi tenaga kerja asing yang tidak berkemahiran mengikut keperluan sektor tertentu.
YB Machang, Kota Raja dan Lembah Paya Bangun….
YDP : YAB, ada tiga YB berdiri, nak bagi laluan yang mana….
YAB Menteri : Saya bagi Kota Raja,
YB Kota Raja: Kalau kita lihat dari segi realitinya semua dasar kerajaan baik, kami dari pembangkang tidak nafikan, contohnya DEB, tetapi gagal mencapai objektifnya kerana masalah dari segi pelaksanaan. Sekarang Bawah pimpinan PM baru kerajaan memperkenalkan pula MEB, saya yakin MEB akan gagal jika kerajaan tidak serius dalam pelaksanaan yang berteraskan islam. Seperti adanya amalan rasuah, kroni dan sebagainya.
YDP : Mana soalan yang berhormat…. Jangan bersyarah pulak…
YB Machang menyampuk: kalau nak bersyarah esok la… bawa usul…. tadi YDP bagi nasihat….
YB Kota Raja : Ok2 soalan saya…. Adakah 2 pembaharuan itu boleh menjamin kebajikan pekerja terutamanya pekerja tempatan
YAB Menteri : Kerajaan melihat 2 pembaharuan ini mampu memberi kebajikan kerana yang pertama peraturan kerja setara menyebabkan majikan akan rugi jika mengambil buruh asing kerana keuntungannya lebih sedikit berbanding dengan mengambil pekerja tempatan. Yang kedua sistem levi yang dikenakan sudah pasti menyebabkan kos pengurusan majikan meningkat.
YB Lembah Paya dan Pagong Bangun….
YDP : YAB Menteri Lembah Paya dan Pagong bangun… Nak bagi laluan yang mana..
YAB Menteri : Saya bagi pada Lembah Paya…
YB Lembah Paya : Terima Kasih Tuan YDP, Terima pada YAB Menteri kerana bagi laluan…, selain dari 2 cadangan yang dikatakan oleh YAB tadi.. apa cadangan lain yang telah dibuat oleh kerajaan bagi membangunkan pekerja dalam keadaan ekonomi kita yang agak perlahan ini…. Sekian terima kasih.
YAB Menteri : Pelbagai rangcangan telah dilakukan oleh kerajaan seperti:
1. Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan
2. Kebajikan pekerja yang diberhentikan kerja
3. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam.
4. Skim prosper siswasah
5. Dan usaha mengurangkan pekerja asing.
YB Kota Raja Bangun
YDP : Kota Raya Bangun YB nak bagi laluan atau x…
YAB Menteri : Saya belum lagi habis Ucapan Menjunjung Kasih Titah YDP- Agong….
YB Kota Raja : Saya nak bagi pandangan pada kerajaan, walaupun pembangkang kami tetap sayang pada Negara jadi pandangan ini untuk kebaikan semua, kalau YAB menteri tidak bagi peluang macam mana kerajaan nak menilai….
YAB Menteri : YDP saya benarkan Kota Raja,
YDP : Ya silakan YB Kota Raya jangan bersyarah pulak….
YB Kota Raja : Terima kasih YDP, terima kasih YAB Menteri, kalau kita lihat pengangguran adalah disebabkan berlakunya pembuangan kerja adalah di sektor industri perkilangan, pembuatan, tetapi pada masa yang sama Negara kita adalah bumi yang cukup subur untuk pertanian. Tetapi malangnya Negara kita tidak juga boleh menjadi pengeluar hasil pertanian utama dunia… Pandangan saya kerajaan perlu mengutamakan ekonomi berasaskan pertanian agar makanan asasi kita tidak bergantung pada Negara lain dan sekali gus boleh mewujudkan peluang pekerjaan pada rakyat… di mana dalam pertanian memerlukan pekerja yang berpendidikkan tinggi, sederhana, rendah walaupun tidak berpendidikan pun boleh bekerja juga sebagai buruh di ladang… sekian terima kasih.
YAB Menteri : Ya, terima kasih Kota Raja… Sebagai Kementerian Sumber Manusia saya bersetuju kerana adanya peluang pekerjaan, apa pun saya serah kepada sahabat saya dari Machang sebagai Menteri Pertanian dan Industri asas Tani untuk memberi jawapan. Tak silap saya Esok Machang akan berucap untuk menjunjung Ucapan Titah KDYMM YDP- Agong.
YB Machang : Esok soal jangan tak soal pulak…
YB Pangong Bangun
YDP : Pangong bangun… Nak Bagi laluan YAB….
YAB Menteri : Ya silakan.
YB Pagong : Terima kasih YDP, terima kasih YAB Menteri, Adakah kerajaan bersetuju untuk mewajibkan setiap anak syarikat kerajaan negeri atau persekutuan, mesti mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja contohnya mengambil buruh tempatan untuk pelaksanaan projek setidaknya boleh juga mengurangkan pengangguran…. Itu saja…
YAB Menteri : Saya rasa cadangan itu wajar dan saya akan ketengahkan dalam mesyuarat kabinet dan GLC…. Tuan YDP... Kerajaan sangat memandang serius hal ehwal pekerja terutamanya Kementerian saya dipertanggungjawab secara langsung dalam hal ini…
YDP : Masa hanya tinggal 2 minit lagi.
YAB Menteri : 2 minit x banyaklah, Banyak sangat soalan… tak palah kalau macam tu saya terus membuat Penggulungan … Tuan YDP
Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu Kerajaan dan pembangkang untuk mengutamakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik. Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka. Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya Kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat terutamanya berkaitan dengan kebajikan pekerja. Saya menyeru semua pihak, termasuk rakan-rakan sama ada di sebelah sini dan di sebelah sana, serta setiap lapisan masyarakat agar berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh serta mapan ….. Sekian Terima Kasih…
YDP : Jam sudah pukul 5.30. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi hari isnin, Rabu 7 April 2010.
No comments :
Post a Comment