Saturday 23 May 2015

Masalah kulit menggelupas?

Dulu...dululah ai pernah hadap kulit menggelupas.

Stress! Lagi-lagi bila masa nak pakai bedak. Tidak kiralah bedak powder ke bedak compaq ke mesti nampak jelas kesan menggelupas. Nak kata kurang minum air masak, tak juga. Tak tahulah apa masalahnya. Bertahun jugalah ambil masa nak hilangkan. Selalunya kalau nak pakai bedak, mesti lepas tu sapu balik dengan vaseline sebab nak 'cover' gelupas tu. So apa guna pakai bedakkan? Tu tak masuk jerawat lagi. Tapi alhamdulillah, jerawat tak teruk sangat naik. Ada masa tertentu je timbul.

Tapi sekarang, alhamdulillah. Ai dah jumpa penawar. Ops! Pengubat kepada masalah kulit menggelupas.

Tadaa!!!

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Nutriwhite (Gentle Deep Foaming Clenser)

Tergerak hati nak guna SCP senanya disebabkan namanya Kolagen. Why? Perempuan, biasalah, benda yang cantik ni laju je nak try. Kan?! Lagipun yang menyebabkan ai berani cuba lagi satu sebab Shaklee. Company yang dah lama bertapak & diperakui keselamatan, kesihatan, kesahihan  & ke.ke.ke. semualah. Harga memang agak mahal SCP ni. Tapi kalau tengok pada kesan, sangat berbaloilah kalau mencuba. Ai try ambil 3-5 sachet untuk pertama kali (sehari satu sachet), alhamdulillah, kesan sangat menakjubkan. Setiap masa tangan sibuk dok sentuh muka. Awat kulit ai ni lembut gebu ni...(Ops, bukan riak ya.). Nak beritahu, dulu kulit pun agak berminyak selain menggelupas. Tapi start amalkan SCP ni, segala masalah kulit selesai. Lagipun masalah kulit ai takdelah kronik sangat. Tapi bagi wanita, satu jerawat yang timbul di muka pun tetap kronik masalahnya. Kan?!

Ai takkan promot kalau ai tak try. So untuk membantu kawan-kawan yang lain, ai suggest kat member. Ada bff ai amik & try satu kotak. Then dia wasak, "Best gile SCP ko ni!!" Why? Sebab bff ni ada masalah lingkaran bawah mata dia hitam & nampak lebam. Muka dah cun tapi spoil kat situ jela. Teruk tak teruknya lingkaran mata dia tu sampai kami panggil dia zombie. Agak teruk jugalah. Pernah tanya dia tak try ke mana-mana produk ke jumpa Dr ke. Rupanya dia dah pergi buat semua. Dr kata dia ada masalah darah. So trylah produk mana-mana memang akan macam tu juga. Tapi alhamdulillah, lepas dia amalkan SCP ni memang boleh dikatakan 99% hilang lingkaran. Nampak macam menipu je kan, tapi secara jujurnya, yes! Memang tak nampak dah lingkaran hitam bawah mata tu. Kulit memang confirm gebu gebas. Dia sampai order lagi sekotak. Rasa tak puas nak makan. Kelebihan SCP ni (bukan SCP jelah, suplimen Shaklee yang lain pun) sebenarnya mencuci daripada dalam kekotoran dalam tubuh. Bukan sekadar luaran. So, bila dalaman sihat maka, Insyaallah luaran akan menampakkan perbezaan. Ai try baru 2 kotak. Takdelah makan tiap-tiap hari satu sachet. Masa cuba satu kotak tu jelah ai try sehari satu sachet. Tapi bila masa kotak kedua, ai gapkan. Kadang-kadang dua hari satu sachet. Kadang-kadang sampai sebulan tak makan. Malah 2,3 bulan pun ada. Tapi kulit maintain. Maknanya dekat sini, walaupun kita tak stay makan berterusan, kesan SCP tetap ada. Sebab ada produk, bila tak makan kesan sebaliknya atau yang dahulu kembali semula. Tapi setakat SCP ni belum lagi. So, antara banyak-banyak produk Shaklee, yang nilah paling ai minat. Kesan berterusan & cepat menampakkan hasil. Ya, ai tahu ai bukan penyabar orangnya. Kekeke.

Satu lagi yang ai memang sangat puas hati penggunaannya, Nutriwhite (Gentle Deep Foaming Clenser). Sebab apa? Yang ni jelah yang ai dah guna, masih guna & sedang gunakan. Nutriwhite ada satu set lengkap. Tapi yang ai mampu setakat ni hanya satu ni jelah. Lagipun ai memang malas nak pakai kalau banyak step-step ni. So pakai mana yang rajin dulu. Hoho.

Pencuci muka ni best. Sebab apa? 1. Segar. 2. Best. Tu je? Aah. Tak payah nak explain panjang-panjang. Dah memang itu yang ai rasa. Ada kata macam SKII. Tapi kalau ai cakap pun jangan kata korang faham, ai pun tak faham sebab ai sendiri pun tak pernah pakai SKII. Dulu banyak jugalah pencuci muka yang ai pakai. Biore, Safi, lagi adalah. Tak ingat dah nama. Tapi lepas try GDFC ni terus melekat. Kalau 2,3 hari tak cuci muka pun tak apa. Sebab muka maintain lembap. Alhamdulillah. Kira pakai 2 perkara ni untuk muka bagi ai sangat mencukupi dah. Harga memang mampu milik. Dan yang lebih baiknya, GDFC ni tahan sampai 4-5 bulan lamanya. Tak percaya tak pe. Sebab ai dah cuba, so ai percaya. Hehe.

Ok, tak nak cakap lebih-lebih sebab nanti korang cakap ai ni nak promot barang je. Yes, ai memang SID Shaklee. Tapi ai tak promot benda yang ai tak rasa, tak cuba. Apa yang ai cakap hasil pengalaman sendiri. 100% real. Haha. Niatnya nak share je kepada kawan-kawan kat sana yang mempunyai masalah yang sama. Kot-kot google, jumpalah blog ai ni, bolehlah ilmu sikit. Kan?! Ok, ai stop sini jelah. Kalau ada masalah boleh talk-talk kat sini. Mungkin ai boleh bantu bagi solution. Atau paling tak, ai tolong dengar jela. Haha. Ok, chill!!

Taa....~

Friday 22 May 2015

Nas Teshbehlena (People Like Us)


 ايوه فيكم مننا
♬ Yes indeed, we all are alike
♬ Ya, tentu kita adalah sama

نفس روحنا و دمنا
The same souls and blood
Nyawa dan darah yang sama

قلبنا بيرتاح اوام
We get along (feel comfortable)
Hati kita bertaut

للى فعلا زينا
With whom are like us
Kerana perilaku yang sama

الكلام نفس الكلام
Words! Have the same words (have the same conversations)
Perkataan-perkataan yang sama

حتى نفس الاهتمام
Even have the same concerns
Hingga prihatin pada perkara yang sama

عشره مش ممكن تهون
Companionship can't ever be forgotten
Persahabatan tidak mungkin dilupakan

يوم من الايام
No matter what
Walau apa yang berlaku

**************

♬ حتى .. لونا و شكلنا
 Even... our colour and forms
Hingga...warna kulit dan rupa bentuk kita

يعنى انا شبهك تمام
That means I look like you exactly
Iaitu aku benar-benar menyerupaimu

و بتجمعنا حاجات حلوه اكيد
And we have many wonderful things in common
Dan kita sependapat dalam berbagai masalah

يلا نمد الايد
Come on! Just give me your hand (for salam)
Marilah! Hulurkan tangan kita (bersalaman)

من غير كلام
No need to talk
Tanpa perlu berkata

اجمل الاوقات بتيجى على البال
When the most beautiful times, memories cross the mind
Waktu yang terindah, muncul di dalam benak fikiran

يبقى الحمل جبال
Even if we have tough Duties
Beban gunung (tanggungjawab besar)

ننساه اوام انت وانا
Together we can pass over it, you and me
Kita bersama melepasinya

ناس بترتاحلك ساعات
Sometimes people feel comfy with you
Kadang-kadang mereka merasa serasi denganmu

ياخدوا قلبك من سكات
They take your heart, without saying a word
Dan diam-diam mereka mengambil hatimu

و يخطفوك من غير كلام
And take you all of a sudden, without saying anything
Dan menculikmu tanpa berkata apa-apa

اصل فيك منهم حاجات
No doubt you are just like them
Tanpa ragu, kamu seperti mereka

و فى حياتك معدودين
And in your life, you cant find good people every day!
Dalam hidupmu, tidak ramai orang yang baik boleh kamu temui

اللى بكره مكملين
They are quite few whom staying forever with you
Yang sanggup bersamamu

دا انتوا وقت الاختلاف
Because of you people
Kerana kamu semua

بنلاقيكوا متفقين
Come from agree to disagree
Mempertemukan sebuah persepakatan

***********

♬ مهما قابلنا صعب
♬ No matter how hard are the things we are facing,
Tidak kita betapa besarnya masalah yang kita hadapi

نحس بفرحه غير وياكو
With you we feel very special (happy moments)
Kita mempunyai kenangan yang indah bersama-sama

كل دقيقه حلوه
Every minute of joy...
Setiap masa penuh kegembiraan

بيكووو بتجمعنا
that we had together is priceless
Apa yang kita hadapi bersama sangat berharga

ايه فى الدنيا يساوى
Any other thing in the world is worthless compared..
Tiada yang dapat menandinginya

لحظه معاكو
to a moment with you
Sebuah kenangan bersamamu

طول ماانتوا جنبنا...
As long as you are on our side...
Sepanjang kamu bersama kami

ايه هيهمنا
we don't care about anything
Kita tidak perlu kisah dengan apa-apa pun

كان نفسنا من زمان
We were wishing for so long...
Dulu kita sendiri berusaha untuk

فعلا نفرح من قلبنا
to feel so happy deep inside our hearts
Mendapat kegembiraan di dalam hati

لو تبعدنا السنين
Even if the time take us away..
Jika tahun memisahkan kita

خليكو قريبين
just keep in touch..
Semoga kita sentiasa berhubung

ده احنا ما صدقنا
Who would've thought about that happening
Kita tidak pernah menyangka

اخيرا
Finally (we found people like us)
Akhirnya (kita akan berjumpa mereka yang seperti kita)

ان فى ناس تشبهلنا
Indeed, there're people like us
Ada manusia seperti kita

فيهم مننا
We all are alike
Kita adalah sama


Maher Zain_Nas Teshbehlena (People Like Us)


Thursday 26 February 2015

Pelamin? DIY je!


Assalamualaikum semua!

Entry kali ni lebih kepada menceritakan pengalaman "Pada suatu hari..." Ini pengalaman sendirian berhad. So just nak share kepada mana-mana 'Perantin' yang mahu berkahwin tapi nak save budget

Sekarang ni apabila mahu bertunang mahupun berkahwin, ramai pasangan mula start memikirkan tema majlis mereka, budget, pelamin, photographer dan lain-lain lagi. Perkara tersebut sudah jadi semacam wajib untuk ada ketika berlangsungnya majlis. Tapi apa yang WA nak listkan di sini adalah yang minimum output pitisnya mengalir.

10 Mac 2012

Dari awal bertunang lagi, WA dah hadkan 'kesederhanaan' dalam berbelanja. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan kami untuk bertunang. Semasa mahu bertunang, WA dalam tempoh 'pelajar' dan kedudukan kewangan WA amat terhad. Tetapi, disebabkan memahami keadaan WA ketika itu, keluarga meng'support' hampir keseluruhan majlis. WA pun takdelah buat grand mana. Hanya sedia enam dulang hantaran (Tuala, Biskut, Coklat, Kain Baju Melayu & Serban, Cupcake dan Buah). Tiada pelamin. Hanya sarung cincin di dalam bilik. Budget tetamu dalam 50 orang dan semuanya sebelah 'tunang' masa tu. Belah WA hanya beberapa orang kampung yang terlibat kerana masak di rumah. Tiada jemputan khas, kawan-kawan, mahupun saudara mara. Memang simple habislah! 
Saat diri di'ikat' dengan janji

Hantaran kami. Sangat simple


23 Mac 2013 

Setahun bertunang, perkahwinan mula menjengah. Agak stress jugalah nak buat segala persiapan perkahwinan dalam tempoh setahun. Dok bergelumang dengan thesis, pergi kursus kahwin, buat ujian HIV, beli hantaran perkahwinan, ukur baju kahwin, lengkapkan borang kahwin dan macam-macam lagi. Tapi disebabkan masa tu dalam tempoh stress 'thesis', so kita positifkan ke'stress'an itu dengan menjadikan shopping barang hantaran sebagai pelepas tension. Walaupun masa tu berstatus pelajar, Alhamdulillah dari segi kewangan sangat tidak bermasalah. Dapat biasiswakan, so dengan berjimat cermat, baki pitis yang ada banyak membantu dalam mem'bekap' keperluan vs kehendak. Hehe~

Still dengan tema kesederhanaan, maka kita wat sesimple yang boleh untuk majlis kahwin. Baju kahwin hanya 2 pasang iaitu sepasang sebelah perempuan dan sepasang lagi sebelah laki. Pelamin? DIY je! Jimat? Memang sangat menjimatkan. Photographer? Kebetulan adikku ada skill semulajadi, maka digunakan khidmatnya secara fulltime. Jimat sesangat! Masa majlis, bergabung dengan majlis sambut menantu Abang. So lagi super duper jimat. Anggaran tetamu total 800 orang. Termasuklah tetamu jemputan parent, tetamu abang, tetamu tunang & tetamu WA. Tak ramai pun yang WA jemput. Hanya kawan-kawan yang betul-betul rapat sahaja. Jadi banyak yang kami sharing perbelanjaan dari goodies hingga katering & khemah. 

Ok, daripada ku dok toktet panjang lebar, meh layankan sekeping dua gambar DIY pelamin kami. Zasss!

Pelamin Akad Nikah
Pelamin sanding
Kanopi
Hantaran WA
Alhamdulillah. Sah!

Pelamin atas tu first time kami DIY. Do it Yourself! So, untuk pelamin kedua (adik kahwin) pun kami buat sendiri. Hasilnya? Yes, practice make prefect! Better than before. Hehe~

Pelamin Adik

Atas kekonfidenan yang penuh yakin, maka WA cuba menjadi mak andam pelamin untuk majlis pertunangan adik ipar. Barang recycle je balik daripada majlis-majlis yang lepas. Hasilnya? Agak puas hati. Jimat tersangat-sangat!!

Pelamin tunang adik ipar

Last but not least, majlis Sambutan Hari Jadi anak buah belah B. Gunakan apa yang ada. Cuma ubah suai cara hiasan langsir dan tambah sedikit dua perhiasan untuk kelainan. Walaupun nampak recycle tapi sekurang-kurangnya ada pelamin dan backdrop ini cukup memeriahkan majlis. Bagiku lah. Hoho~
Backdrop Majlis Hari Jadi
Kek Birthday yang dibuat sendiri oleh adik ipar. Sedap!!
Princess Sumayyah Birthday

 Sekian entry DIY kali ini. Kesimpulannya, elakkan pembaziran. Jimatkan perbelanjaan. Pasti boleh!


Saturday 9 February 2013

Sujud Tilawah (Sajadah) dan Sujud Syukur


Di dalam Islam kita tidak boleh melakukan sujud kecuali hanya kepada Allah SWT, maka kita tidak boleh melakukan sujud kecuali apa yang datang dari perbuatan Nabi SAW. Sujud sangat bernilai kedudukannya di sisi Islam, kerana sujud adalah simbol kehambaan mutlak seseorang itu kepada Allah SWT, maka adalah amat salah jika kita sujud bukan selain kerana-Nya.

Antara sujud yang dibenarkan oleh Allah SWT adalah sujud Tilawah dan Syukur, kedua-duanya mempunyai sebab dan peraturan yang perlu kita ketahuinya dengan baik demi mendapatkan ganjaran yang besar dari nilai perlakuan tersebut. Kerana Dia Maha Kaya, dengan sedikit sahaja perbuatan kita, kita sudah mendapat ganjaran yang sangat tinggi daripadanya, tetapi dengan syarat iaitu mesti beramal berdasarkan ilmu yang sahih mengenainya iaitu berdasarkan dalil-dalil.

Kita masuk kepada perbahasan sujud Tilawah terlebih dahulu kemudian perbahasan sujud Syukur.

Takrif sujud tilawah adalah sujud disebabkan membaca atau mendengar ayat daripada ayat-ayat sejadah di dalam al-Quran.

Fadhilatnya
Sebagaimana yang kita tahu bahawa ibadah yang kita lakukan adalah demi untuk mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada tuhannya, tetapi kita jangan lupa selain untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Allah kurniakan juga kepada kita ganjaran yang sangat tinggi yang berupa pahala untuk kita bawa di hari akhirat kelak.

Daripada Abi Hurairah RA katanya: Nabi SAW bersabda: “Apabila membaca seorang anak Adam akan ayat sejadah lalu dia sujud, maka syaitan akan memencilkan diri menangis sambil berkata: Alangkah celakanya! Disuruh anak Adam sujud maka dia sujud dan baginya syurga, disuruh aku sujud, aku menderhakainya lalu tempat aku di dalam neraka.” (Riwayat Muslim No. 81)

Begitu juga dalil-dalil yang umum mengenai kelebihan orang yang sujud kepada Allah SWT, Antaranya hadis dari Abu Hurairah RA katanya: “Allah SWT memberi rahmat kepada ahli neraka, Allah menyuruh Malaikat mengeluarkan hamba-hamba yang dahulunya beribadah kepada Allah, maka para Malaikat mengeluarkan mereka dan mengenali mereka ini dengan tanda/kesan sujud, Allah mengharamkan ke atas api neraka dari membakar kesan anggota yang sujud, maka dikeluarkan mereka dari neraka, setiap anak Adam dibakar oleh api neraka melainkan anggota yang ada kesan sujud.” (Riwayat Bukhari 806, Muslim 182)

Demikian juga hadis daripada Thauban sahabat Rasulullah SAW, beliau bertanya kepada Nabi apakah amalan yang membolehkan Allah memasukkannya ke dalam syurga, maka Nabi SAW menjawab: “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud, maka sesungguhnya tidaklah kamu sujud dengan satu sujud, melainkan Allah mengangkat kamu kerana sujud tadi dengan satu darjat, dan menghapuskan daripada kamu dengan satu kejahatan.” (Riwayat Muslim 488)

Rabiah bin Kaab al-Aslami bertanya kepada Nabi SAW bagaimana untuk mendapatkan syurga yang tinggi, maka baginda menjawab: “Perbanyakkan sujud.” (Riwayat Muslim 489)

Hukum Sujud Tilawah
Ijmak para ulamak terhadap pensyariatan sujud tilawah daripada al-Quran dan hadis, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA katanya: “Nabi SAW ada membaca kepada kami satu surah yang terkandung di dalamnya ayat sejadah lalu baginda sujud, maka kami mengikuti sujud bersamanya.” (Riwayat Bukhari 1075, Muslim 575)

Pandangan yang mengatakan sujud tilawah wajib adalah daripada mazhab at-Thauri, Abu Hanifah, satu riwayat daripada Imam Ahmad, serta pandangan ini dipilih oleh Syekhul Islam Ibnu Taimiyah. (Lihat Fathul Qodir 1/382, Ibnu Abidin 2/103, Majmu’ al-Fatawa 23/139, 155, dan al-Insof 2/193)
Manakala pandangan jumhur para ulamak, mereka mengatakan sujud tilawah adalah mustahab (disukai) bukan wajib, mereka adalah daripada Imam Malik, Syafie, Auza’I, al-Laith, Ahmad, Ishaq, Abu Thauri, Daud, dan Ibnu Hazam al-Andalusi, demikian juga yang dinyatakan oleh Umar al-Khattab, Salman, Ibnu Abbas dari kalangan sahabat.

Ternyata dalil yang dikemukakan oleh pandangan yang kedua adalah lebih kuat dan rajeh walaupun secara umumnya pandangan pertama mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran yang menunjukkan sighah wajib, tetapi sighah itu menunjukkan kepada sunat kerana ada hadis yang mengkhususkannya kepada sunat.
Antara dalil mereka yang mengatakan mustahab adalah daripada Zaid bin Thabit RA katanya: “Aku telah membaca kepada Nabi SAW surah an-Najm (terdapat ayat sejadah), lalu nabi tidak sujud kerananya, dalam riwayat yang lain, tiada siapa pun dari kalangan kami yang sujud pada waktu itu.”(Riwayat Bukhari 1072, Muslim 577)

Begitu juga apa yang berlaku dalam kalangan sahabat iaitu semasa Umar bin al-Khattab berkhutbah dan beliau membaca surah an-Nahl sehingga apabila terdapat ayat sejadah, maka beliau turun bersujud serta makmum yang mendengar, sehingga bertemu lagi pada Jumaat yang datang dan beliau membaca ayat yang ada sejadah, lalu beliau berkata: “Wahai manusia, sesungguhnya disuruh kita untuk sujud, maka sesiapa yang sujud maka dia mendapat kebaikan, dan sesiapa yang tidak sujud tidaklah mendatangkan dosa padanya, dan ketika itu Umar RA tidak sujud.” (Riwayat Bukhari 1077)

Semasa Umar al-Khattab berkhutbah, sudah pasti para sahabat ada duduk sama mendengar, tetapi mereka tidak menafikan kata-kata Umar tersebut, maka ia dihukumkan sebagai mustahab (disukai) oleh ijmak para sahabat.

Cara Melakukan Sujud Tilawah
1.   Para fuqahak bersetuju bahawa sujud tilawah dilakukan dengan hanya sekali sujud sahaja apabila bertemu dengan satu ayat sejadah, bukan dua atau tiga kali sujud.
2.   Sujud tilawah sama gambarannya dengan sujud solat biasa.
3.   Tidak disyariatkan padanya Takbiratul Ihram dan juga salam, jika lakukan haram. (lihat Majmu’ al-Fatawa Syeikhul Islam 33/165), ini adalah sunnah yang sabit daripada Nabi SAW, ulamak-ulamak salaf, dan nas-nas daripada Imam-imam yang masyhur.
Ibnu Abdul Barr juga ada berkata di dalam at-Tamhid 19/134, tiada salam pada sujud tilawah, pandangan daripada Imam Malik, Syafie, Ahmad, dan Abu Hanifah.
4.   Ketika hendak sujud kita takbir (Allahu Akhbar seperti di dalam solat untuk pindah perbuatan) dan apabila hendak kembali daripada sujud juga hendaklah bertakbir. Ibnu Hajar berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW ketika melakukan sujud tilawah, beliau mengangkat tangannya daripada sujud dengan takbir, iaitu bertakbir ketika mana ingin sujud atau pun ketika mengangkat kepala daripada sujud.” (Riwayat Ahmad 4/316, dan tarafnya Hasan), ini juga adalah pendapat jumhur fuqahak. 
5.    Afdhal bagi sesiapa yang hendak sujud tilawah (Iaitu yang luar daripada solat) berdiri terlebih dahulu dan kemudian sujud. (Majmu’ al-Fatawa 23/173)
Tetapi jika tidak berdiri pun tidak mengapa, daripada duduk kemudian terus sujud tilawah, mazhab Imam asy-Syafie. (al-Majmu’ Imam Nawawi 4/65)

Adakah disyaratkan sujud tilawah suci daripada hadas dan perlu menghadap kiblat?
Jumhur Ulamak berpendapat bahawa kedua-dua perkara ini disyaratkan ketika hendak melakukan sujud tilawah iaitu sama syaratnya seperti solat. (Lihat Ibnu Abidin 2/106, al-Majmu’ 4/63, al-Mughni 1/650)

Manakala pandangan kedua iaitu daripada Ibnu Hazam dan Ibnu Taimiyyah mengatakan tidak disyaratkan pun bagi orang yang sujud tilawah suci daripada hadas dan tidak juga disyaratkan menghadap ke arah kiblat, kerana sujud itu bukan daripada solat tetapi ia sejenis daripada ibadah, dan diketahui bahawa ada jenis-jenis ibadah yang tidak disyaratkan pun untuk suci daripada hadas. Ini adalah mazhab Ibnu Umar, asy-Sya’bi, dan Bukhari. Ini adalah paling sahih, ini kerana mereka mengemukakan dalil yang lebih kuat berbanding daripada pendapat yang pertama di atas.

Antara dalilnya ialah hadis sahih daripada Ibnu Abbas RA katanya: “Nabi SAW sujud ketika mana membaca surah an-Najm (ada ayat sejadah), maka (hakikatnya) semua kaum Muslimin, para Mushrik, Jin dan manusia keseluruhannya sujud bersama Nabi SAW.” (Riwayat Bukhari 1071)
Imam Bukhari memberi komentar di dalam hadis ini dengan mengatakan orang musyrik najis dan tiada baginya wuduk. (lihat Fath 2/644).

Demikian juga yang diulas oleh Imam asy-Syaukani: “Tiada satu hadis yang sahih pun mengatakan mengenai sujud tilawah perlu kepada wuduk, telah hadir bersama Nabi SAW ketika mana membaca ayat-ayat sejadah dan tidak pula salah seorang daripada yang ramai itu disuruh untuk berwuduk, juga ketika mana Nabi SAW sujud dan bersamanya orang-orang musyrik ikut serta bersujud seperti di dalam hadis sedangkan mereka najis dan tidak sah berwuduk. Ada pun menutup aurat dan mengadap kiblat, maka dikatakan itu adalah andaian sahaja (tiada dalil).” (lihat Nailul Author 3/125)

Maka dengan penjelasan tadi yang paling sahih adalah tidak disyaratkan bagi orang yang sujud tilawah (luar dari solat) suci daripada hadas dan menghadap kiblat, tetapi tidak syak bahawa suci daripada hadas dan menghadap kiblat adalah lebih afdhal dan disukai, jika tiada sebarang keuzuran lebih baik bersuci dan menghadap kiblat, tetapi ia bukanlah syarat yang perlu.

Bagaimana sujud tilawah bagi orang yang sedang berjalan atau sedang menaiki kenderaan?
Sesiapa yang mendengar atau membaca ayat sejadah ketika mana dia sedang berjalan atau menaiki kenderaan dan dia hendak sujud, maka memadai dengan hanya melakukan isyarat sahaja iaitu menundukkan sedikit kepala sahaja pada mana-mana arah yang dia sedang lalu.

Ketika mana Ibnu Umar RA ditanya mengenai cara melakukan sujud tilawah ketika menaiki kenderaan? Beliau menjawab: “Sujudlah dengan memadai memberi isyarat” (Riwayat Abi Syaibah 4210 dengan sanad yang sahih).

Bagaimana bacaan ketika sujud tilawah?
Daripada Aisyah RA katanya: “Bacaan Nabi SAW ketika melakukan sujud al-Quran pada tengah malam, baginda akan membaca pada sujudnya:
 
Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta.” (Riwayat Abu Daud 1414, Tirmizi 580, dan Nasa’I 2/222)

Jika tidak mampu menghafal bacaan ini, kita boleh membaca dengan apa-apa doa yang kita hafal sama ada bacaan yang kita selalu lakukan di dalam solat atau pun doakan Ibu bapa dan sebagainya.

Adakah boleh melakukan sujud tilawah pada waktu yang diharamkan solat?
Boleh melakukan sujud tilawah pada bila-bila masa yang dia hendak, kerana sujud tilawah bukan daripada solat. Ini adalah pandangan Imam Asy-Syafie, satu riwayat daripada Imam Ahmad, dan juga Ibnu Hazam.

Terlambat melakukan sujud tilawah
Disunatkan bagi pembaca dan pendengar sujud pada ayat sajadah walaupun terlambat sedikit tidaklah memudaratkan, tetapi jika waktu tempohnya panjang maka dia tidak perlu lagi sujud. Pandangan Imam Syafie dan  Hanabilah. (Lihat al-Majmu’ 4/71-72, Kashshaf al-Qona’ 1/445)

Sujud tilawah ketika solat
Sujud tilawah juga sunat untuk dilakukan ketika berada dalam keadaan solat. Ini jelas daripada Abi Rofe’ mengatakan: “Aku telah solat bersama Abu Hurairah di dalam kegelapan, lalu beliau membaca:
 
Kemudian terus sujud tilawah, maka aku berkata kepadanya: Apakah ini? Maka Abu Hurairah berkata: Dulu aku telah sujud di belakang Abu al-Qosim yakni (Nabi SAW). (Riwayat Bukhari 766, Muslim 578)
Demikian juga yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya Umar telah sujud ketika membaca ayat sejadah di dalam surah an-Najm, dan bangun balik untuk menyambung bacaan.” (Dikeluarkan Abdul Razak 5880, dan at-Tohawi 1/355)

Sujud tilawah ini sunat dilakukan di dalam mana-mana jenis solat sama ada solat fardhu atau sunat, sama ada bersendirian atau jemaah, sama ada bacaan kuat atau senyap. Tetapi lebih baik jika solat jemaah secara senyap seperti solat zuhur dan asar tidak melakukan sujud tilawah kerana ia boleh membuatkan makmum salah faham iaitu boleh jadi imam rukuk atau sujud, maka makmum akan terkeliru dalam hal ini. Ini adalah pandangan jumhur para fuqahak iaitu Imam Hanafi, Malik dan Hanbali. Berbeza dengan pandangan Imam Syafie iaitu melewatkan sahaja sujud itu sehingga selesai sahaja daripada salam. (lihat al-Majmu’ 4/72)

Sekiranya ayat sejadah pada akhir surah, maka bagaimana?
Di sini para ahli sarjana membenarkan untuk kita lakukan tiga pilihan iaitu:-
1)   melakukan sujud kemudian bangun balik serta sambung surah yang selepasnya walaupun satu ayat, dan kemudian baru sujud. (Kaedah paling afdhal)
Ini berdasarkan perbuatan Umar al-Khattab RA, dia telah membaca pada waktu subuh surah Yusof dan sujud, kemudian pada rakaat kedua beliau membaca surah an-Najm maka dia sujud, kemudian beliau bangun kembali dan sambung membaca
 
(Dikeluarkan oleh Abdul Razak 2882, dan at-Tohawi 1/355)

2)   Terus sahaja melakukan ruku’ dan sujud
Daripada Nafi’: “Ibnu Umar ketika mana membaca ayat sejadah dalam surah an-Najm kemudian beliau akan sujud, tetapi jika tidak sujud (dalam solat yang lain), beliau akan terus ruku’ seperti biasa.” (Dikeluarkan oleh Abdul Razak 5893)

Tempat-tempat sujud sejadah di dalam al-Quran
Ayat sejadah di dalam al-Quran ada 15 tempat ke semuanya. Ini berdasarkan hadis daripada Amru bin al-Asr katanya: “Rasulullah SAW membaca 15 ayat sejadah di dalam al-Quran.” (Riwayat Abu Daud 1401, Ibnu Majah 1057, al-Hakim 1/223, al-Baihaqi 2/314)
Antara tempatnya ialah: -
1)   Surah al-A’rof ayat 206:
2)   Surah ar-Ro’du ayat 15:
3)   Surah an-Nahl ayat 50:
4)   Surah al-Isro’ ayat 109:
5)   Surah Maryam ayat 58:
6)   Surah al-Hajj ayat 18:
7)   Surah al-Furqan ayat 60:
8)   Surah an-Naml ayat 26:
9)   Surah as-Sajadah ayat 15:
10)   Surah Fussilat ayat 37:
11)   Surah Shood ayat 24:
12)   Surah an-Najm ayat 62:
13)   Surah al-Inshiqoq ayat 21:
14)   Surah al-Alaq ayat 19:
15)   Surah al-Hajj ayat 18:
Sujud Syukur
manakala sujud syukur dilakukan kerana mendapat nikmat yang besar di dalam hidup yang kadangkala jarang berlaku seperti lulus di dalam peperiksaan yang besar, mendapat anak, mendapat kerja, berkahwin dan sebagainya dan juga terselamat daripada bala bencana yang besar seperti kemalangan, selamat dari kebakaran dan sebagainya.

Nabi SAW melakukan sujud syukur di dalam kehidupannya, perbuatan ini disaksikan oleh lebih 12 orang sahabat. Daripada hadis Abi Bukroh RA katanya: Nabi SAW apabila datang kepadanya berita gembira, maka baginda akan terus sujud syukur kepada Allah SWT.” (Riwayat Tirmizi 1578, Abu Daud 1774)

Demikian juga mejoriti para sarjana di dalam pensyariatan sujud syukur ini, antaranya ialah Imam Syafie, Ahmad, Ishaq, Abu Thauri, Ibnu Munzir dan sahabat Abu Hanifah. (lihat al-Majmu’, al-Mughni, dan Fatawa al-Hindiyah)

Cara melakukan sujud syukur
Caranya sama seperti sujud tilawah di luar solat. Tidak disyaratkan juga mesti suci daripada hadas dan menghadap kiblat. Tetapi jika bersuci dan menghadap kiblat adalah lebih afdhal. Ia juga boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, jika ada sebab maka boleh lakukan sujud syukur.

Selain itu, ia tidak boleh dilakukan di dalam solat, kerana sebab yang membolehkan seseorang itu sujud syukur adalah di luar solat.

Sumber daripada  http://fikrahhalaqah.com/perbahasan-lengkap-sujud-syukur-dan-tilawah/