Friday, 30 December 2011

CABARAN UTAMA DALAM MELAKSANAKAN DAKWAH BAGI KAUM SENOI DI KAMPUNG SUNGAI KUCHING, PAHANG



ABSTRAK

Dakwah di Malaysia telah berkembang dengan begitu pesat sejak tahun 1980-an lagi. Pelbagai institusi mula ditubuhkan dan bergiat secara aktif ke arah merealisasikan cabaran dakwah Islam, sama ada terhadap orang Islam atau bukan Islam. Malah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang kepada pertubuhan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri bagi menunaikan hasrat murni ini.

Penyertaan Pertubuhan Bukan Kerajaaan (NGO) dan masjid-masjid negeri dari seluruh daerah dan kampung turut meyemarakkan pergerakan dakwah di Malaysia. Malah kesungguhan institusi dakwah ini dalam mengatur strategi dan program yang sesuai untuk melaksanakan keperluan dakwah begitu rancak dan membanggakan. Aktiviti ceramah, kuliah, ziarah, sambutan, majlis keagamaan, majlis diskusi, penganugerahan dan sebagainya adalah memenuhi tentatif perancangan program dakwah setiap tahun dalam merealisasikan tuntutan dakwah.

Latar belakang masyarakat pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia menjadikan negara ini sebuah negara yang mewarisi pelbagai agama, tradisi budaya dan kepercayaan dan setiap satunya mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Pemahaman terhadap kepelbagaian setiap agama dan kaum ini sangat penting bagi memastikan perlaksanaan usaha-usaha dakwah dapat berjalan dengan lancar tanpa ada unsur-unsur prasangka dan prejudis.

Islam sebagai agama fitrah (the primodial religion) mengakui kewujudan berbilang etnik, agama dan anutan serta mengangkat martabat insan (human dignity) melebihi persoalan etnik. Oleh itu, dakwah bukan semata-mata bertujuan untuk mengislamkan orang bukan Islam tetapi matalamatnya lebih jauh daripada aspek tersebut.


PENGENALAN

Dakwah didefinisikan sebagai mengajak atau menyeru manusia dengan tujuan untuk melaksanakan sesuatu iaitu ke arah kebaikan. Dakwah juga bermaksud usaha perpindahan paradigma umat manusia kepada suatu tahap yang sesuai dengan tabiat semula jadi manusia ciptaan Allah S.W.T. iaitu perpindahan yang berasaskan kesedaran daripada kekufuran kepada keislaman, kesesatan kepada hidayah, negatif kepada positif dan perkara-perkara keburukan kepada kebaikan.

Dakwah juga ialah usaha mengubah situasi kepada situasi yang lebih baik dan sempurna, baik terhadap peribadi mahupun masyarakat. Dakwah bukan sekadar usaha peningkatan pemahaman keagamaan, tingkah laku dan pandangan hidup sahaja tetapi juga menuju sasaran yang lebih luas. Apatah lagi pada masa kini, dakwah harus lebih berperanan menuju kepada perlaksanaan ajaran Islam secara holistik dalam pelbagai aspek kehidupan.

Dakwah boleh dianggap sebagai satu kurikulum dan penerangan yang lengkap ke arah suatu gerakan ajakan sama ada dalam bentuk lisan, tulisan mahupun tingkahlaku yang dilakukan secara sedar dan terencana dalam usaha untuk mempengaruhi orang lain. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan suatu pengertian, kesedaran dan sikap penghayatan dalam diri insan terhadap ajaran Islam sebagai mesej yang disampaikan tanpa wujud sebarang unsur paksaan.

Namun begitu terdapat juga usaha-usaha dakwah yang perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dari sudut perlaksanaan, perancangan dan para pendakwah itu sendiri terutama dalam konteks berdakwah terhadap masyarakat pribumi yang bukan Islam kerana kebanyakan mereka bukan sahaja tidak mengetahui perlaksanaan agama dalam bentuk akidah malah jauh untuk mengenali maksud Islam itu sendiri.


MASYARAKAT ORANG ASLI

Merupakan masyarakat pribumi, asal-usul keturunan lahir dan tinggal di sesebuah wilayah atau negeri. Orang asli juga merupakan satu istilah yang digunapakai ke atas kumpulan masyarakat pribumi yang mendiami kepulauan Semenanjung Malaysia dan bukannya orang asing atau pendatang. Antara panggilan lain yang pernah digunakan ke atas masyarakat ini ialah Sakai, Pagan dan Orang Darat.

Mereka dipercayai berasal dari Utara Asia iaitu Yunan dan Indonesia. Penghijrahan ke negara ini berlaku secara berperingkat. Mereka merupakan masyarakat yang tidak homogenous. Selain itu mereka berasaskan kepada dialek bahasa dan ciri-ciri fizikal mereka yang boleh dibahagikan kepda tiga kaum iaitu Negrito, Senoi dan Melayu- Proto (Proto-Malay), yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.


KAUM SENOI

Terdiri daripada suku kaum Temiar, Semai, Che Wong, Jah-Het, Semaq Beri dan Mah Meri. Menurut perangkaan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 2003, kaum Senoi terdiri daripada 81 826 orang iaitu taburan mendapati mereka tinggal di kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Organisasi sosial bagi kaum Senoi ini mempunyai kaitan dengan bentuk atau struktur rumah kediaman dan sebahagian besar mereka tinggal di rumah panjang.


KAMPUNG SUNGAI KUCHING

Merupakan sebuah perkampungan orang asli yang didiami oleh suku kaum Semaq Beri (Senoi). Terletak di pedalaman kawasan Jerantut, Pahang dan perjalanan mengambil masa selama tiga jam dengan menaiki bot dari Kuala Tahan serta melalui tujuh jeram. Kampung Sungai Kuching mempunyai 32 jumlah kelamin dengan lebih kurang 100 orang penduduk dan majoriti penduduknya telah memeluk Islam.

Kegiatan ekonomi suku kaum ini di Kampung Kuching adalah tertumpu kepada kerja-kerja di ladang, mencari rotan dan mencari madu lebah. Kehidupan mereka sudah banyak berubah berbanding dahulu walaupun tidak secara keseluruhan. Tanggapan yang menganggap orang asli masih tinggal di atas pokok tidak benar sama sekali. Rata-rata mereka tinggal di rumah yang disediakan oleh Jabatan Orang Asli, meskipun ada lagi rumah-rumah lama yang masih didiami mereka tetapi jumlahnya amat kecil.

Kehidupan sosial mereka tidak banyak berbeza dengan masyarakat luar. Walaupun ada di antara mereka yang masih mempunyai sikap tertutup terutamanya semasa berinteraksi dengan masyarakat luar, namun ini tidak bermakna mereka tidak dapat menerima kehadiran masyarakat luar. Cuma perasaan malu dan segan masih bersarang dalam diri mereka.

Pengetahuan mereka hanya terhad kepada perkara-perkara asas sahaja. Keadaan ini sebenarnya amat baru bagi mereka dan masih memerlukan bimbingan yang berterusan dari pihak-pihak yang berkenaan. Setakat ini mereka hanya mendapat bantuan dan bimbingan daripada masyarakat Kampung Bantal dan juga dari pihak-pihak lain seperti DOA, PERKIM dan JHEOA.


CABARAN UTAMA DALAM MELAKSANAKAN DAKWAH

Aktiviti dakwah di Malaysia telah lama wujud sejak dahulu lagi dan terus berkembang sehingga kini. Melalui proses perkembangan inilah aktiviti dakwah kini sering kali dilakukan di bawah organisasi-organisasi tertentu. Kewujudan organisasi dakwah seperti Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri, Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain bukan sahaja memudahkan perlaksanaan dakwah, bahkan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan jelas memenuhi kehendak masyarakat.

Dakwah adalah sangat perlu bagi menumpukan usaha ke arah pembinaan pemikiran manusia berasaskan kepada akidah yang sebenar bagi mewujudkan kesatuan pemikiran insan yang berkesan seterusnya mampu mencapai matlamat kehidupan yang diinginkan berasaskan tuntutan Islam. Dakwah dilihat sebagi satu alternatif yang berkesan untuk mencegah, seterusnya mengubati penyakit-penyakit sosial yang berlaku kepada masyarakat kini.

Namun begitu, penganjuran aktiviti dakwah yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat sudah pastinya mempunyai pelbagai perbezaan pandangan, budaya, cara hidup dan persepsi. Fenomena ini secara tidak langsung menyebabkan masalah yang akan menganggu kelancaran dan keberkesanan aktiviti dakwah tersebut.

Cabaran aktiviti dakwah dapat dibahagikan kepeda beberapa klasifikasi yang utama iaitu masalah yang dihadapi oleh penganjur atau dalam konteks pendakwah, cabaran dari sudut sasaran dakwah, dan skop menerusi perancangan dan perlaksanaan dakwah itu sendiri.


CABARAN DALAM KONTEKS PENDAKWAH

Manusia memerlukan pemimpin dan bimbingan untuk memandu mereka ke arah kebaikan. Dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 menunjukkan mengenai tuntutan dakwah yang dituju kepada seluruh umat Islam.

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah دعى , دعوة,يدعو yang bererti memanggil, mengajak, menyeru dan menjemput. Manakala dari segi istilah syara’ adalah sebagai usaha membawa orang lain kepada Islam. Dakwah bukan semata-mata mengajak manusia kepada agama Allah, tetapi disertai uslub atau kaedah untuk mempengaruhi orang yang didakwah.

i. Pengetahuan
Pengisian pengetahuan bagi seorang pendakwah adalah perlu dititikberatkan terutama dalam ilmu kemasyarakatan. Keadaan ini dapat dijelaskan sekiranya pendakwah mengetahui perkara seperti yang perlu bagi mempengaruhi sasaran seperti hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosial bagi sesuatu masyarakat yang berkaitan.

Pengetahuan dilihat dalam konteks seseorang pendakwah itu perlu menguasai beberapa bidang ilmu misalnya ilmu sejarah umum, psikologi, ilmu geografi, ilmu akhlak, mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah, bahasa orang yang menerima dakwah, ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

ii. Persediaan
Pendakwah mestilah mampu untuk menyediakan diri menjadi pendakwah dan sekaligus menjadi pemimpin pendidikan yang cemerlang. Untuk menjadi pendakwah yang cemerlang, kita mestilah perlu menyediakan diri menjadi pendakwah yang sentiasa up to date bukan out of date. Ia mestilah menjadi golongan yang menyedari dengan mendalam pelbagai cabaran besar yang berlaku.

Persediaan bagi seseorang pendakwah ialah dengan mempunyai visi yang jelas untuk membina generasi ummah terutamanya generasi pelajar masa depan. Hal ini bertujuan sebagai cara bagi pendakwah agar mampu menyediakan strategi dan penyelesaian yang berteraskan kerangka yang benar dan mutlak, yang datang dari ajaran Islam itu sendiri.

Pendakwah perlu memainkan peranan yang utama dalam pembangunan ummah dan mampu menentukan ‘prioriti’ sesuatu tugas, amanah atau tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Selain itu berusaha untuk mempersiapkan pasukan kepimpinan generasi muda yang lengkap dan berterusan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan dan kelangsungan kecemerlangan ummah. Situasi yang berterusan ini memerlukan para pendakwah memainkan peranan utama dan melipatgandakan kerja masing-masing.

Para pendakwah terutamanya mestilah merasakan tugas mengajak manusia kepada kebenaran dan beriman kepada Allah ini bukan tugas kecil, tugas remeh, tugas sambil lewa, tugas sampingan, tugas semasa dan tugas bermusim. Tetapi mereka mestilah menerimanya sebagai tugas sepanjang hayat.

 iii. Kemahiran
Pendakwah perlu memiliki beberapa kemahiran dalam mendapatkan kepercayaan sasaran dan kerjasama bagi mengelakkan perasaan prejudis daripada pihak sasaran terutama dari aspek psikologi dan mental. Antara cabaran yang perlu dilalui adalah seperti jarak jauh dan cabaran meredah hutan belantara untuk ke sesebuah pos atau kampung orang asli.

Masalah perhubungan menyulitkan keadaan kerana kedudukan sesebuah pos atau kampung sangat jauh misalnya perjalanan ke Kampung Sungai Kuching yang memakan masa selama 3 jam menaiki bot dan melalui tujuh jeram. Keadaan masyarakat yang masih ketinggalan dari sudut permodenan menyukarkan perhubungan dengan dunia luar memerlukan kekuatan yang harus diambil sebagi cabaran bagi para pendakwah.

Kurangnya kemahiran berkomunikasi dalam kalangan para pendakwah boleh mengganggu proses perlaksanaan program. Ketidakupayaan pendakwah memahami masalah ibunda Orang Asli menyukarkan proses penyampaian dakwah.

iv. Dilema Moral
Masalah berkaitan etika penyelidikan dan tanggungjawab sosial pengkaji terhadap komuniti yang dikaji adalah cabaran utama dalam diri pendakwah itu sendiri.

Kakitangan merupakan aset yang sangat penting dalam usaha melaksanakan aktiviti dakwah. Masalah kerjasama antara barisan penganjur adalah cabaran utama yang perlu diberi penekanan kerana sedikit sebanyak boleh mengganggu perjalanan aktiviti dakwah.

Tidak ramai yang sanggup meredah hutan belantara dan membuat atau memperkenalkan perubahan kampung-kampung orang Asli yang terbabit. Perkara ini banyak berlaku tertutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Orang Asli merupakan satu komuniti minoriti pribumi Semenanjung Malaysia. Tanggapan umum mengatakan mereka sebagai masyarakat yang ketinggalan dalam serba-serbi dan terpisah dari dunia luar. Kebanyakan orang asli tinggal di pedalamam suatu kawasan yang menyukarkan perhubungan dilakukan.

Alasan ini merupakan sebab yang paling tepat diberikan untuk menafikan pelbagai kemudahan kepada mereka.


CABARAN DALAM KONTEKS SASARAN DAKWAH

Sasaran adalah di kalangan mereka yang menerima dakwah. Penglibatan mereka adalah sangat penting dalam memastikan tujuan dakwah mencapai matlamat yang diusahakan. Pelbagai cabaran dapat dilihat dalam menghadapi kerenah sasaran dakwah.

i. Komunikasi
Bahasa merupakan medium terpenting untuk menyampaikan maklumat. Kesukaran yang paling nyata ialah apabila kebanyakan penduduk kampung tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Segala permasalahan hanya diajukan dan bergantung harap kepada Batin Muda, Encik Aziz Isa selaku perantara terutama hal yang berkaitan dengan Islam. Inilah keadaan yang berlaku di Kampung Sungai Kuching dan kebanyakan tempat petempatan sasaran dakwah.

Hal ini kerana sebahagian besar masyarakat Asli bertutur dalam dialek kaum masing-masing. Masalah ini secara tidak langsung akan menghalang mereka untuk memahami mesej dakwah yang disampaikan. Selain itu, terdapat di kalangan mereka yang mengasingkan diri daripada berinteraksi dengan masyarakat luar lantaran kesilapan bahasa Melayu yang dituturkan mereka.

ii. Adat dan Budaya
Proses perubahan minda berlaku dengan agak lambat kerana masih berpegang teguh dengan adat yang diamalkan. Mereka masih lagi mengandaikan bahawa kehadiran Islam adalah penghapus segala amalan nenek moyang yang telah lama mereka amalkan.

Budaya adalah suatu isu yang sangat sensitif. Sebahagian daripada mereka walaupun sudah memeluk Islam tetapi masih tinggal bersama dengan ahli keluarga yang bukan beragama Islam dan mengamalkan pemakanan yang telah diharamkan dalam Islam.

Melalui sudut ibadat pula, mereka masih percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa ghaib, tangkal dan kepercayaan kepada ‘supernatural’ yang dianggap mempunyai kuasa yang sangat luar biasa.

Adat pengebumian bagi sesuatu kematian masih lagi diamalkan mengikut adat tradisional bukan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Upacara-upacara lain seperti sewang masih lagi kuat diamalkan bagi mengubati sesuatu penyakit.

iii. Mendapatkan Kerjasama dan Kepercayaan
Perasaan malu dan segan masih bersarang dalam diri mereka. Ada di antara mereka masih mempunyai sikap tertutup terutama ketika berinteraksi dengan masyarakat luar. Mereka masih merasakan diri mereka begitu asing dengan orang luar.

iv. Perasaan Prejudis
Cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti kepada agama Islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Sering menimbulkan gambaran bahawa memeluk Islam beerti masuk Melayu dan terpaksa menerima bahasa dan budaya Melayu.

Mereka masih lagi beranggapan bahawa Islam adalah agama yang banyak pantang larang dari sudut menghadkan pilihan terhadap makanan. Konsep halal dan haram dalam Islam disalahertikan iaitu ajaran Islam lebih banyak menitikberatkan perkara yang haram dari halal. Keadaan ini seolah-olah menyekat setiap penganut agama Islam.

Mereka berprasangka bahawa Islam adalah agama yang cukup keras misalnya dalam ibadat solat, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji. Solat bererti membuang masa mereka kerana terpaksa dilakukan sebanyak lima kali sehari. Zakat pula seperti dalam keadaan yang menyusahkan mereka kerana terpaksa mengeluarkan duit untuk diberikan kepada orang lain. Manakala menunaikan haji bagi pandangan mereka adalah suatu pembaziran dan hanya menguntungkan negeri Arab Saudi kerana menganjurkan aktiviti tersebut.


CABARAN DARI SUDUT PERANCANGAN

Dakwah merupakan satu kegiatan yang terancang. Masalah perancangan ini merangkumi aspek susunan aktiviti yang dilakukan sepanjang sesebuah program dilaksanakan. Ketiadaan perancangan yang teratur mengakibatkan program yang diadakan seolah-olah melepaskan batuk di tangga.

i. Pengaplikasian Modul yang Efektif
Isi kandungan dalam setiap usaha dakwah adalah sangat penting untuk memastikan kesesuaian modul yang diberikan adalah bertepatan dengan keperluan sasaran. Hal ini kerana kesilapan dalam menyampaikan hasrat dakwah akan menyebabkan kelompok sasaran akan berlari jauh dengan setiap yang ingin disampaikan. Begitu juga dengan ketidaktepatan isi kandungan dakwah yang dikemukakan kepada sasaran akan menempangkan matlamat sebenar dakwah.

Pengisian modul selalunya tidak selari dengan kehendak sasaran dan hanya berlaku interaksi sehala yang tidak melibatkan sasaran. Modul yang dihasilkan perlu bersifat inovatif dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu sasaran dan pendakwah.

Cabaran ini dilihat dari aspek kelemahan penganjur dan kurangnya penekanan yang lebih khusus dalam memenuhi kemahuan sasaran. Penelitian awal perlu dibuat bagi memastikan kelancaran sesuatu program khususnya penetapan modul yang seimbang dengan keupayaan sasaran.

ii. Kesediaan dan Keupayaan dari Sudut Pembangunan dan Etnografi
Taraf kesihatan mereka perlu diberi kesedaran yang agak lebih kerana ia masih berada pada tahap yang rendah. Cabaran yang paling kritikal ialah tiada institusi kesihatan di tempatkan di kampung berkenaan. Akibat pengurangan kesedaran ini, ada di antara mereka yang mengidap penyakit-penyakit kulit. Malah ada beberapa yang telah dikesan mengidap penyakit kusta.

Keadaan ini disebabkan sosio-budaya mereka yang tidak begitu mementingkan kebersihan. Arus kemajuan dan permodenan perlu mewarnai hidup mereka supaya anak-anak mereka tidak dipinggirkan dengan arus pendidikan.

iii. Tiada Role Model dan Follow Up
Ketiadaan Institut Agama, ulama mahupun ustaz untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan. Mereka tidak mempunyai sumber rujukan untuk bertanya dan mengamalkan kehidupan beragama yang amat sukar. Kesannya menyebabkan berlakunya kes murtad kerana kembali kepada ajaran asal. Perkara ini juga disebabkan kekurangan kakitangan dalam membuat projek susulan.

Konsep dan pendekatan Islam Adalah Agama Yang Mudah, kebanyakannya tidak dilaksanakan oleh pendakwah semasa berdakwah kepada orang Asli. Di samping itu juga tidak ramai pendakwah yang menunjukkan kesanggupan mereka untuk membantu masyarakat orang asli yang masih memerlukan bimbingan terutama penduduk di Sungai Kuching dan berdamping rapat dengan mereka.


CABARAN DARI SUDUT PELAKSANAAN

Dakwah Islam bukan hanya berlaku dalam hal yang berkaitan dengan akidah dan ibadah bahkan sinarnya
menyeluruh dalam pelbagai aspek kehidupan. Kemuliaan usaha dakwah telah meniup semangat gelombang penerusan agenda dakwah dalam menangani arus permodenan masa kini. Pelaksanaan yang jitu akan menghasilkan usaha yang cemerlang. Namun pelbagai cabaran utama yang wujud dalam perlaksanaan yang telah direncanakan.

i. Gerakan kristianisasi
Cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti kepada agama Islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Sering menimbulkan gambaran bahawa memeluk Islam beerti masuk Melayu. Menganggap bahawa Islam adalah agama yang banyak pantang larang dari sudut menghadkan pilihan terhadap makanan.

Cabaran memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi asam garam dalam perjuangan dakwah dalam masyarakat orang asli. Antara cabaran yang di lalui adalah seperti jarak jauh dan cabaran meredah hutan belantara untuk ke sesebuah pos atau kampung orang asli, cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti kepada agama islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Namun semua itu dapat di atasi dengan bantuan Allah SWT.

ii. Pengurusan
Kepincangan yang berlaku dalam sistem pengurusan mampu melumpuhkan usaha dakwah secara keseluruhannya. Meskipun memahami peri pentingnya pengurusan dalam melaksanakan dakwah namun masalah ini masih lagi berlegar-legar di sekitar perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah. Masalah ini menyebabkan sasaran dakwah tidak pasti kepentingan mereka untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti.

Selain aktiviti yang tidak dirancang dengan baik dan teratur, institusi dakwah menghadapi masalah dalam menentukan sasaran. Aktiviti yang dilaksanakan lebih banyak bersifat menyeluruh kepada pelbagai lapisan masyarakat. Ketiadaan pembahagian kumpulan sasaran mengakibatkan berlakunya pertembungan kefahaman yang kurang baik dan juga memudahkan berlakunya persepsi selektif sasaran. Cabaran ini ditambah lagi dengan kelemahan dalam mengurus dan merancang masa untuk melaksanakan aktiviti dakwah.

iii. Pemahaman
Pemahaman terhadap penyampaian yang diberikan merupakan aspek yang penting kepada sasaran dan pendakwah. Hal ini kerana tahap pemahaman yang baik atau tinggi dapat memastikan dan menjanjikan amalan yang sempurna hasil daripada pemahaman tersebut.

Misalnya, kekeliruan yang berlaku oleh masyarakat Asli mengenai Islam dan orang Melayu perlu diselesaikan melalui penyampaian yang mudah diterima oleh mereka.


METODOLOGI DAKWAH

Dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, para pendakwah seharusnya mengkaji dan menilai dengan melihat pemahaman, budaya dan adat sesuatu kelompok sasaran. Melalui penelitian dan kefahaman yang baik, maka pendakwah akan dapat mengambil metodologi tertentu sebagai pendekatan yang sesuai dan berkesan.

Dalam masyarakat peribumi khususnya masyarakat Orang Asli, terdapat beberapa metodologi yang dapat digunakan dalam dakwah. Antaranya ialah :

i. Dakwah Bil Hal.
Dakwah bil hal merupakan satu pendekatan dakwah yang mengunakan perilaku atau akhlak sebagai satu cara menarik perhatian sasaran. Cara ini tidak memerlukan pendakwah mendekati sasaran, tetapi sebaliknya menjadikan diri pendakwah sebagai perantaraan dakwah yang ingin disampaikan. Dakwah melalui perilaku dikatakan 70 peratus lebih memberi keberkesanan dalam memastikan kejayaan dakwah kepada sasaran. Contoh paling utama yang dapat diambil ialah Baginda Rasulullah s.a.w. Sifat , perilaku dan tutur kata Baginda merupakan satu daya penarik kepada masyarakat Arab untuk menerima Islam.

ii. Dakwah Bil Lisan
Metodologi lain yang dapat diambil ialah melalui lisan atau perkataan. Dengan lain maksud ialah melalui dengan mengajak dan menyeru. Kaedah ini dapat dilakukan dengan mengambil pendekatan halus melalui percakapan biasa, perdebatan, perbincangan atau sebagainya yang dapat memberi kesan dakwah yang sempurna.

iii. Dakwah Bil Kitabah
Dakwah bil kitabah merupakan pendekatan yang mungkin kurang sesuai kepada masyarakat Orang Asli. Pendekatan melalui penulisan dan risalah ini mungkin sesuai kepada masyarakat lain seperti di kampung atau bandar. Tetapi bagi masyarakat Orang Asli hampir kebanyakan mereka tidak mampu membaca dan setiap suku kaum dan puak Orang asli mempunyai bahasa yang berbeza. Namun mungkin apabila tahap kemampuan masyarakat Orang Asli mampu membaca dan menulis. Pendekatan ini dapat diambil.


Tahap Metodologi Dakwah dalam Masyarakat Orang Asli.

Hasil dari pembentangan kertas kerja Orang Asli di Kelantan pada tahun 2006. Majlis Agama Islam Kelantan telah membentangkan kertas kerja mengenai tahap metologi dakwah terhadap masyarakat Orang Asli.

1) Tahap Pertama
Mewujudkan suasana yang erat dengan masyarakat Orang Asli. Sebagai contoh ialah melalui interaksi menerusi pergaulan, lawatan ke rumah-rumah masyarakat Orang Asli, perbualan dan sebagainya.

2) Tahap Kedua
Pendakwah membuat pantauan atau intipan kehati samaada individu-individu tetentu dalam masyarakat mempunyai perasaan beragama atau pun tidak. Kaedah ini dapat dilakukan melalui perbualan tidak langsung atau pun sebaliknya melihat kepada suasana individu dan pastikan pendekatan ini dilakukan dalam situasi mereka tenang dan relaks dalam memberi jawapan dan bukan dalam penekanan dan paksaan. Misalnya perbualan dan pertanyaan yang dilakukan dalam maksud memberi keinginan rasa ingin tahu tentang sesuatu perkara tentang kejadian alam, penciptaan dan sebagainya yang difikirkan dapat menarik pemikiran mereka.

3) Tahap Ketiga
Pada peringkat ini sasaran boleh didedahkan dengan apa itu Islam dan tujuannya dalam kehidupan manusia. Pendakwah boleh menyatakan perbandingan antara agama lain dan kelebihannya tetapi jangan sekali-kali menghina ajaran agama lain. Fahamkan Islam merupakan agama yang tidak membezakan antara penganutnya. Apabila mereka faham apa itu Islam, pendakwah boleh mendedahkan tentang kewajipan dan kefardhuan dalam Islam yang mencakupi syahadah, solat, zakat, puasa, dan menunaikan haji dan sebagainya. Sebaiknya perkara ini dijelaskan secara tidak membebankan mereka.

4) Tahap Empat
Selepas memberi mereka kefahaman dan penjelasan yang betul, berikan masa bagi kumpulan sasaran berfikir dan menilai tentang agama. Berikan mereka tempoh yang difikirkan sesuai bagi mereka. Selepas beberapa ketika pendakwah meninjau kembali dengan melihat pandangan mereka terhadap apa yang telah difikirkan dan dibincangkan sebelum ini. Pendakwah seharusnya mendampingi mereka untuk menarik perhatian mereka terhadap Islam. Pastikan hubungan ini tidak menunjukkan kita memperkecilkan mereka sebaliknya membuatkan mereka rasa dihargai.

5) Tahap Lima
Seterusnya apabila segala usaha yang telah dilakukan menampakkan hasil dan sasaran menunjukkan rasa minat, pendakwah boleh memaklumkan kepada pihak berkenaan samaada pihak Jabatan Agama Islam atau jabatan Orang Asli untuk membuat lawatan dan penerangan khas kepada masyarakat yang kita sasarkan. Beri bantuan yang sewajarnya dalam memudahkan mereka memeluk Islam.


KESIMPULAN

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh setiap organisasi dakwah ini tidak seharusnya dianggap sebagai batu penghalang kepada setiap usaha yang dirancangkan bahkan ia perlu dianggap sebagai satu cabaran dan batu loncatan untuk institusi dakwah bertapak seterusnya melangkah jauh lebih maju daripada segala yang didapati kini.

Perkembangan dakwah pada hari ini semakin mencabar apatah lagi adalah dalam suatu perkara yang agak sukar untuk mencapai sesuatu tahap yang dikatakan sempurna dan bebas daripada sebarang bentuk cabaran. Sememangnya dalam menyebarkan dakwah Islamiah tidak terlepas daripada sebarang cabaran dan masalah. Tiada istilah “Permaidani Merah” dalam usaha dakwah. Malah “onak” dan “duri” sentiasa menjadi peneman setia di sepanjang perjalanan.

Hakikatnya, perkembangan positif dan penerimaan masyarakat orang asli terhadap agama Islam adalah begitu memberansangkan. Ini adalah hasil perjuangan yang tidak pernah kenal jemu dan kombinasi diantara semua badan dakwah dalam menyampaikan risalah Ilahi serta bantuan dari Allah SWT.

Pihak kerajaan juga tidak kira pusat atau negeri termasuklah NGO telah mengambil berat terhadap isu dakwah kepada orang asli. Semoga suasana ini dapat ditingkatkan lagi dan Islam terus berkembang subur dalam masyarakat Orang asli.

”Kebangkitan Ummah bermula daripada kebangkitan minda dan paradigma..... bukan suatu evolusi yang pasif...”



Disediakan bersama : 
Muhammad Affnan bin Mohd Azmin
Nazhatul Ain bt Hisamudin
Widad bt Mat Ali

Diselia oleh :
Prof. Madya Dr Ramle Abdullah
Jabatan Sains Sosial
Universiti Sultan Zainal Abidin



RUJUKAN

1. Ali Mustafa Yaqub (1997), Sejarah dan Metode Dakwah Nabi. Jakarta ; PT Pustaka Firdaus.
2. Buku Method Dakwah. Majlis Agama Islam Kelantan.
3. Dato’ Dr Hj. Abd. Razak b. Kechik, Kertas kerja seminar : Pengalaman dan Cabaran BerdakwahKkepada Orang Asli. Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM.
4. Dr Fariza Md Sham. Kertas kerja seminar : Pendekatan Dakwah dan memahami psikologi Masyarakat orang asli. Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM.
5. Drs. H.M Arifin M. Ed (1977), Psikologi Dakwah – Suatu Pengantar Studi. Jakarta ; Bulan Bintang.
6. Jurnal YADIM bil ke 3 (Jun 2002). Kuala Lumpur ; Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
7. Majalah Dakwah bil 234 (Nov 1996), Catatan Perjalanan ke Kampung Sungai Kuching – Dakwah Orang Asli Gagal. Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).
8. Muhammad Husain Fadhlullah (1986), Metodologi Dakwah dalam Al-quran – Pegangan bagi para aktivis. Jakarta ; PT Lentera Basritama.
9. Muhammad Yusuf Khalid (2005), Isu Dakwah dan Kemanusiaan dalam Era Globalisasi. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
10. Tesis : Ilham b. Haji Daud(2006-2007) Praktikal Pengajaran Solat Terhadap Saudara Baru Orang Asli : Satu kajian di Islamic Outreach ABIM Kelantan, Latihan Ilmiah. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.




Etnografi : Orang Asli Sungai Pergam




LAPORAN LAWATAN KURSUS ETNOGRAFI PRIBUMI MALAYSIA

DI KAMPUNG SUNGAI PERGAM, KEMAMAN

PADA 7 – 8 OKTOBER 2009


1.0 Pengenalan

Pada 7 – 8 Oktober yang lalu, seramai 32 orang Mahasiswa/i dari Ijazah Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) sem 5 telah pergi melawat Perkampungan Orang Asli di Sungai Pergam yang terletak di daerah Kemaman. Kedatangan kami kali ini adalah merupakan kunjungan yang kedua kali dan melihat kepada persekitaran yang pernah kami kunjungi dahulu ternyata banyak perubahan telah berlaku di Kampung Orang Asli Sungai Pergam. Sedikit info mengenai Orang Asli di Sungai Pergam, di mana penduduk Orang Asli di sana adalah terdiri dari suku kaum Semaq Beri dan Jakun dan majoriti masyarakat di sana adalah beragama Islam. Matlamat kedatangan kami kali ini adalah bertujuan mengumpul data di bawah kursus Etnografi Pribumi Malaysia dan dipantau oleh Dr. Ramle b. Abdullah, yang merupakan salah seorang pensyarah di Jabatan Sains Sosial juga merangkap pengiring kami. Antara aktiviti yang dijalankan di sana selain daripada mengumpul data, kami juga tidak ketinggalan dalam mengadakan program sukaneka kepada anak-anak Orang Asli disana seperti pertandingan berebut kerusi, meniup belon, mewarna dan beberapa aktiviti yang lain. Ternyata sambutan yang diberikan oleh anak-anak Orang Asli disana begitu menggalakkan. Masyarakat Orang Asli disana juga senang memberi kerjasama dan begitu mesra sekali ketika kami mahu melakukan tugasan mengumpul data dengan menemuramah penduduk di situ. Kami juga turut mengambil kesempatan dengan mengadakan jamuan raya untuk penduduk tempatan disamping beramah mesra dengan mereka sepanjang dua hari kami di sana. Program kami ini juga turut mendapat kerjasama dari PERKIM Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Banyak maklumat yang kami dapat disana hasil dari pemerhatian juga temubual dengan penduduk tempatan dimana jika dilihat dari material ternyata mereka berkemampuan cuma mereka kelihatan tercicir dari segi pendidikan khususnya.

2.0 Masalah

2.1 Melalui pemerhatian selama 2 hari disana, kami dapati cara hidup di sana tidak melambangkan cara hidup Islam yang sebenar. Sebagai contoh dalam hal pengebumian mayat dimana mereka tidak melakukan mengikut adat pengebumian Islam walaupun yang meninggal dunia itu adalah yang beragama Islam. Mereka hanya memandikan mayat lalu menanamnya begitu sahaja tanpa ada sembahyang jenazah mahupun mengapankannya terlebih dahulu sepertimana yang diajar oleh Islam. Kami sedia maklum bahawa penduduk di sana baru hanya beberapa generasi memeluk Islam jadi kemungkinan penghayatan Islam itu belum sampai ke tahap untuk menjalaninya seperti mana kehidupan Islam yang lain.

2.2 Kawsan persekitaran di sana juga belum mencapai tahap yang memuaskan di mana kebersihan belum menjadi pilihan utama penduduk di sana. Kehidupan mereka masih dibelenggu kekotoran jika dibandingkan dengan penduduk Orang Asli Temiar yang lebih bersih kawasan persekitarannya. Binatang seperti anjing dianggap sebagai binatang peliharaan seperti ayam dan kucing dan ia berkeliaran ke sana sini dengan banyaknya.

2.3 Adat masih kukuh dipegang oleh mereka. Apa-apa yang berkaitan pantang larang masih dibawah seliaan dan kawalan dari Tok Batin. Ini terbukti apabila kami bertanya mengenai pengambilan gambar di kawasan perkuburan Orang Asli Sungai Pergam adakah dibolehkan atau tidak kerana dikhuatiri ada pantang larangnya yang tersendiri dan penduduk yang kami temuramah disana mengatakan bahawa hal berkaitan adat dan pantang larang itu mestilah ditanya kepada Tok Batin terlebih dahulu kerana mereka tidak tahu apa-apa yang berkaitan dengan kedua-dua hal demikian.

2.4 Faktor kekurangan orang yang tahu tentang agama dalam memantau kehidupan mereka. Di Kampung Orang Asli Sungai Pergam hanya terdapat seorang ustaz sahaja yang ditempatkan disana. Jadi usaha dari segi mengajar mereka mengenai kehidupan Islam agar sukar dilaksanakan kerana tiada kerjasama yang lebih berkesan. Apa-apa aktiviti yang mahu dilakukan oleh seorang ustaz mestilah meminta kerjasama daripada JHEOA terlebih dahulu sebelum dapat dilaksanakan. Jadi disini sudah dapat dilihat kekangan dari segi masa dan usaha dalam menjalani sesuatu aktiviti.


3.0 Cadangan

3.1 Dalam perkampungan mana-mana Orang Asli, sudah sedia maklum bahawa Tok Batin amat mempengaruhi kehidupan Orang Asli itu sendiri kerana Tok Batin dianggap sebagai ketua mereka. Jadi disini kita perlulah memainkan peranan dalam mempengaruhi Tok Batin itu sendiri. Mungkin agak sukar tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Walaupun kita sudah tahu bahawa sudah ada kursus mengenai pengurusan ekonomi, pentadbiran dan sebagainya untuk Tok Batin dan organisasi dibawahnya tetapi kita juga patut selitkan mengenai agama Islam dalam pentadbiran dan ekonomi misalnya. Membentuk semula jati diri Tok Batin agar dia lebih mempercayai agama Islam daripada kepercayaan Animisme yang dipegang berkurun lamanya. Tidak perlu tergesa-gesa tetapi cukuplah dengan cara yang cukup perlahan agar dia dapat menyerapnya secara sedikit demi sedikit.

3.2 Menempatkan paling kurang seramai 2,3 ustaz disetiap perkampungan Orang Asli. Dan ustaz yang dipilih mestilah orang yang mengetahui khususnya dalam bidang Antropologi dan Dakwah. Ia bukan sahaja bertujuan untuk berdakwah secara membuta tuli tetapi turut memahami kehidupan Orang Asli dengan lebih telus. Mengamalkan cara hidup Islam dalam erti kata yang sebenar agar ia dapat dijadikan contoh dalam kehidupan dan dalam masa yang sama tidak meletakkan sempadan diantara dirinya dengan penduduk Orang Asli. Bergaullah sepertimana masyarakat disana dan dalam masa yang sama cuba pelajari budaya dan bahasa mereka agar lebih mudah untuk mendekati mereka.

3.3 Dengan bilangan ustaz yang ramai disana, jadi segala aktiviti yang kecil seperti mengadakan kelas fardhu ain misalnya tidak perlu meminta kerjasama dari JHEOA. Tetapi cukuplah jika dilaksanakan secara sederhana seperti mengajar dirumah sahaja. Tariklah 2,3 anak orang asli yang tinggal berdekatan dan pastikan yang mereka itu sudah biasa dengan ustaz itu sebelum membawa mereka ke langkah yang seterusnya.

3.4 Peranan yang penting diantara ustaz dan Tok Batin disana amatlah perlu dimainkan dengan lebih berkesan. Fungsi untuk setiap sistem perlu digerakkan agar tiada satu fungsi yang rosak. Hubungan dengan Tok Batin mestilah dijaga dengan baik. Tok Batin bertindak sebagai ketua manakala ustaz diletakkan sebagai penasihat lebih-lebih lagi jika melibatkan soal agama.


4.0 Kesimpulan

‘Hendak 1000 daya, tidak hendak 1000 dalih’ pepatah melayu ini cukup menggambarkan usaha yang akan dilakukan jika kita bersungguh-sungguh. Selagi ada keinginan untuk melaksanakannnya tiada yang mustahil yang dapat menghalangnya.

Pendekatan melalui kehidupan dapat dilaksanakan secara perlahan-lahan. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi sekurang-kurang dapat pulangan yang berbaloi itu sudah cukup baik. Jadi setiap pihak perlu memainkan peranan dan fungsi masing-masing dengan lebih telus dan sabar dalam menghadapi cabaran yang mendatang.

Diharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan pemantauan mestilah sentiasa dilakukan bagi mengetahui keadaan disana dari semasa ke semasa.



Teori Interaksi Simbolisme

Teori Interaksi Simbolisme 
 


Suatu proses memahami individu sebagai suatu objek yang boleh dianalisis melalui interaksinya dengan individu yang lain. Proses Interaksi ini terjadi apabila individu-individu tersebut berinteraksi dengan menggunakan simbol-simbol yang didalamnya berisi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata. Teori ini mempelajari sifat interaksi yang merupakan kegiatan sosial dinamik manusia. Iaitu memahami perilaku manusia yang bersifat aktif, reflektif dan kreatif, menafsirkan serta menampilkan perilaku yang rumit dan sukar diramalkan. Teori ini juga menerangkan tingkahlaku individu dan kesedaran luar yang terjadi didalam sesuatu proses dimana bentuk struktur ini saling berhubungan dan melambangkan sesuatu tindakan.Teori interaksi simbolisme ini dikembangkan oleh George Herbert Mead (1863-1931), Charles Horton Cooley (1846-1929) dan John Dewey (1859-1952)


Latar belakang John Dewey
 

John Dewey merupakan seorang ahli falsafah dalam bidang psikologi, pendidikan dan merupakan seorang pengkritik sosial Amerika. Beliau juga merupakan salah seorang tokoh teori interaksi simbolisme dalam aliran pragmatisme. Beliau dilahirkan di Burlington, Vermont, tanggal 20 Oktober 1859. Pada tahun 1875, Dewey memulakan pengajian di University of Vermont dalam bidang falsafah dan ilmu-ilmu sosial. Seterusnya, Dewey melanjutkan pelajaranya dan mendapat gelaran doktor dari John Hopkins University tahun 1884.

Pada tahun 1899, Dewey menulis buku The School and Society, yang memformulakan metod dan kurikulum sekolah yang membahaskan tentang perkembangan pelajar. Dewey banyak menulis masalah-masalah sosial dan mengkritik konfrontasi demokrasi Amerika. Sebahagian besar kehidupan Dewey dihabiskan dalam dunia pendidikan. Tahun 1894 Dewey memperoleh gelar Professor of Philosophy dari Chicago University. Dewey akhirnya meninggal dunia tanggal 1 Jun 1952 di New York dengan meninggalkan tidak kurang dari 700 artikel dan 42 buku dalam bidang falsafah, pendidikan, seni, sains, politik dan pembaharuan sosial.


Pragmatisme

Falsafah Pragmatisme berpendapat bahawa manusia dapat mengetahui apa yang mereka alami sendiri. Menurut falsafah ini, benar tidaknya suatu ucapan, dalil atau teori semata-mata bergantung pada manusia dalam bertindak. Pengaruh pragmatisme berkembang dalam segala aspek kehidupan, termasuk di dalam pendidikan. Dewey menyamakan pragmatisme sebagai instrumentalisme selain eksperimentalisme. Menurut beliau, tugas ahli falsafah ialah memberi garis panduan mengenai perbuatan dalam kehidupan yang nyata. Ahli falsafah harus berpijak pada pengalaman dan menyelidik serta mengolah pengalaman itu secara aktif dan kritis. Dengan itu, ahli falsafah akan dapat menyusun suatu sistem norma-norma dan nilai.

Dewey juga memberikan istilah pragmatisme dengan instrumentalism, operationalism, functionalism, dan experimentalism. Disebut demikian kerana menurut aliran ini bahawa idea, gagasan, pemikiran, dan kebijaksanaan merupakan alat atau instrumen untuk mengatasi kesulitan atau persoalan yang dihadapi manusia. Menurut Dewey, penyelidikan adalah transformasi yang terpimpin dari suatu keadaan yang tidak menentu menjadi suatu keadaan yang tertentu. Penyelidikan berkaitan dengan penyusunan kembali kajian yang dilakukan. Oleh kerana itu, penyelidikan dengan penilaiannya adalah suatu alat. Jadi yang dimaksudkan dengan instrumentalisme adalah suatu usaha untuk menyusun teori yang logik dan tepat dari konsep dengan cara menyelidiki bagaimana fikiran berfungsi dalam penentuan yang berdasarkan pengalaman mengenai akibat di masa hadapan. 
 
 




Teori Radikal Feminisme

TEORI RADIKAL FEMINISME : KESAN POSITIF DAN NEGATIF




TEORI RADIKAL FEMINISME



Teori Radikal Feminisme lahir dari kalangan aktivis dan penganalisa politik berkenaan hak-hak sivil dan gerakan perubahan sosial pada tahun 1950an dan 1960an serta gerakan wanita yang radikal pada tahun 1960an dan 1970an. Lewat karya Mary Wollstonecraft, Vindication of the Rights of Women pada tahun 1797 menulis mengenai kemunduran wanita dalam bidang ekonomi. Elizabeth Cuddy Stanton pada tahun 1880an menentang hak-hak seksual kaum lelaki terhadap wanita dan menyerang justifikasi keagamaan yang menindas wanita.

Feminis radikal juga dikembangkan dari gerakan-gerakan Kiri Baru (New Left) yang menyatakan bahawa perasaan keterasingan dan ketidak upayaan pada dasarnya diciptakan secara politik dan kerananya transformasi peribadi melalui aksi-aksi radikal merupakan cara dan tujuan yang paling baik. Aliran ini secara asasnya menolak agenda feminisme liberal mengenai kesamaan hak wanita dan menolak strategi kaum liberal yang bersifat tidak menyeluruh. Feminis radikal menekankan kepada perbezaan antara wanita dan lelaki. Misalnya, wanita dan lelaki mengkonseptualisasikan kekuasaan secara berbeza. Bila lelaki berusaha untuk mendominasi dan mengawal orang lain; wanita lebih tertarik untuk mendapatkan kekuasaan.


Inti ajaran feminis radikal

‘The personal is political’ adalah slogan yang kerap digunakan oleh feminis radikal. Yang memberi makna bahawa pengalaman-pengalaman individu wanita mengenai ketidakadilan dan kesengsaraan yang dialami para wanita dianggap sebagai masalah-masalah peribadi. Pada hakikatnya adalah isu-isu politik yang berakar pada ketidakseimbangan kekuasaan antara wanita dan lelaki. Mereka memprotes eksploitasi ke atas wanita dan pelaksanaan peranan sebagai isteri, ibu, dan pasangan bagi lelaki, serta menganggap perkahwinan sebagai bentuk formalisasi pendiskriminasian terhadap wanita. Menggambarkan sexism sebagai sistem sosial yang terdiri dari hukum, tradisi, ekonomi, pendidikan, keagamaan, ilmu pengetahuan, bahasa, media massa, moral seksual, penjagaan anak, pembahagian kerja, dan interaksi sosial. Agenda tersembunyi dari sistem sosial itu adalah memberi kekuasaan kepada kaum lelaki melebihi wanita. Masyarakat harus diubah secara menyeluruh. Lembaga-lembaga sosial pada asasnya harus diubah. Para feminis radikal menolak perkahwinan bukan sahaja dalam teori,tetapi juga dalam mengamalkannya. Menolak sistem hierarki yang berstrata berdasarkan garis jantina dan kelas, sebagaimana diterima oleh feminis liberal.

Melihat punca penindasan kaum wanita disebabkan sistem patriarkal. Dalam dunia patriarkal, kuasa kaum lelaki mendominasi kaum wanita dalam sistem sosial, ekonomi dan politik. Keadaan ini dapat dilihat dalam sistem perindustrian, agama, dan undang-undang. Dalam aspek individu pula, kaum lelaki memiliki kuasa yang lebih dari kaum wanita dan kanak-kanak terutama dalam sistem kekeluargaan. Mereka yang memperjuangkan fahaman ini terdiri daripada Shulamith Firestone, Ann Oakley, Adrienne Rich. Bagi feminis radikal ini, kunci pembebasan perempuan adalah dengan menghapuskan semua institusi patriakal seperti industri pornografi, keluarga, prostitusi dan heteroseksualiti. Feminisme bertolak dari asas berfikir dan bertindak yang sama yakni demokrasi sekular yang menolak campur tangan Islam dalam menyelesaikan masalah kehidupan sekaligus menyerahkan penyelesaian pada asas rasional dan kemampuan manusia semata.


CONTOH KES YANG BERLAKU DI MALAYSIA

Gerakan feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Mendokong ’perjuangan’ wanita Islam di Malaysia ialah dengan kemunculan Sisters In Islam (SIS) yang dilihat mendabik dada mengaku kononnya sebagai pejuang utama wanita yang telah banyak memperjuangkan hak-hak wanita dan isu feminisme. Mereka merasakan seolah-olah bertindak melawan peraturan buatan manusia, tetapi hakikatnya mereka bertindak melawan hukum Allah. Bangkitnya perjuangan SIS dan kaum feminisme ini juga disebabkan oleh undang-undang sedia ada tidak dapat menjamin kemuliaan wanita. Oleh yang demikian, antara objektif SIS yang dianggap selari dengan kehendak kaum kafir Barat adalah menegakkan dan membangunkan suatu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira pengalaman dan realiti wanita; menghapuskan ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah daripada lelaki; dan membina kesedaran awam serta memperbaharui undang-undang dan dasar-dasar mengenai kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat juga demokrasi dalam Islam.

Untuk itu, salah satu perjuangan mereka yang radikal adalah menyerang dan menolak institusi keluarga dan sistem kekeluargaan yang dalam pandangan mereka merupakan simbol pengaruh dan ketidakadilan kaum laki-laki atas kaum wanita. Kaum feminisme ini berusaha mengubah struktur pembahagian tugas kehidupan menjadikan kebebasan menentukan tugas antara laki-laki dan wanita. Ia membawa konotasi seolah-olah mereka ingin menjadikan kaum wanita seperti lelaki sepenuhnya, dalam segenap bidang. Terbaru adalah berkenaan isu Undang-Undang Keluarga Islam (UUKI, Wilayah-Wilayah Persekutuan). Melalui Pindaan 2005 di mana Gabungan Kumpulan Bertindak Wanita (JAG) menggesa ahli-ahli Dewan Negara mengkajinya semula rang undang-undang itu walaupun ia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 September dengan alasan masih terdapat kekurangan dan diskriminasi terhadap wanita. Pengarah Eksekutif Sisters In Islam, Zainah Anwar mengatakan bahawa JAG membangkitkan isu ini kerana merasakan wujudnya ketidakadilan menerusi pindaan poligami di mana isteri pertama diminta memilih samada untuk mendapat nafkah atau harta sepencarian yang di perolehi atas susah payah isteri bekerja membantu suami dan keluarga. Di samping itu, ada juga sekumpulan lelaki beragama Islam yang amat bimbang tentang rang undang-undang tersebut dan merasa amat terkilan kerana ia diluluskan walaupun terdapat sekurang-kurangnya 12 senator wanita yang memberi tentangan keras terhadap lima peruntukan dalam Rang Undang-Undang tersebut. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil juga membantah cadangan memasukkan UUKI sebagai kandungan dalam kursus perkahwinan dan menyatakan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak sepatutnya menimbulkan cadangan itu kerana masih terdapat klausa-klausa yang perlu dihalusi yang dilihat akan mendiskriminasi wanita.

Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Malaysia kuat dipengaruhi oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita. Walaupun angin permodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita Melayu khususnya, faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan oleh wanita dalam masyarakat moden. Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrem dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.

Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia, khususnya. Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang bercanggah dengan nilai budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuangan liberalisasi menuntut hak individu, hak persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang bercanggah dengan ajaran agama dan tamadun hidup ketimuran. Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki. Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan berkeluarga dan perkahwinan. Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanita dengan lelaki. Eksploitasi wanita dari segi imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya melalui iklan perdagangan, mendorong perjuangan feminisme untuk menghapuskan sebarang bentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis, stereotaip, berat sebelah, dan melemahkan semangat yang berlaku dengan meluas terhadap wanita. Namun sayang, dalam sistem kehidupan yang ada sekarang, wanita separuh bogel yang tidak menutup aurat sudah menjadi kebiasaan. Desakan wanita untuk membahagikan harta warisan dengan kadar yang sama dengan mengatasnamakan ”gender equality” dapat disaksikan di kaca TV walhal hukum perwarisan ini telah termateri sebagai hukum yang Qath’i. Hukum perlu atau tidak wanita Islam berkerja sebagai pramugari memakai tudung pula menjadi isu yang dipersenda guraukan dalam parlimen. Inilah akibat idea kebebasan yang dijajakan oleh Barat sehingga hukum syara’ boleh diselorohkan dan boleh ditolak dengan alasan tidak memenuhi tuntutan zaman dan sebagainya.

Dalam arena politik, keterampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalam banyak hal, wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun terdapat sebilangan kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modal politik untuk meraih sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merubah imej negatif dan stereotaip terhadap wanita masih belum berjaya. Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan mempengaruhi kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat moden dengan menggunakan perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantina semakin menarik perhatian dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di kebanyakan negara membangun yang dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengah wanita yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihat mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita moden yang membawa perubahan yang besar kepada kedudukan, status, dan peranan wanita.


KESAN POSITIF DAN NEGATIF

Apa yang dihasilkan oleh gerakan feminisme telah banyak membawa kesan buruk kepada institusi keluarga dan masyarakat. Fakta menunjukkan bahawa falsafah feminisme radikal telah membawa kerosakan terhadap fungsi dan tanggungjawab wanita dalam keluarga dan masyarakat, sekaligus mengakibatkan kehancuran sistem sosial masyarakat secara keseluruhan. Hal ini disebabkan oleh kebebasan yang ditawarkan feminisme yang mengakibatkan keruntuhan struktur keluarga, peningkatan angka perceraian, fenomena anak dara lanjut usia (andalusia) dan kehidupan tanpa perkahwinan, merebaknya seks bebas, meningkatnya kes pengguguran, dilema wanita berkerjaya, perlecehan seksual, pembuangan bayi, anak-anak bermasalah, dan lain-lain. Walhal, yang terbentuk tentu sahaja bukan masyarakat yang bersatu dan teguh, tetapi sebuah masyarakat yang penuh dengan konflik yang tidak memberikan ketenangan dan kepastian, kerana pelbagai penyimpangan yang terjadi di dalamnya.

Dari segi biologi dan emosinya, wanita masih dikira lemah berbanding dengan lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu yang mencabar kredibiliti sosial dan moral mereka. Itulah sebab kenapa kaum lelaki lebih sesuai untuk dijadikan sebagai pemimpin. Tetapi disebabkan faktor ini jugalah ramai wanita yang menentang kerana beranggapan mereka juga boleh berbuat seperti itu. Ini boleh menyebabkan kecelaruan dalam identity dan peranan setiap jantina.

Dari sudut yang positif, terdapat kesedaran dan kesungguhan untuk mengangkat dan membina status, imej, dan moral. Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat.

Malah wanita kini tidak lagi dilihat hanya berada di dapur, tetapi turut berada di dalam sektor pekerjaan dimana hampir 30% yang mengerakkan sektor kerajaan misalnya adalah terdiri daripada kaum wanita. Positifnya hal ini ialah apabila wanita yang bergelar isteri ini turut sama membantu suami dalam mencari rezeki bagi menjamin sebuah keluarga yang bahagia disamping tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Ukuran nilai dan kemaslahatan pada hakikatnya tidak boleh dikembalikan kepada manusia atau individu tertentu. Ini adalah kerana banyak permasalahan akan timbul sekiranya ia dibenarkan terjadi; akan wujud perbezaan, perselisihan dan pertentangan pendapat yang tidak berkesudahan. Di samping itu, pendapat tersebut tidak akan memberikan kemaslahatan kepada manusia, bahkan sebaliknya penilaian baik buruk, ketidakadilan atau kesamarataan serta pujian dan celaan yang didasarkan oleh akal manusia, adalah sesuatu yang merosakkan serta menghancurkan martabat manusia.


Hanya hukum syara’lah yang layak dijadikan rujukan untuk menilai sesuatu di dalam kehidupan manusia, termasuklah di dalam isu-isu yang melibatkan wanita dan hak-haknya.
Dalam memastikan syara’ merupakan satu-satunya rujukan, negaralah yang berkewajiban melaksanakan Islam bagi memastikan penerapannya berlaku dalam setiap jalur kehidupan. Negara wajib melaksanakan Sistem Sosial Islam yang mana sistem ini akan mengatur dan menjaga struktur kekeluargaan Islam. Dengan sistem kekeluargaan ini, fungsi setiap ahli keluarga akan berjalan dalam fitrahnya – wanita sebagai pengurus keluarga sementara suami sebagai ketua keluarga dan sekaligus sebagai sumber nafkah.

Sekiranya berlaku kekejaman, tindakan jenayah atau ketidakadilan keatas wanita, maka hanya syariat Islamlah yang akan dilaksanakan oleh Daulah. Dalam Islam, kejahatan tidak langsung terkait dengan persoalan gender atau masalah kesamarataan hak lelaki atau wanita. Menuduh wanita berzina tanpa bukti, tidak kira lelaki atau wanita yang melakukannya akan dikenakan 80 kali sebatan, menyakiti wanita sama ada akibat deraan suaminya atau orang lain akan dikenakan hukuman dan sekiranya seseorang terluka akan dikenakan denda kepada pelaku, tidak kira lelaki atau wanita, selaras dengan luka wanita tersebut. Suami yang mengabaikan tanggungjawab akan dikenakan takzir oleh Daulah. Mencabul kehormatan wanita akan dikenakan tindakan hukuman penjara, sebat dan buang daerah; malah hukuman yang lebih berat akan dikenakan sekiranya yang melakukan kejahatan tersebut adalah penjaganya. Islam menjunjung tinggi kehormatan dan kesucian kaum wanita. Dalam Islam, lelaki dan wanita dilihat bukan sebagai dua spesis yang berbeza. Dalam Islam, wanita dan lelaki dilihat sebagai manusia yang kedua-duanya mempunyai tanggungjawab untuk beribadah kepada Allah.


Disediakan oleh : Siti Nurmala bt Ariff, Siti Marhanim bt Abdullah, Aeiza Munirah bt Ahmad Fuad, Widad bt Mat Ali & Nurul Ain bt Zainul Abidin



Politik & Teori


Terlalu banyak isu-isu berkaitan politik kini timbul dan menjadi semakin kronik. Pertelingkahan yang berlaku di antara ahli-ahli politik sukar untuk berakhir dan masalah seolah mempunyai kepentingan peribadi dan memiliki agenda tersembunyi. Akhirnya Negara menjadi berpecah belah. Jelaskan fenomena yang berlaku dengan menggunakan teori yang sesuai.

Melalui pendekatan Teori Evolusi
- Tokoh : Auguste Comte dan Herbert Spencer
- Masyarakat akan berubah secara perlahan-lahan daripada simple kepada kompleks.
- Perkaitan dengan politik :
  • Masyarakat primitif; komuniti kecil dan terbentuk dengan sempurna. Kini masyarakat telah berubah kepada masyarakat industri dan kompleks. Masyarakat sudah bijak membuat pilihan dengan wujudnya sistem demokrasi.

  • Kuasa politik agak terhad; kebanyakan kelompok mempunyai ketua yang dilantik berdasarkan peranan untuk memimpin kelompok. Kini kuasa politik tidak terhad; telah banyak tertubuhnya parti-parti politik seperti BN, BA, SUPP, SNAP.

  • Perebutan kuasa amat jarang berlaku. Kini berlaku perebutan kuasa; wujudnya kepentingan peribadi dan kroni-kroni.

  • Dahulu; lelaki yang paling gagah akan menjadi ketua. Kini pemilihan pemimpin bukan sahaja untuk lelaki malah wanita juga.

  • Dahulu; suku atau puak yang lebih kuat akan memimpin suku yang lemah. Kini pemilihan pemimpin berdasarkan kepada karismatik autoriti.

  • Dahulu; corak politik adalah bergantung kepada norma-norma yang dianjurkan oleh tradisi, kebudayaan dan agama (membawa kesepakatan). Manakala corak politik pada masa kini banyak dipengaruhi oleh penjajah.


 Melalui pendekatan Teori Fungsionalisme
-          Tokoh : Auguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim, Ibnu Khaldun
-     Ibnu Khaldun menyarankan bahawa kekuatan penyatuan ahli dalam kelompok kecil yang berlandaskan semangat kesukuan (assabiyah) kemudiannya boleh membina suatu sistem pemerintahan yang besar ini adalah kerana rasa persaudaraan yang terbatas itu dapat diluluskan kepada kumpulan manusia yang lebih besar untuk kekuatan diri dan pertahanan daripada serangan musuh.
-      Kuasa politik boleh ditegakkan melalui usaha sesuatu kumpulan oleh perasaan kekitaan sebabnya ialah oleh sikap agresif dan defensive hanya dapat dicapai melalui perasaan kekitaan yang bermakna bahawa setiap anggota-anggotanya saling sayang-menyayang dan sanggup berjuang serta rela berkorban demi menjaga kepentingan bersama.
-          Ahli-ahli masyarakat berperanan memilih pemimpin yang mereka kehendaki.
-    Isu-isu pertelingkahan politik ini wujud kerana terdapat komponen-komponen yang tidak berfungsi dalam masyarakat iaitu yang sentiasa mempunyai masalah dan tidak berpuashati terhadap pemerintah seperti kacau bilau, tidak bekerjasama dan sentiasa porak-peranda.
-   Wujudnya pemerintah yang bersifat individualistic, tidak menghormati antara satu sama lain, tidak memiliki nilai-nilai moral yang baik dan sentiasa mengamalkan sikap negative sepanjang kehidupan, wujud agenda tersendiri.

Melalui pendekatan Teori Konflik
-          Tokoh : Karl Marx
-          penindasan (exploitation) dan konflik sebagai kuasa utama perubahan dalam sejarah.
-      Menganggap bahawa pergelutan kuasa (power struggle) sebagai satu proses yang berlaku di antara kelas, bangsa dan sebagainya.
-       Wujudnya perebutan kuasa di antara golongan yang ingin menegakkan keadilan dengan golongan yang mementingkan kepentingan peribadi.
-          Berlakunya penyekatan kuasa di antara kerajaan dan rakyat, kerajaan dan pembangkang.
-        Wujudnya gejala kolar putih yang menyebabkan rakyat tertindas dan berasa tidak berpuashati lantas wujudlah tunjuk perasaan, reformasi dan sebagainya lantaran menjadikan negara secara tidak langsung wujudnya ketidaksamaan.


ETHNOMETHODOLOGY DAN POSTMODERNISME.


ETHNOMETHODOLOGY DAN POSTMODERNISME.
BANDINGKAN KEDUA-DUANYA DARI SEGI USAHA UNTUK
MEMAHAMI REALITI SOSIAL


ETHNOMETHODOLOGY

Harold Garfinkel
Ethnometodology adalah sebuah aliran sosiologi Amerika, yang pada awalnya dikemukakan oleh Harold Garfinkel dalam tahun 1940-an, dan secara meluasnya mula dikenali melalui karya Harold Garfinkel sendiri pada tahun 1967, iaitu Studies in Ethnomethodology.

Mehan and Wood dalam Neuman (1997) mendefinisikan ethnometodology sebagai keseluruhan penemuan, suatu metod, suatu teori dan suatu pandangan dunia dimana pandangan ethnometodology berasal dari kehidupan disamping berusaha memaparkan realiti pada tingkat hidup dan secara amnya ia berbeza dari ilmu sosiologi dan juga psikologi. Ethnometodology juga dikenali sebagai kajian common sense, pemerhatian penciptaan yang digunakan terus menerus didalam interaksi sosial dengan lingkungan yang sewajarnya. Heritage dalam buku karya George Ritzer (1996) menyatakan bahawa ethnometodology juga dapat didefinisikan sebagai kajian mengenai pengetahuan, pelbagai ragam prosedur dan pertimbangan yang dapat diterima oleh anggota masyarakat, mereka akan mencari jalan dan bertindak dalam keadaan di mana mereka akan menemukan diri sendiri atau dengan erti kata lain ethnometodology berupaya untuk memahami bagaimana masyarakat memandang, menjelaskan dan menggambarkan gaya hidup mereka sendiri.

Istilah ethnometodology berkaitan dengan konsep memahami fenomena sosial dengan merujuk kepada sumber-sumber ilmiah yang menganalisis metod-metod atau prosedur-prosedur yang digunakan manusia sebagai panduan menunjukkan cara melakukan kegiatan dalam hidup seharian. Dengan demikian, ethnometodology dapat didefinisikan sebagai ilmu etnometode, prosedur-prosedur yang disebut Garfinkel sebagai “mempraktik sosiologi secara terus menerus” (Alain Coulon, 2004).

Pendek kata, ethnometodology adalah mengenai kegiatan manusia sehari-hari, khususnya yang melibatkan aspek-aspek interaksi sosial yang diambil begitu saja. Garfinkel memberi makna ethnometodology sebagai penyelidikan diatas ungkapan-ungkapan indeks dan tindakan-tindakan praktis lainnya sebagai kesatuan penyelesaian yang sedang dilakukan dari kegiatan sehari-hari yang telah diorganisasi. (Poloma, 2003)

Termasuk pendekatan yang menjelaskan “tanggungjawab dari tindakan praktis yang rasional” ini ialah perbezaan antara ungkapan yang objektif dan yang indeks, refleksi yang berbagai hasil dari tindakan praktis, dan kemampuan menganalisa tindakan tersebut dalam konteks sehari-hari. Jadi yang menjadi masalah bagi para ahli ethnometodology ialah bagaimana (metod) manusia memahami dunia mereka sehari-hari. Para ahli tersebut menyifatkan dengan cara bagaimana orang menerima keteraturan atau pola-pola dalam kehidupan realiti mereka. Bahasa dan makna yang dikaitkan pada simbol-simbol signifikan yang demikian merupakan sumber-sumber penting dari ungkapan indeks.

Perkembangan ethnometodology sebenarnya relatif baru bila dibandingkan dengan pendekatan Struktural fungsional dan interaksi simbolik yang sudah kukuh. Pendekatan ethnometodology memiliki ragam yang berbeza, kerana subject matternya adalah mengenai jenis tingkah laku yang berbagai dalam kehidupan sehari-hari sehingga muncul banyak kajian lanjutan sesuai dengan disiplin ilmu tertentu.

Ethnomethodology termasuk didalam era positivism. Keyakinan, budaya, dan tradisi didefinisikan sebagai lambang kehidupan masyarakat itu sendiri. Pendekatan Ethnomethodology tidak lagi menggunakan kerangka teori atau mengikut kriteria Barat, melainkan ia diangkat dari grass root sebagaimana masyarakat itu sendiri dijelaskan. Dengan demikian ethnomethodology berkembang pada lingkungan masyarakat dengan lebih luas. Ini menjadikan ethnomethodology sebagai satu pengajian yang overlap dengan pengajian Antropologi dan Sosiologi; atau merupakan salah satu model atau cara untuk mempelajari ilmu Sosiologi atau Antropologi.

Harold Garfinkel dalam bukunya Studies in Ethnomethodology (1999) berkata ; “When I speak of accountable my interests are directed to such matters as the following. I mean observable-and-reportable, available to members as situated practices of looking and telling.” Menyusuri kata-kata Garfinkel telah memberi makna dimana satu tindakbalas (refleksi) atau lambang kepada watak itu adalah merupakan pokok persoalan cadangan itu. Kiranya apa yang kita fikirkan akan dilakukan (perbuatan) mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pemikiran kita.


POSTMODERNISME
Jean-Francois Lyotard
Jean-Francois Lyotard adalah seorang tokoh dari Perancis yang memperkenalkan semula konsep Postmodernism. Menyoroti sejarah munculnya konsep Postmodernisme ini adalah dari pemerhatian beliau terhadap penindasan kolonial yang berlaku di Aljazair tempat beliau bekerja sebagai guru falsafah. Setelah sekembalinya beliau ke Perancis dan meraih gelaran Doktor pada tahun 1971 di Universiti Sorbone dalam bidang Bahasa, beliau kemudiannya menggabungkan antara gerakan Marxis dengan Psikoanalisis Freud. Pemikiran Postmodernnya mula berkembang setelah melihat kemerosotan perjuangan sosialisme, runtuhnya komunisme, gagalnya modernity dan kejadian-kejadian “Auschwitch” yang tak dapat difahami secara rasionalnya serta kesatuan ideal yang kemudiannya terpecah dan berlanjut selama 10 tahun lamanya. Ini semua memberi idea kepada beliau dalam menerbitkan buku pertamanya tentang Postmodernisme pada tahun 1986.

Lyotard secara radikal menolak idea dasar falsafah moden semenjak era Renaisance hingga sekarang yang dilegitimasikan oleh prinsip kesatuan metafizik. Menurut Lyotard, dalam dunia yang sangat dipengaruhi oleh kemajuan teknologi, prinsip kesatuan metafizik sudah tidak relevan lagi. Kekuasaan telah dibahagi-bahagikan dan tersebar disebabkan demokratik teknologi. Kerana itu prinsip kesatuan metafizik harus dilegitimasi dengan prinsip paralogi. Paralogi bererti prinsip yang menerima keseragaman realiti, unsur, permainan dengan masing-masing logiknya tanpa harus saling menindas atau menguasai antara satu sama lain.

Postmodern juga turut menolak idea autonomi aesthetik dari modernist. Dimana seni tidak dapat dipisahkan dari lingkungan politik dan sosial, serta menolak pemisahan antara legitimate art dengan popular culture. Posmodernisme juga menolak hierarki, geneologik, dan perkembangan dimana Postmodern berupaya mengadakan apa yang tidak terdapat dalam modernism. Ini kerana Postmodernisme lebih kepada pemikiran yang kreatif atau dengan erti kata lain menggunakan unstandard logic manakala Modernisme pula lebih kepada pemikiran yang logik atau standard logic.

Postmodernisme adalah merupakan satu pendekatan yang sangat popular kerana ia juga menekankan kepada realiti. Era Postmodernisme ingin melihat suatu fenomena sosial, keagamaan dan realiti tanpa harus terlebih dahulu terkurung oleh andaian dasar yang dicipta modernisme. Dengan kata lain, postmodernisme berupaya merekonstruksi teori-teori yang telah mampan dan standart yang dibangun oleh pola pemikir modernisme, seterusnya mencari yang lebih relevan dengan memahami realiti masyarakat masa kini.

Dapat dikatakan bahawa Postmodernisme lebih merupakan sebuah suasana, sebuah naluri, sebuah kecenderungan daripada sebuah pemikiran yang jelas. Kecenderungan itu lalu mendapat ekspresi melalui pelbagai saranan konseptual yang sangat berbeza antara satu sama lain.


Ciri-ciri postmodernisme sebagaimana dikemukakan di atas, menunjukkan adanya ke-hilangan kepercayaan era postmodern terhadap projek modernisme dalam membangunkan per-adaban umat manusia yang didominasi oleh era mediamassa, di mana postmodernisme tampak sebagai satu gerakan yang antagonis terhadap trend modern. Maka muncullah kecenderungan baru yang berupaya mengatasi semua kegagalan modernisme tersebut, yakni postmodernisme yang menawarkan "projek baru" bagi pembangunan peradaban kemanusiaan, dengan tema sentral spiritual, pluralisme, heterogenus, realiti budaya dan sebagainya. Meskipun postmodernisme lahir diatas kegagalan modernisme, namun ia tetap merupakan satu kesinambungan dari fasa sebelumnya.


PERBANDINGAN ANTARA ETHNOMETHODOLOGY DAN POSTMODERNISME DARI SEGI USAHA UNTUK MEMAHAMI REALITI SOSIAL

POLITIK

Ethnomethodology

Manusia secara semulajadi sukar menghadapi perubahan sekiranya dia berasa selesa dengan keadaan sedia ada. Oleh kerana perubahan adalah sebahagian daripada kehidupan, maka mahu tidak mahu mereka perlu bersedia menghadapi perubahan walaupun ia bukan sesuatu yang disukai.

Pemerintah khususnya merupakan seorang yang dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dalam melindungi mereka dari kebahayaan dan sebagai tukaran mereka akan patuh kepada perintah pemerintah. Realiti sosial ini biasa dilihat dimana-mana dan ia juga telah menjadi satu peraturan yang wajib diikuti oleh semua manusia dimana akan ada seorang ketua memerintah dan yang lain akan akur padanya seperti yang terdapat didalam Law of the Human Progress yang diperkenalkan oleh Auguste Comte. Dan menjadi tugas pemerintah menghalang keganasan dari berlaku ke atas Negara. Dimana-mana sekalipun itulah tugas pemerintah secara amnya. Signifikannya kepada Negara adalah Negara akan menjadi aman dan rakyat juga dapat hidup dengan baik.

Tidak semua orang berani menghadapi risiko. Ada sesetengah orang suka akan cabaran manakala yang lain amat benci kepada cabaran. Buat pertimbangan dan penilaian tentang segala sumber yang ada bagi membantu menghadapi sesuatu perubahan atau cabaran. Apabila menghadapi keadaan yang sukar, gunakan sumber yang bersesuaian seperti masa, kemahiran diri, wang disamping jalinan sokongan psikososial untuk membantu di dalam proses penyesuaian. Kadangkala perubahan memaksa kita membuat satu keputusan tegas seperti bagaimana mahu mengelakkan dari berlakunya keganasan disamping menjaga hubungan baik sesama negara. Maknanya, untuk negara ini mencapai kejayaan, ia memerlukan perubahan sikap dan tingkah laku rakyatnya. Maka ini merupakan kesempatan untuk mempertahankan keamanan dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Apabila setiap warganegara meningkatkan mutu keperibadian masing-masing dalam segala aspek, daripada soal kesihatan kepada kedudukan kewangan, serta memelihara keluarga masing-masing, maka apabila ia disatukan dalam satu rangkaian kerjasama masyarakat, kita percaya ia akan mendatangkan manfaat kepada negara.


Postmodernisme

Ancaman kepada keamanan negara datang dari dua sudut, iaitu luar dan dalam. Di Malaysia, jika melihat kepada apa yang berlaku pada tahun 2002, ancaman kepada keamanan datang daripada kegiatan keganasan. Walaupun Malaysia tidak menjadi sasaran kepada kegiatan keganasan tetapi perkembangan mengenainya di peringkat dunia mengheret sama Negara. Ini merupakan salah satu cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Pemerintahan Malaysia khususnya bagaimana mahu melindungi Negara daripada ancaman itu. Jadi, kita telah bertindak tegas dan cepat bagi memintas sebarang bayang-bayang yang boleh membawa kepada kegiatan keganasan. Tetapi reaksi daripada kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Australia terhadap ancaman pengganas selanjutnya boleh menjadi ancaman kepada kita sendiri. Justeru, rakyat negara ini harus berazam untuk membersihkan diri daripada sebarang kaitan dengan keganasan yang boleh mengundang kepada tindakan kuasa-kuasa luar terhadap negara ini.

Wilayah kota (urban) lebih dikenali sebagai pusat kebudayaan manakala wilayah desa pula sebagai daerah pinggiran. Pola ini berlaku bagi menguatkan dominasi negara maju ke atas negara berkembang. Ibarat negara maju sebagai “titik pusat” yang menentukan gerak pada “lingkaran pinggir”. Dengan erti kata lain, semakin terbukanya peluang bagi kelas-kelas sosial atau kelompok, semakin ramailah yang mengemukakan pendapat secara lebih bebas. Dimana era postmodernisme telah mendorong ke arah proses demokrasi dan bukan autokrasi.