Thursday, 27 December 2012

Kahwin? Apa yang perlu?


Sabda Rasulullah SAW,
"Berkahwin adalah sunnahku dan sesiapa yang benci dengan sunnahku maka dia bukan dari umatku." 
(Diriwayatkan oleh Abu Ya'la)

APA ITU PERKAHWINAN?

Penyatuan antara lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan. Perkahwinan adalah suatu perkara yang dituntut oleh Islam kerana perkahwinan merupakan salah satu cara untuk mencapai maqasid al-syariah (objektif syariah). Sepertimana menurut beberapa orang tokoh ulama' dan para ilmuan terkenal seperti Imam al-Syatibi, Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah, Ibn 'Ashur, al-Izz Salam dan Jasser Auda (sekadar menyebut beberapa nama), terdapat beberapa prinsip yang perlu dijaga dan dipelihara bagi menuju kemaslahatan serta kelangsungan hidup iaitu agama, nyawa, akal, keturunan/kehormatan dan harta. Kelangsungan inilah yang akan membentuk keturunan generasi penyambung masa hadapan.

KATEGORI HUKUM PERKAHWINAN

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu bukan suatu yang wajib yang harus ditunaikan oleh semua umat Islam. Terdapat beberapa kategori hukum yang perlu diketahui dalam meletakkan kedudukan perkahwinan dalam diri setiap orang. Kategori hukum tersebut ialah,
  • Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh membawanya ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan dia seorang yang mampu.
  • Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
  • Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
  • Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan zahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada dia kaya atau tiada nafsu yang kuat
  • Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan zahir dan dia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
Sudah jelas bahawa perkahwinan itu harus selagimana tidak membawa kepada sebarang kemudaratan atau penganiayaan kepada mana-mana pihak. Islam meletak perkahwinan sebagai suatu permulaan kepada pembentukan sebuah keluarga yang diredhai Allah SWT. Pembentukan dari sekecil-kecil organisasi inilah yang akan membentuk sebuah kelompok yang besar, seterusnya membawa kepada pembentukan sebuah negara. Permulaan kepimpinan bermula dari diri -> keluarga -> masyarakat -> negara -> dunia. Rantaian ini memperlihatkan betapa pentingnya kesan perkahwinan dalam pembentukan sebuah negara yang diredhai Allah SWT.   



RUKUN NIKAH
Terdapat lima rukun nikah yang wajib ada ketika perkahwinan ingin dilaksanakan. Iaitu, 

1. Pengantin lelaki
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Tidak berada dalam ihram atau umrah
  • Tidak dipaksa berkahwin
  • Tidak beristeri lebih dari 4 orang
  • Pasangan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya. 
2. Pengantin perempuan
  • Islam
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
  • Bukan isteri kepada seseorang
  • Tidak berada dalam iddah
3. Wali
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka bukan seorang hamba
  • Adil, 
  • Tidak dipaksa
  • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
  • Tidak fasik
4. Dua orang saksi
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka bukan seorang hamba
  • Dapat mendengar dan melihat dengan baik
  • Tidak pelupa atau nyanyuk
  • Memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul
  • Tidak terkena atasnya menjadi wali
5. Akad (Ijab & Qabul)
  • Lafaz khas (Lafaz nikah atau kahwin tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. 
  • Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu. 
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah (nikah kontrak)
  • Tidak secara taklik (tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
Jika mencukupi kelima-lima rukun ini, maka sahlah sebuah perkahwinan tersebut.  

PERKAHWINAN + TANGGUNGJAWAB

Perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang susah tetapi adalah sesuatu yang 'berat'. Salah satu hikmah perkahwinan sepertimana yang diterangkan seperti di atas adalah untuk melahirkan zuriat yang dapat melindungi agama, nyawa, akal, keturunan/kehormatan dan harta. Jadi, perkahwinan tidak boleh dipandang remeh kerana di sebalik sebuah perkahwinan itu, terdapat tanggungjawab yang berat sedang menanti. Dan tanggungjawab itulah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut sepertimana yang telah Islam ajarkan kepada umatnya agar tidak berlaku kepincangan kepada generasi seterusnya.

Permulaan sebuah perkahwinan adalah bermula dari asas yang betul. Baharulah landasannya tidak terpesong.  Pergaulan antara lelaki dan perempuan sebelum menuju gerbang perkahwinan adalah amat dijaga. Sepertimana firman Allah SWT :

Larangan Allah SWT jelas bahawa jangan menghampiri bukan jangan melakukan. Maknanya di sini, dari awal lagi Allah SWT telah meletakkan amaran untuk tidak mendekati kerana melalui dekat itulah perkara haram itu dilakukan. Jadi, bagaimana untuk menghalalkannya? Perkahwinan adalah jalannya.



PERSIAPAN PERKAHWINAN

Sudah menjadi satu trend kini, perkahwinan 'mesti' dilaksanakan dengan ada ciri-ciri seperti :
  1. Pakaian paling kurang 3 helai (akad, persalinan sebelah perempuan, persalinan sebelah lelaki). Dan ada juga yang lebih (persalinan untuk malam berinai, khatam quran, makan beradab, potong kek, gown malam dan sebagainya). Belum termasuk persalinan untuk flower girl & dayang-dayang pengiring
  2. Katering 
  3. Goodies
  4. Mak andam
  5. Set pelamin (Akad + bersanding)
  6. Set karaoke + Dj
  7. Makan beradab
  8. Pakej Photographer (Pra perkahwinan+Akad+Majlis)
  9. Banting + Banner
  10. Kad Kahwin
  11. Khemah (meja+kerusi)
  12. Hantaran berdulang-dulang
  13. Lain-lain persiapan (Langsir rumah mengikut tema, persiapan bilik pengantin dll)
Maka, mencanak naiklah duit belanja kahwin. Beribu-ribu perlu digunakan & dikeluarkan tanpa ada unsur penjimatan. Alasannya mudah. "Nanti majlis tidak meriah", "Perkahwinan sekali seumur hidup", "Apa salahnya sesekali berbelanja lebih", "Harga barang makin naik" dan blablabla. 



Perkahwinan mungkin sekali seumur hidup (jika itu jodoh yang telah Allah SWT tentukan), tetapi kehidupan setelah berkahwin adalah berkali-kali umur. Jadi, kenapa perlu membazir jika perbelanjaan perkahwinan untuk sehari dua sahaja tetapi perbelanjaan selepas itu yang menelan masa bertahun. Benda boleh berjimat, maka berjimatlah. Tiada yang rugi. Bersederhana adalah lebih baik seperti yang telah Islam tetapkan. Jika mampu sekali pun tidak perlu sampai membazir kerana membazir itu sifat syaitan. Cukuplah sekadar memenuhi yang wajib dan tidak perlu berlebihan. Ciri-ciri seperti :
  1. Persalinan - Cukuplah dua (sebelah perempuan dan lelaki). Semestinya juga yang menutup aurat, tidak terlalu mahal.
  2. Katering - Lebih baik menggunakan khidmat orang kampung (jika ada kampung yang menyediakan). Lebih jimat, lebih terjamin dan paling penting, hubungan sesama masyarakat dapat dieratkan melalui aktiviti gotong-royong.
  3. Goodies - Tidak perlu menyediakan sourvenir (cawan, pewangi dll). Lebih baik jika menyediakan makanan kerana semua orang makan. Tetapi tidak semua orang menyimpan.
  4. Mak andam - Tidak perlu. Cukuplah menggunakan khidmat dari rakan-rakan yang pandai untuk merias. Tetapi lebih baik jika tidak bermekap kerana seri pengantin itulah sebenarnya yang menaikkan kecantikan pengantin. Bukan mekap sebetulnya. Jujurnya, pengantin perempuan yang bermekap dengan menggunakan khidmat mak andam secara generalnya terdedah dengan banyak perkara diluar kawalan. Contoh seperti pemakaian bulu mata palsu, cukur kening, mekap ter'over' amat tidak sesuai dan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Malah, kelihatan 'plastik' berbanding natural. Jadi, elakkanlah. Tidak perlu menarik perhatian hadirin dengan rupa 'cantik mekap' kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dan dosa orang yang memandang.
  5. Set pelamin (Akad + bersanding) - Ini juga tidak perlu. Tidak nampak di mana kepentingannya.
  6. Set karaoke + Dj - Pembaziran sahaja.
  7. Pakej Photographer (Pra perkahwinan+Akad+Majlis) - Juga tidak perlu. Gambar dari adik beradik, saudara mara, sahabat handai sudah mencukupi. Ambil -> Cuci -> Tampal di album mengikut kreativiti sendiri. Itu lagi baik.
  8. Banting + Banner - Tidak perlu.
  9. Kad Kahwin - Cukuplah menyediakan kepada beberapa orang yang perlu sahaja. Tidak perlu mencetak berlebih-lebihan kerana dengan dunia teknologi sekarang, jemput pakai FB juga sudah memadai. Hendak lebih jimat lagi, buat sendiri card -> print -> pos.
  10. Khemah (meja+kerusi) -  Tidak berlebihan penyediaannya. Cukup sekadar berpatutan dengan jumlah tetamu
  11. Hantaran - Tidak perlu menyediakan hantaran sehingga beratus-ratus (perhiasan + barang-barang). Sekadar mana yang mampu
  12. Lain-lain persiapan (Langsir rumah mengikut tema, persiapan bilik pengantin dll) - Pakai sahaja mana yang ada. 
Apa yang dimahukan dalam perkahwinan adalah keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT. Jangan mencemari majlis dengan perkara-perkara yang dilarang Islam jika redha Allah SWT yang dimahukan. Buatlah sekadar yang mampu. Kerana tanggungjawab yang dipikul selepas itu adalah lebih penting daripada majlis yang hanya sehari dua. 

Jangan mencapur adukkan antara adat dan syariat. Tidak berdosa jika tidak mengikut adat. Tetapi amat berdosa jika tidak mengikut syariat. Jika mahu membentuk sebuah keluarga yang mawaddah, perkara dari awal perkahwinan perlu dijaga. Jika dari awal lagi sudah dibelenggu perkara yang dilarang, bagaimana mahu membentuk sebuah keluarga yang dirahmati Allah SWT? Fikir-fikirkanlah.


KATA-KATA AKHIR

Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: 
Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan bagi seorang wanita ialah mereka yang mempunyai paras rupa dan rendah maharnya.
Ingatlah, pemilihan pasangan adalah sangat penting kerana dari situ, sebuah keluarga mawadah terbentuk. Apakah kriteria yang perlu ada?

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah menekankan memilih calon isteri kerana agamanya:
Dinikahkan wanita itu kerana empat perkata : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya, maka nikahlah dengan wanita yang beragama, nescaya kamu beruntung.
Wanita yang solehah disanjung tinggi oleh Rasulullah SAW.  Dalah haditsnya yang disampaikan oleh Ibnu Majah, daripada Abdullah bin Amrin:
Dunia ini hanyalah perhiasan tetapi sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah.



Monday, 24 December 2012

Nak sihat? Jom!

Sedang membelek-belek muka buku, terjumpa post yang agak menarik untuk dikongsikan bersama. Tentang rahsia penjagaan kesihatan yang kita sering terlepas pandang & mencari ubat untuk mencegahnya tanpa disedari penjagaan itu telah Rasulullah SAW lakukan. Mari kita lihat apa petua & rahsianya.

Nak sihat? Jom! 5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan. Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:


1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi SAW juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Mari amalkan bersama. Insyaallah, hidup lebih sihat & ceria untuk beribadat kepada-Nya. Ameen..



Sunday, 9 December 2012

Pengorbanan? Perlu!

Hari Khamis (6 Disember 2012), bermulalah perjalanan tanpa henti selama 4 hari berturut-turut. 
Penang-KL-Terengganu-KL-Penang. 
Memang memenatkan. Tapi kemudian tersedar satu perkara yang sering kita lakukan tapi tidak dikemukakan. 
"Hidup ini memerlukan Pengorbanan"
Perjalanan dalam mencari kehidupan hakiki perlunya bermula dengan satu langkah. Bayi bermula dengan meniarap-merangkak-bertatih-berjalan. Itu kronologi perjalanannya. Pengorbanan? Jatuh bangun itulah yang terpaksa ditempuhinya.

Kita juga begitu. Suka-duka-pahit-ketawa-riang-terleka. Itu semua kita telah alaminya sepanjang perjalanan kehidupan. Bagaimana untuk merasainya? Adalah melalui pengorbanan.

Pengorbanan?

Sangat subjektif maksudnya. Pengorbanan bukan sekadar membawa maksud mengorbankan diri, tetapi dengan pendefinisian yang lebih luas. Pengorbanan masa, pengorbanan hati, pengorbanan emosi dan apa-apa perkara yang dirasakan perlu dilepaskan untuk mendapat sesuatu yang lain. Kalau dalam istilah ekonomi dipanggil Kos lepas. Kita tidak boleh mendapat dua benda sekali-gus. Sama ada mendapatkannya secara beransur-ansur atau dengan terpaksa mengorbankan sesuatu untuk mendapatkannya. Dan dalam konteks ini, pengorbanan itu perlu.

Bila sebut tentang pengorbanan, teringat lirik lagu Arwah P.Ramlee. "Berkorban apa saja"


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Ada orang sanggup berkorban apa sahaja untuk mendapat kebahagiaan. Itu perlu kerana melalui pengorbanan yang dilakukan itulah baru benda yang kita dapati itu akan dihargai. Tetapi, ada juga yang tersalah menggunakan konteks pengorbanan ini untuk menunjukkan rasa cinta dan kasih yang tidak berbelah bagi. Contoh, mengorbankan maruah diri agar diri disayangi sentiasa. Itu haram namanya.

Pengorbanan kepada Allah itu adalah harus dan perlu. Dalam mengorbankan diri, masa kepada Allah, InsyaAllah apa yang dilakukan akan mendapat rahmatNya. Apa yang dilakukan keranaNya, InsyaAllah akan diberkati kehidupan diakhirat kelak. Berkorban seketika di dunia ini lebih berbaloi jika pulangannya diakhirat yang kekal di sana. Semoga apa sahaja perkara yang kita lakukan ini adalah kerana Allah Ta'ala dan mendapat ganjarannya di akhirat nanti. Sepertimana lirik lagu Berkorban apa sahaja dari kumpulan Nada Murni ini.

Allah hu ya Allah
Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Di dunia ini tiada undang – undang mulia
Selain mengambil panduan Al-Qur’an
Sunnah Rasulullah
Mari bersama kita memperjuangkannya
Agar kita berjaya dunia dan akhirat
Moga Allah yang Pengasih meredhai kita

Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Mari kita tegakkan tuntutan kalimah Allah
Itulah tugas kita sebagai khalifah di dunia
Berkorbanlah jiwa dan raga
Rela menempuh segala rintangan
Biarlah jasadmu terkorban
Atau hilang harta di dunia
Asalkan syariat Allah dapat diperjuangkan
Moga berseri dunia
Dengan cahaya Islam

Berkorban apa saja agar islam mulia
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah
Tingkatkan iman dan takwa
Nilai hamba di sisi Allah

Puisi:
(Allah hu ya Allah)
Berjuang ertinya berkorban (Allah hu ya Allah)
Berkorban ertinya terkorban (Allah hu ya Allah)
Terkorban ertinya menderita (Allah hu ya Allah)
Menderita itulah asam garam dalam perjuangan (Allah hu ya Allah)
(Allah hu ya Allah) (Allah hu ya Allah)


Akhir kalam, Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan adalah kerana Allah Ta'ala. Ameen.




 

Wednesday, 28 November 2012

Program Pembangunan Insaniah


Berakhir sudah Program Pembangunan Insaniah dengan temanya The Journey of a Caliph: Revolution From Within. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada sahabat & pensyarah yang merancang & melaksanakannya dengan baik. Syukur kepada Allah yang menjadikannya realiti. Alhamdulillah.

Penerangan jelas Program ini boleh dibaca di blog Prof. Muhammad Syukri Salleh & Dr. Mohd Shukri Hanapi.

Perancangan awal


Berkumpul & Bergerak menuju destinasi


Solat Berjemaah, Qiamulail, Tahlil & Tazkirah



 LDK 1: Pengucapan Awam

Debat Ala Parlimen


 LDK2 : Sembelihan


video


LDK3: Pengurusan Jenazah


video


BBQ & Persembahan



Riadah





Jungle Trekking





Majlis Penutup





video


Terima kasih kepada semua kerana menolong kami mencipta memori manis ini. Syukran Allah.