Saturday 26 May 2012

Perlukah Majlis Pertunangan Seperti Majlis Perkahwinan?

Semacam sudah menjadi suatu trend pula majlis bertunang dibuat secara besar-besaran pada zaman ini. Walaupun hakikatnya bertunang itu sekadar 'menempah sebelum membeli'.

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Sepertimana sabda Rasulullah S.A.W :
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a)

Ini kerana ikatan 'janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti kesudahannya yang bagaimana. Kemungkinan bahagia, kemungkinan juga derita.  Malah unjuran ini juga adalah bagi menjaga maruah agar apa sahaja kesudahan yang terjadi, tidak akan terpalit sama. Antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan juga ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.

Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan keadaan terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing. Pertunangan bukan bererti pasangan halal di antara satu sama lain. Jadi, perkara yang terbatas ini mestilah di jaga dengan rapi.

Jangankan kerana hendak berseronok dan gah walaupun hanya sebentar tetapi kemudian hanya malu sahaja yang dapat. Semoga kita dijauhkan dari semua itu. Na'uzubillah.

Sekadar gambar hiasan

No comments :