Sunday 15 January 2012

MSC7

Laporan Program ‘The 7th International Malaysian Studies Conference’ (MSC7) di USM.

Pada 18 Mac 2010, seramai 34 orang pelajar Sains Sosial (Antropologi dan Dakwah) semester 6 serta seorang pensyarah dari Jabatan Sains Sosial bersama seorang tutor telah mengikuti program ‘The 7th International Malaysian Studies Conference’ (MSC7) yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang. Seminar yang bertajuk ‘Critical Transition: Responding the State, Market and Society’ ini bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang. Seminar yang berlangsung selama 3 hari bermula 16-18hb diadakan bagi membentangkan kertas kerja hasil dari kajian yang dilakukan. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan isu orang asli dan pembanggunan sosial, pendidikan, sejarah dan politik, pembanggunan sosio-ekonomi dan masalah sosial. Turut sama membentangkan kertas kerja adalah beberapa orang pensyarah dari Jabatan Sains iaitu Che Wan Takwa bin Che Wan Abu Bakar, Puan Azlina Binti Abdullah, Prof Madya Dr Ramle bin Abdullah dan Dr Norizan Binti Abdul Ghani. Seminar ini juga turut dihadiri beberapa orang tokoh dari bidang sosiologi yang terkenal diantaranya Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong merangkap Presiden Persatuan Sains Sosial Malaysia, Prof Dr Ismail Baba iaitu Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan USM juga Prof Dr Jomo Kwame Sundaram yang merupakan Pembantu Setiausaha Pembanggunan Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Sepanjang seminar itu berlangsung, para pelajar dapat mempelajari banyak perkara berkaitan ‘dunia kemasyarakatan’ dimana banyak isu semasa dibincangkan secara global dan ini secara langsung mahupun tidak langsung dapat menambahkan input dan memberi pengalaman yang begitu berharga.





No comments :