Wednesday 21 September 2011

Manfaat menutup aurat dengan sempurna serta kaitan dengan Islam dan Sains

Manfaat menutup aurat dengan sempurna
Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia sejagat. Sudah tentu setiap yang benar-benar manfaat dan dilaksanakan sepenuhnya dalam kehidupan seseorang, sudah tentu perlu mengikut apa yang disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Antara perintah Allah s.w.t itu adalah berjilbab bagi wanita muslimah. Berikut ini beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.



1. Selamat dari azab Allah s.w.t (azab neraka)
"Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok lelaki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka mencambuk manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip punuk unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau syurga itu tercium dari jarak yang jauh."
(HR. Muslim)
Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksud dengan
“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang”
ialah mereka yang menutup sebahagian tubuhnya dan menampakkan sebahagian lainnya atau pun menutup tetapi ketat.


2. Terhindar dari masalah MAKSIAT
Banyaknya maksiat terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w,
“Sepeninggalanku nanti,tidak akan wujud fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita.” 
(HR. Bukhari)

3. Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah s.w.t tanamkan kepada hati lelaki agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.
“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” 
(HR. Muslim)
Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi masalah maksiat tidak ada yang akan membela wanita yang tidak menutup aurat sepenuhnya.


4. Wanita BERJILBAB umpama biadadari syurga
“Dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya(masih suci dan kekal dara).”
   (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” 
(QS. Ar-Rahman: 5) 8­)
“Mereka laksana telur yang tersimpan rapi (tidak pernah diganggu oleh sesiapa pun).”  (QS. Ash-Shaffaat: 49)
Dengan berjilbab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari syurga iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang sentiasa di rumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga.
Manfaat menutup aurat dengan sempurna serta kaitan dengan Sains

1. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.

Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.
Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh  itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.

Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah satunya dengan menutup seluruh tubuh dengan kain yang tebal (menutup aurat yang sempurna). Kerana dengan berjilbab, kulit akan terlindung dari sinar UV. Pakaian yang ketat dan jarang akan senang ditembusi sinar UV. oleh sebab itu, wanita diwajibkan memakai pakaian yang tebal dan menutup seluruh tubuh badan.


2. Melambatkan gejala penuaan
Penuaan adalah proses semula jadi yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit kereput dan lain-lain.

Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperanan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahawa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya rosaklah jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperanan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.

Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan jilbab.


3. Melindungi dari sakit otak
Hasil kajian dari pakar otak AS, orang yang tidak berjilbab akan menyebabkan fosforus otak akan cair ketika panas terik matahari & ini akan memberi kesan negatif kepada IQ kita. Selain itu, berjilbab mampu menurunkan 40-60% suhu badan kita jika kita menutup badan dengan sempurna.

Jilbab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Kewajipan yang perlu ditunaikan itu terdapat di dalamnya pelbagai manfaat. Ia bukan sekadar membuktikan keakuran muslimah terhadap perintah penciptaNya tetapi juga ia adalah pelindung kepada muslimah itu sendiri. Bukan sekadar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Demikianlah Allah s.w.t memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.


p/s : Sumber kajian sains ini diambil dari blog2 yang ada. Jika ada sebarang keraguan bolehlah merujuk kepada yang lebih pakar. Semoga dengan sedikit ilmu yang dikongsi ini akan dapat menambah lagi pengetahuan yang ada untuk manfaat bersama. Wallahualam...~ 


:­­)

No comments :