Thursday 1 September 2011

Penghantar Sosiologi

Salam,

Post kali ini lebih berkenaan Kursus Sosiologi secara basicnya because saya pun ambil jurusan Sosiologi so saya keluarkan berkenaan Sosiologila. Ikut kepakaran masing-masing. Hehe.. Tiba-tiba je kan nak tulis berkaitan Sosiologi. Actually bukannya apa, bertimbun dalam lappy ni nota-nota yang dipelajari sepanjang 4 tahun di UniSZA. Nak delete sayang. Ilmu tu kot. So sajelah share dekat sini. Kurang-kurang berguna juga blog ni, ye dok?!...Well, kurangkan membebel, banyakkan informasi...dan nah..sedikit nota buat tatapan si pencari ilmu. Jadi, saya letaklah sumber awal-awal lagi ye. Semua yang di share ni kebanyakan datang dari lecture yang mengajar, sedikit kajian dari saya juga sedikit dari perkongsian bersama member-member yang lain. Jadi, layan...~



PENGENALAN ANTROPOLOGI

Antropologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang manusia dan keseluruhan kebudayaanya. Antropologi cuba menghuraikan bagaimana terdapat perbezaan dari segi sosial dan budaya di muka bumi. Sebahagian penting daripada penelitian antropologi ialah memahami persamaan antara sistem sosial yang berbagai-bagai itu dalam konteks hubungan kemanusiaannya. Seperti yang pernah disebut oleh salah seorang daripada antropologis yang terkemuka dalam abad ke-20, Claude Levi-Strauss,
Claude Lévi-Strauss



"Antropologi itu menjadikan manusia sebagai bahan penelitiannya"






PENGENALAN PENGETAHUAN DISIPLIN SAINS SOSIAL

Sains sosial adalah satu bidang pengetahuan yang mengkaji aspek-aspek tingkah laku manusia dan aspek-aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia dalam sesuatu kelompok masyarakat atau mempersoalkan tentang kemanusiaan dalam konteks sosialnya, mempelajari kehidupan sosial atau mempelajari pola tingkah laku yang lazim ada pada kelompok-kelompok manusia.

SOSIOLOGI

Secara umumnya sosiologi merupakan merupakan satu ilmu yang mengkaji masyarakat serta hubungan sosial yang berlaku antara mereka. Ia memberi penekanan terhadap kehidupan sosial, sebab-sebab sosial sesuatu berlaku dan kesan-kesan dari kelakuan manusia itu sendiri. Sesuatu ramalan (hipotesis) dapat dibuat daripada tingkah laku manusia dalam sesuatu situasi sosial daripada kajian diatas.


PSIKOLOGI

Psikologi merupakan bidang ilmu yang mengkaji minda dan personaliti seseorang. Ia juga mengkaji tingkah laku seseorang dan bagaimana tingkah laku tersebut dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain. Ia juga dibahagikan kepada sub-bidang yang khusus seperti; psikologi sosial, kaunseling, psikologi industri dan organisasi serta psikologi kanak-kanak, psikologi eksperimental, psikologi fisiologi, psikologi klinikal, psikologi pendidikan, psikologi ketenteraan, psikologi haiwan, psikologi belazim, psikologi remaja dan sebagainya. Contoh kajiannya ialah terhadap emosi, ingatan, persepsi, perkembangan dan kematangan seseorang serta motivasi kerja.

Pada pandangan ahli antropologi mereka melihat disiplin psikologi ini sebagai salah satu cabang ilmu yang mengkaji kebudayaan sesuatu kelompok. Ilmu psikologi kanak-kanak contohnya, ahli antropologi melihat ianya sebagai satu bidang yang mengkaji kebudayaan yang ada pada kelompok kanak-kanak seperti proses perkembangan, tingkah laku dan lain-lain norma budaya yang ada pada kelompok kanak-kanak. Sebagai contoh ahli antropologi melihat kelompok kanak-kanak lebih gemar akan permainan, keseronokan dan hiburan. Kanak-kanak juga lebih bersifat sensitive terhadap sesuatu perkara misalnya mereka akan menangis sekiranya keinginan atau kemahuan mereka tidak dipenuhi. Bagi ahli antropologi mereka melihat fenomena ini sebagai kebudayaan yang kebiasaannya sinonim dengan kelompok kanak-kanak.


POLITIK

Politik secara umum merujuk kepada sebagai satu operasi kerajaan dalam bentuk yang normal dalam erti kata yang mudah, politik adalah satu perkembangan sosial yang mana kuasa diagihkan dan digunakan oleh kumpulan organisasi dan masyarakat. Ianya adalah aspek sosial yang bertujuan untuk mengekalkan keharmonian semasa anggota masyarakat. Politik adalah struktur idea pengagihan kuasa dan penstrukturan sosial sesebuah masyarakat.

Pada pandangan ahli antropologi, mereka melihat sistem politik itu sebagai salah satu trait kebudayaan dalam sesebuah masyarakat. Ini bermakna mereka melihat sistem politik merupakan kebudayaan dalam kelompok masyarakat. Sistem seperti demokrasi, autokrasi, birokrasi adalah merupakan sebahagian daripada sistem politik yang ada dan diamalkan di serata dunia. Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia contohnya pada pandangan ahli antropologi, mereka melihatnya sebagai salah satu sistem kebudayaan yang diamalkan di Malaysia seperti cara bagaimana proses demokrasi itu berjalan meliputi aspek-aspek berpolitik. Contoh yang dapat dikemukakan ialah bagaimana parti-parti politik sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang menyampaikan hujah-hujah dalam kempen politik mereka. Ahli antropologi melihat situasi berpolitik seperti cara berkempen, cara berhujah dan cara parti-parti politik menjelaskan manifesto untuk meraih sokongan masyarakat dalam persaingan untuk mendapatkan kuasa adalah salah satu daripada kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Walaupun ahli antropologi melihat dari sudut kebudayaan namun ianya merujuk kepada sistem politik itu sendiri. Apa yang membezakannya adalah kerana mereka melihat politik itu sebagai satu kebudayaan.


EKONOMI

Disiplin ekonomi mengkaji penggunaan dan pengagihan sumber-sumber dalam masyarakat dan dunia. Selain itu, ia juga merujuk kepada pengeluaran barang-barang untuk memenuhi kehendak dan permintaan masyarakat. Antara sub-bidang ekonomi termasuk ekonomi gunaan, ekonomi buruh, ekonomi kewangan, institusi dan kewangan antarabangsa, pembiayaan antarabangsa dan ekonomi pengurusan. Aspek-aspek kajian yang menjadi tumpuan pakar ekonomi adalah seperti inflasi, pengangguran, polisi kewangan, kualiti alam sekitar serta penggunaan sumber dan lain-lain. Jadi jelaslah di sini bahawa disiplin ekonomi memberi tumpuan kepada pengeluaran dan agihan barangan serta perkhidmatan dalam dan antara masyarakat.
Namun ahli-ahli antropologi melihat disiplin ekonomi itu sebagai satu elemen kebudayaan dari aspek pengkajiannya dalam bidang itu. Ilmu antropologi ialah berkenaan dengan perhubungan antara ciri-ciri biologikal dan ciri-ciri sosial yang diperolehi daripada manusia. Sebagai contoh, peralatan atau kaedah dalam menjalankan kegiatan ekonomi merupakan salah satu elemen dalam aktiviti ekonomi. Selain itu, nilai-nilai seperti gotong-royong dalam kegiatan ekonomi sesebuah masyarakat dilihat oleh ahli antropologi sebagai salah satu elemen budaya. Antara norma yang diamalkan misalnya bekerja di dalam satu kumpulan, saling membantu, bertolak ansur, pertukaran barang (sistem barter) dan lain-lain lagi. Kegiatan seumpama ini ini mampu mempererat dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dalam kelompok masyarakat itu sendiri.
 
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Agama merujuk kepada sistem kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Ia dipercayai olehnya dan perhubungan ini dapat dijalin melalui ajaran-ajaran yang dipercayai dan upacara-upacara yang dilakukannya. Terdapat beberapa agama utama dalam dunia ini seperti, agama Islam, Hindu, Buddha, dan Kristian.
Ahli-ahli antropologi melihat agama atau bentuk kepercayaan sesebuah masyarakat itu sebagai sebahagian daripada elemen budaya yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Menurut Durkheim sistem kepercayaan dan upacara amal dalam sesuatu agama itu boleh memperteguhkan perpaduan masyarakat dan kenyataan ini turut dipersetujui oleh Radcliffe Brown (1965) yang menyifatkan bahawa upacara keagamaan boleh memperkuatkan perpaduan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat. Tetapi bagi Malinowski (1948) pula berpendapat agama boleh membantu seseorang dalam menghadapi sebarang tekanan jiwa atau perasaan.

Sebagai contoh dengan adanya upacara amal, individu yang bersedih kerana kematian seseorang akan berasa tenang apabila masyarakat disekelilingnya bersimpati dengan penderitaannya. Antara isu-isu yang menarik minat pakar-pakar agama ialah masa depan agama, peranan agama dalam menyelesaikan masalah sosial masyarakat serta sekularisme yang wujud dalam sesebuah masyarakat itu.


SEJARAH

Hubung kait antropologi dengan disiplin sains sosial yang seterusnya ialah disiplin sejarah. Disiplin sejarah menumpukan kepada peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Di mana para pengkaji sejarah bertindak cuba mencari kesahihan sama ada benar atau tidak tentang sesuatu peristiwa lampau yang dikatakan telah berlaku serta cuba mengaitkan peristiwa-peristiwa tersebut dengan kehidupan masa kini supaya dapat memberikan satu gambaran yang jelas berkenaan dengan sesebuah masyarakat dan tempat pada masa lampau hingga kini.

Ahli-ahli sejarah kini menjalankan kajian yang mendalam disamping menjadi pakar di kawasan-kawasan atau daerah-daerah yang tertentu misalya sejarah Asia Tenggara, sejarah Eropah, sejarah Amerika, sejarah Malaysia dan lain-lain. Contoh yang diberi tumpuan dalam kajian sesuatu peristiwa sejarah ialah sebab sesuatu peristiwa itu berlaku, bilakah ianya berlaku, apakah implikasinya terhadap masyarakat dan Negara. Hasil daripada sesuatu peristiwa yang berlaku menyebabkan lahirnya sesuatu dasar kerajaan berdasarkan pengalaman masa lampau yang boleh dijadikan ikitibar dikalangan masyarakat.



No comments :